Memaparkan catatan dengan label Makanan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Makanan. Papar semua catatan

Rabu, Disember 28, 2011

Makan Tengahari Shenzen China - 2

 
  Esok 13 Dec, tarikh pulang ke Malaysia. Tiada lagi hidangan akan disediakan. Semuanya kena urus sendiri. Hari ini kami dibawa makan tengahari di restoran di atas Xinyue Muslim Restaurant. Sungguh selesa untuk menjamu selera di sini. Ruang makan di tingkat atas memberi ruang pandang lebih luas. Suhu sejuk yang mencengkam di luar dapat diredakan sementara.
Di sini juga ada tersedia bilik solat untuk pengunjung. Selepas makan kami menunaikan tanggung jawab masing masing terhadap Allah yang maha esa. Sesungguhnya Allah melihat hambanya di mana sahaja hatta dalam batu jua, inikan pula di negara China. Selagi engkau berharap terhadap Allah dan sudah tentu kita amat berharap terhadapNya maka tiada kecuali bagi kita menyembah Allah yang maha berkuasa yang memiliki semesta alam ini.
 
 Masakan di sini sungguh sedap. Walaupun makan agak awal sedikit tapi perut masing masing tidak menolak setiap yang dihidangkan. 





Selesai makan, pemandu pelancong membawakan sejenis buah yang aku dah lupa namanya. Rupanya seperti limau tetapi bukan limau. Walaupun isinya seperti limau tetapi kulitnya amat sukar untuk dipisahkan. Cara makannya ialah dimakan dengan kulitnya skali. Walau bagaimanapun tiada rasa pahit daripada kulit tersebut.
Gambar di bawah menceritakan samada masakan yang dihidangkan sedap ataupun tidak. Kalau dah licin sampai macam tuh...kira sedaplah tuh

Sambil aku bersembang, dimeja sebelah anak aku Syazwan dah termenung. Mungkin kekenyangan, mungkin rindukan rumah, mungkin rindukan fb....yang penting rindu terhadap buku buku sekolah yang telah lama tertinggal. Masa akan terus berlari...masa terus akan menghambat SPM yang akan dihadapi tahun hadapan 2012. Moga berjaya dengan cemerlang dalam pelajaran dan kerjaya. Insyaalah apabila engkau berjaya dalam ilmu dunia dan ilmu akhirat insyallah engkau akan boleh pergi lebih jauh lagi berbanding Shenzen China ini dengan syarat Allah sentiasa dalam hidupmu.

Aku melihat papan kenyataan ini terlekat didinding restoran. Apakah yang dinyatakan aku tak faham.
Di luar restoran aku melihat papan tanda menunjukkan restoran restoran muslim milik Xinyue Muslim Restaurant. Sedikit maklumat untuk sesiapa yang pergi sendirian ke Shenzen.

Salepas merakamkan gambar diatas aku langsung menaiki bas untuk membawa kami ke tempat perlancongan yang terkenal Window Of The World.

Sabtu, Disember 24, 2011

Makan Malam Shenzen China - 1

 
Turun dari Victoria Peak Hong Kong sepatutnya kami meneruskan perjalan ke Shenzen China pula. Oleh sebab bas yang menunggu kami di sempadan Hong Kong - China akan lambat tiba kerana rosak maka pemandu pelancong membawa kami shoping ke suatu tempat yang aku dah lupa. Walau bagaimanapun tiada sesuatu yang dapat menarik wang terbang dari poket aku.
Cukup masa perjalanan ke China diteruskan. Selepas melalui proses imigrases kami dibawa untuk makan malam di Shenzen. Shenzen cukup cantik laksana bandar dalam taman. Masyarakatnya agak berkhemah seperti orang Hong Kong.
Kami dibawa makan direstoran seperti gambar di atas. Di bawah restoran tersebut terdapat kedai menjual daging halal (gambar bawah). Ramai juga pembeli, mungkin mereka orang islam kerana daging yang dijual adalah halal.
Gambar di bawah adalah suasana dalam restoran. Hampir semua ruang tempat duduk dipenuhi pengunjung.
 Seterusnya gambar gambar di bawah adalah hidangan yang disediakan untuk santapan kami. Hayatilah dan bayangkanlah rasanya.
 
 
 
 
 
 
 
Siapa pernah pergi ke China pasti kenal masakan di bawah ini kerana tidak pernah terkecuali daripada hidangan.
Sup Telur
Dengan gabongan 10 orang semeja hampir semua makanan yang dihidangkan selesai. Walaupun pinggan nasinya sebesar piring di rumah kita ianya tidak menghalang untuk kami mengenyangkan perut masing masing.

Khamis, Disember 22, 2011

Makan Makan Hong Kong

Kalau di Malaysia kita boleh banyak kira soal makan, itu tak makan ini tak makan, itu tak sedap ini tak sedap tetapi apabila berada diperantauan segalanya perasaan tersebut dihambat jauh demi mengisi perut yang kelaparan. Lebih daripada itu makanan yang disajikan terjamin kehalalannya. Sepanjang 2 hari di Hong Kong rombongan kami dibawa makan direstoran masakan muslim. Antaranya di restoran seperti gambar di atas. Bila sudah lapar tidak ingat lagi untuk ambil kisah restoran apa dan di mana restoran tersebut. Apapun restorannya seperti gambar di atas.  Di bawah adalah gambar gambar lauk pauk yang sempat dirakamkan.
Gambar diatas sup yang dihidangkan. Jangan tanya apa nama sebab kami tidak diberi senarai menu. Duduk, dihidang dan makan sahaja. Nampak macam sedap tetapi agak masam. Memandangkan jauh jauh datang, tak kan nak pandang saja.
 Segala rezki datangnya daripada Allah. Yang tak sedap jangan dicaci tetapi kalau sedap baik dipuji. Gambar di atas ini lauk kari. Memang sedap sungguh rasanya.
 
 
 

 Antara tempat kami dibawa untuk makan tengahari ialah Pusat Islam Hong Kong. Terdapat sebuah kantin yang menyajikan hidangan untuk tetamu yang datang ke situ. Sungguh ramai pelanggan yang datang menjamu selera. Kali ini masakannya lebih menyelerakan. Hampir semua tempat dipenuhi pelanggan.
 
 Dalam almari ini adalah contoh makanan tambahan yang dihidangkan di sini. Tidak tahu berbahasa cina pun tak apa, tunjuk kepada pelayan restoran dan bayar. Rumusan kepada makanan yang dinikmati disini dapat dibuat bahawa ianya amat sesuai untuk mereka yang perlukan diet seperti aku. Anda tidak akan makan dengan banyak.

Jumaat, Januari 21, 2011

Lauk Pauk Di Beijng

Satu soalan cepumas yang sering dipertanyakan apabila ingin ke Beijing ialah soal makan. Boleh masuk tak? sedapkah? dan macam macam. Soal sedap tak sedap adalah perkara subjektif. Bagi kita tak sedap, bagi orang lain sedap. Bagi mereka membosankan tapi bagi kita memuaskan selera. Jadi apa pun jenis makanan sedap dan tak sedap bergantung diri kepada setiap individu.
Sesuatu yang paling mudah dijadikan sebagai penanda aras kesedapan sesuatu makanan ialah masakan ibu. Sekiranya masakan itu menyamai atau hampir sama dengan rasa masakan ibu seseorang sudah tentu ia akan mengatakan masakan itu sedap dan setaraf 5 bintang. Jika masakan itu tidak sama rasanya sudah pasti diberi sekadar 3 bintang.
Oleh itu sepanjang berada di Beijing kami menjamu selera di restoran muslim. Restoran muslim mempunyai papantanda warna hijau. Aku boleh membuat rumusan awal bahawa sekiranya ingin menguruskan badan silalah tinggal diBeijing. Sebabnya faham faham sahajalah....tidak baik untuk mengatakan makanan tidak sedap.
Dalam gambar ini adalah sebahagian masakan yang dihidangkan. Maaf aku tidak tahu apa nama jenis makanan ini. Rasanya sukar digambarkan sebab aku tidak pernah rasa sebelum ini.
Walaupun ada nasihat mengatakan supaya membawa bekalan lauk sebelum berangkat, tetapi bagi aku tidak perlu samasekali. Mustahil kita akan mati tak makan di sana jika hanya sekadar masakan kurang menyelerakan. Selagi ia tidak keluar sendiri dari tekak, telan sahajalah.

Gambar atas ni tentu semua orang Malaysia kenal. Telur dadar. Mengapa pula tinggal sedikit jer sedangkan semua lauk di atas tadi masih banyak lagi? Mana tak nya jika semua dok attack pinggan tu jer.

Restoran paling sedap aku rasa
Antara hari hari berlalu, kami tidak pernah makan di restoran yang sama. Maka pelbagai cara hidangan dirasakan. Yang paling aku teruja adalah ketika makan di restoran malam terakhir. Aku rasakan seolah olah aku berada bukan di China. Masakannya pun terasa pedas yang menjadi asas masakan melayu. Lihatlah gambar gambar di bawah tentang masakan yang bagi aku sudah cukup menyelerakan. Boleh dikatakan semua masakan di bawah ini memang sedap. 5 bintang. Sekali lagi nama masakan tidak di ketahui.
Sayur
Dicucuk dgn batang aiskrim

Nasi agak melekit

Sedap..

Jagung

Anakku Hilman bersama Tour Leader En Amir (Southwest Travel)

Sungguh pedas dan sungguh sedap

Ikan goreng

Telur dadar
Kami tinggalkan Beijing dalam kesejukan yang menggigit. Namun 23 Dec salji masih belum turun.