Memaparkan catatan dengan label Puasa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Puasa. Papar semua catatan

Rabu, September 01, 2010

Hantu Raya


Hingga saat ini masih ramai lagi yang meneruskan beribadah di bulan ramadhan. Bersolat tarawikh, antara solat yang tidak dikerjakan dibulan lain. Namun ramai juga yang telah "syahid" bila mana wajah wajah mereka tidak lagi ketemuan di 10 malam terakhir ramadhan.

Adalah dipercayai mengikut hukum akal dan sejarah tahun tahun lepas, jumlah yang "syahid" akan bertambah dari hari kehari akhir ramadhan. Pada masa yang sama Allah telah menyediakan ganjaran yang besar kepada sesiapa yang beribadah dalam bulan ramadahn dan di akhir ramadhan itu ada diriwayatkan akan berlangsungnya malam lailatul qadar iaitu satu malam yang lebih baik daripada 1000 bulan. Tempatnya pada salah satu malam ganjil yakni malam ke-21, 23, 25, 27 atau ke-29.

Malang bagi sesetengah orang, mereka yang pada awal ramadhannya amat rajin mengerjakan tarawikh tetapi di akhirnya mereka menjadi Hantu Raya. Sebok dengan persiapan untuk menyambut Hari Raya.

Isnin, Ogos 16, 2010

Puasa Ibadat Atau Puasa Adat

Telah hampir seminggu kita mengharungi bulan ramadhan dengan berpuasa, bertarawikh serta lain lain ibadat sunat demi mendapatkan keredhaan Allah atas diri masing masing. Suasana di surau atau masjid mengharukan dipenuhi para jemaah. Dari manakah datangnya? Yang pasti bukan makhluk dari planet lain atau jemaah dari tempat lain. Mungkin keadaan ini dapat memperkenali golongan golongan yang terantai selama ini seperti terantainya syaitan kini. Mohon agar kita bukan dari kalangan ini.

Kita masih dalam fasa pertama, 'rahmah' iaitu kasih sayang. Fasa berikutnya ialah 'maghfiroh' iaitu keampunan dan fasa terakhir, 'itqun minnar'  iaitu kebebasan dari api neraka. Marilah kita memanfaatkan semaksimumnya kesempatan yang diberi oleh Allah ini. Kita pastikan, sesungguhnya apa yang kita buat ini adalah kerana ingin beribadat. Insyaalah apa yang kita lakukan di fasa pertama pasti akan dapat kita lakukan hingga ke fasa tiga iaitu ke akhir ramadhan. Jika solat tarawikh malam pertama ada 10 saf, biarlah di malam terakhir juga 10 saf. Kita ingin beribadat. Ibadat perlu dilakukan berterusan. Jika tidak jadilah ianya seperti adat, mula sahaja ramai akhirnya sedikit.

Selasa, Ogos 10, 2010

Marhaban Ya Ramadhan

 


Majlis Raja Raja telah menetapkan tarikh melihat anak bulan bagi menentukan permulaan puasa adalah hari ini 10 Ogos 2010 bersamaan 29 Syaaban 1931. Sekiranya umur kita panjang dan anak bulan dapat dilihat maka esok adalah tarikh permulaan puasa untuk kita selama sebulan. Tetapi jika umur kita pendek maka kita akan 'berpuasa' selama lamanya.

Pelbagai macam reaksi manusia menyambut ketibaan ramadhan. Ada yang hatinya gembira kerana ingin mengambil kesempatan menambah pahala di kesempatan bulan berkat yang mana setiap amalan wajib itu akan digandakan sepuloh kali manakala amalan sunat pula jika dilakukan pahalanya sama dengan amalan wajib,

Ada juga manusia yang gembira kerana ia baharu sahaja mendapat lesen berniaga di bazar ramadhan. Ingin menambah pendapatan di kesempatan orang berbelanja besar menjamu selera ketika berbuka puasa.
 
Ada yang menyambut ramadhan dengan perasaan susah hati dan risau. Ramadhan seperti rasa terpaksa dilalui untuk menyambut hari raya. Banyak kedai makan akan ditutup di siang hari. Di mana perlu mendapatkan makanan. Begitulah orang jahil sering menganggap ianya merupakan satu bebanan dan penyeksaan.
 
 Ramadhan akan datang dan pergi seperti dahulu. Rebutlah bulan anugerah Allah yang penuh keberkatan ini dengan amalan amalan wajib dan sunat. Ramai orang takut batal nya puasa mereka tapi tidak pula takut batalnya pahala puasa mereka. Oleh itu marilah kita melakukan yang terbaik agar puasa kita tergolong dalam puasa khususul khusus.