Ya Allah, kau turunkanlah hidayah kepada orang yang mencuri kasut kami. Sesungguhnya kehadiran kami di rumahMu itu untuk bersolat jumaat sebagai tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada kami sebagai makhlukMu. Disamping itu ada pula makhluk yang serupa yang sepatutnya bersama kami menjalankan amanah kepada Mu telah mengambil kesempatan untuk kemewahan peribadinya di bumi yang fana' ini. Jadikanlah ia makhluk yang bencikan kepada perbuatan mencuri, perbuatan yang menyusahkan orang lain. Ya Allah kau limpahkanlah ia rasa taubat, kau simbah jiwanya sifat sifat insan agar kurang seorang perosak dan pengacau di bumi suci ciptaan MU ini. Ya Allah, sesungguhnya engkaulah sebenar benar Tuhan tempat kami mengadu.
Aku tidak kisah kalau kasut aku dirembat. Sebabnya dah tentu kasut murah. Tetapi ini kasut milik majikan aku. Aku diamanahkan untuk memakainya agar aku selesa dan selamat menjalankan tugas. Nak kata murah tidak murah, nak kata mahal memang mahal....Kalau aku nak kasut baru aku kena pulangkan yang lama walaupun hanya tinggal tapak sahaja. Tetapi sekarang aku nak tunjukkan yang apa....jadi aku fikir repot polis ini boleh ganti sebagai lidah kasut aku yang sedang dilelong dimerata rata, mungkin di Lorkin, Gerbang Malam (org Ipoh tahu tempat ni)
Teropong hidup mengajak untuk bersama sama menilai perjalanan kehidupan sebelum menuju alam abadi. Berpesan pesan dgn satu tujuan iaitu untuk mendapat keredhaan Allah di dunia dan di akhirat nanti. Berpesan pesan atas kebaikan dan ingat mengingati atas kemungkaran.
Memaparkan catatan dengan label Jahat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Jahat. Papar semua catatan
Selasa, Januari 18, 2011
Khamis, Julai 01, 2010
Buli Oh Buli.

Bukan cerita baru tapi cerita lama berulang kembali. Mati di asrama kena buli. Dalam satu komuniti terpilih. Anak anak yang diletakkan harapan ke atas mereka. Kelak memimpin masyarakat lain bersama sama menjulang kedaulatan negara dan mempertahankan kesucian agama.Tetapi mengapa pula boleh terjadi begini, zaman sepatutnya setiap mereka bergurau senda, berlari bermain penuh hilai tawa, melanggar sekadar berlaga. Ada yang dipaksa berehat sementara di pusara, jauh dengan ibubapa menanti seketika bidadari dan bidadara menjemput mereka bermain bersama.
Isnin, Mei 31, 2010
Tiada Penipu Yang Bijak
Bila bicara soal penipu besar aku aku teringat kisah Nabi Yusoff yang dianiaya oleh adik beradiknya. Segalanya berpunca daripada sikap irihati akan kasih sayang bapa mereka Nabi Yaakob terhadap Nabi Yusoff. Tujuan nak bunuh nabi Yusoff, tetapi salah seorang daripada mereka bernama Yahuda menegah. Cukuplah setakat dicampakkan ke perigi buta.
Ringkas ceritanya pulanglah mereka dengan kesedihan yang dibuat buat menyatakan kepada bapa mereka bahawa Nabi Yusof telah mati dimakan serigala.Sebelum pulang mereka telah menangkap seekor serigala dan menunjukkan itulah serigala yang membaham Nabi Yusof. Sementara itu mereka juga menyembelih seekor kambing. Darah kambing tersebut dilumurkan ke pakaian Nabi Yusuff kononnya kesan gigitan serigala tersebut.
Sesungguhnya Nabi Yaakob tidak percaya kerana baginda telah diwahyukan bahawa suatu hari nanti Nabi Yusoff akan menjadi nabi. Jadi bagaimana mungkin Nabi Yusof telah mati lebih awal seperti dakwaan mereka. Namun demikian mereka bersungguh sungguh membuktikannya kepada Nabi Yaakob. Serigala yang bembaham itu dibawa bersama. Pakaian Nabi Yusoff yang berlumuran darah juga ditunjukkan. Namun mereka hanya merancang hanya Allah yang menentukan. Mereka lupa mengoyakkan pakaian Nabi Yusoff yang dijadikan bahan bukti buat Nabi Yaakob. Maka di situ sudah ada timbul musykil terhadap pembohongan mereka.
Bagi kita umat yang hidup di zaman ini seharusnya sejarah zaman terdahulu perlu dijadikan iktibar agar kita boleh menghindarkan konpirasi jahat yang serupa. Rupa rupanya masih terdapat golongan penipu besar yang masih menyangkakan mereka bijak dan merancang satu pakatan jahat untuk menghancurkan seseorang dengan melakukan penginayaan. Tetapi sekali lagi golongan jahat zaman moden ini lupa untuk mengoyakkan bahan bukti.
Bagaimana nak kata Yusoff di baham serigala sedangkan pakaiannya tidak koyak. Mana mungkin serigala akan membukakan pakaian Nabi Yusoff terlebih dahulu. Fenomena sekarang pula, bagaimana nak kata berlaku jenayah liwat apabila lupa nak koyakkan lubang shit terlebih dahulu.
Rabu, Disember 23, 2009
Surau pun nak dibakar.

Kalau dahulu sejahil manapun seseorang islam itu ia marah sekiranya ugamanya islam itu dicaci. Sejahat manapun pencuri itu, ayam yg dicuri itu mesti disembelih dulu sebelum dibunuh utk dimakan. Durhaka manapun seseorang anak tetap marah sekiranya nama ibubapanya dicaci. Walaupun tidak beramal tetapi imannya masih ada. Apa pula yg melanda masyarakt kita hari ini hinggakan keprihatinan terhadap ugama sendiri sudah dilontar jauh kemana.
Subuh tadi di surau, aku ditunjukkan oleh kawan akan beberapa kerusi plastik dibakar ditepi dinding surau. Kejadian berlaku petang kelmarin. Mujurlah api tersebut yg memakan lebih kurang 3 kerusi plastik tersebut tidak menyambar dinding batu surau itu. Api juga boleh memakan cat pada dinding. Nasiblah bukan dinding papan.
Masing masing tertanya siapakah punya angkara. Bangsa asing:tidak mungkin sebab semua penduduk melayu islam. Penagih: belum ada kes ketagihan di desa ku ini. Musuh politik:tidak mungkin sebab walaupun penduduk berlainan parti tetapi bermasyarakat cara profesional. Jemaah boleh dikira menggalakkan juga. Masih menjadi persoalan.
Surau yang menjadi syiar kpd perkembangan islam tidak mendapat perhatian yg sepatutnya masa kini. Apakah tanggapan sesetengah pihak taraf surau sama dgn dewan org ramai? Jika tidak masakan kejadian ini berlaku...jika dulu surau dijadikan juga tempat lepak org golongan pemuda tetapi kehormatannya masih dijaga.
Jika ingin melihat persepakatan sesuatu tempat, lihatlah kemakmuran suraunya. Isu ini perlu dipandang serius demi memelihara kesucian rumah Allah tempat kita mengagungkan Allah yang satu dan menyatukan masyarakat yang ramai.
Langgan:
Catatan (Atom)
