Isnin, Januari 04, 2010

Kampungku yang damai

Sungguh aman dan damai apabila pulang ke kampung ku. Selain bertemu keluarga kepulangan bak disambut dengan nyanyian daripada desiran air yang mengalir sepanjang jalan masuk ke kampung. Lihat sahajalah kejernihan airnya. Siapa sahaja pasti akan cuba merendamkan diri secepat mungkin. Begitulah untungnya kami atas kurniaan Allah ini.
Bagi kanak kanak perlu dipantau sentiasa demi keselamatan mereka. Lebih lagi bagi yang tidak boleh berenang. Bagi yang kaki ikan pula pelbagai aktiviti dapat dilakukan seperti menjala, memancing. Sesuatu peluang yang jangan dilepaskan jika berkunjung kesini ialah membawa cermin menyelam. Orang kampung kami panggil teropong (nama blog aku). Anda boleh melihat sendiri ikan ikan berlegar legar di dalam air.
Untuk lebih menarik pengunjung boleh menyusuri ke hulu sungai di mana kawasan tersebut terdapat jeram dan air terjun. Kawasan perkelahan ini telah digezetkan sebagai salah satu kawasan perkelahan di negeri Perak. Terdapat beberapa buah pondok tersedia ditepian sungai. Biasanya pengunjung awal akan beruntung kerana pondok masih kosong.
Bukan tujuan untuk menakutkan, tetapi peringatan yang perlu dititik beratkan ketika berada di sini ialah:

- sekiranya tidak tahu berenang cukup mandi manda ditempat yang cetek sahaja.
- Jika tidak mahir dengan keadaan sungai yang berbatu, jangan cuba melakukan adegan terjun.
- Jangan cuba menghampiri air terjun kerana tempat tersebut berbahaya.
- Amalkan mandi manda secara berkumpulan.
- Jika keadaan cuaca gelap atau hari hujan jangan berada di sungai kerana air boleh naik secara tiba tiba. Airnya cukup deras.

Jika anda berminat dengan suasana ini sila berkunjung ke : Kampung Sungai Bil, Slim Village, 35800 Slim River Perak. 11 batu dari Tanjung Malim dan 9 batu dari Slim River.

1 ulasan:

  1. Lama sangat tak ke sini; teringin banget nak bawa anak-anak ke sini lagi. Masalahnya bilalah YB nak balik kampung. Sampai bersantai dapat jumpa YB. Kalau tidak kosong sangat kunjungan ke sini.

    Baguslah airnya masih tak tercemar bagai di sesetengah tempat; tak dapat mandi lagi pun airnya.

    BalasPadam