Memaparkan catatan dengan label Perniagaan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Perniagaan. Papar semua catatan

Rabu, Januari 18, 2012

Nextage Pharmacy, Seksyen 7, Bandar Baru Bangi

Desember 2011 lepas aku pergi hantar anakku Syazwan ke Kem Add-Maths anjuran Easy Maths Technics di UKM Bangi. Tahun ni dia akan menduduki SPM. Ini salah satu usaha aku dan isteri  memberi ia bekalan untuk menduduki peperiksaan tersebut. Maklum balas daripada kakak dia dahulu yang menyertai kem ini mengatakan ianya sungguh baik. Kena berhati hati sebab banyak pihak bernama Easy Maths yang menganjurkan kem sebegini. Yang aku maksudkan baik adalah yang ini  Easy-Maths Technic. 

Apabila sampai ke Bandar Baru Bangi kami singgah ke kedai Farmasi Nextage milik anak saudara, Suliana. Farmasi ini terletak di Syeksyen 7 Bandar Baru Bangi iaitu bersebelahan Restoran Tulang Keting. Lebih kurang setengah jam berada di situ nampak pengunjung tidak henti henti mendapatkan bekalan ubat. Beliau berkata pelanggan akan bertambah apabila lepas waktu pejabat hingga ke waktu malam. Farmasi ini beroperasi hingga 10 malam.

Dibantu oleh dua orang pekerja beliau nampak yakin menguruskan perniagaannya. Berbekalkan pengalaman bekerja dengan farmasi milik bangsa india dan juga farmasi milik bangsa cina memberikan beliau semangat dan  daya saing yang tinggi dalam meningkatkan jualan. Jika anda tinggal di kawasan berhampiran anda boleh berkunjung ke Farmasi Nextage untuk mendapatkan bekalan yang diperlukan.

Selasa, September 21, 2010

Terminal Makanan Negara (TEMAN) - Ipoh

Sepanduk di laluan masuk TEMAN
 Hari raya lepas aku ada melihat sepanduk berkenaan TEMAN di Bagan Serai. Paparan daripada sepanduk yang dipamerkan telah menarik keinginan aku dan isteri untuk berkunjung melihat TEMAN tersebut. Jadi sabtu lepas kami telahpun sampai untuk mengetahui lebih dekat TEMAN kita.

Laluan masuk ke TEMAN
TEMAN cawangan Ipoh  seluas 20 hektar terletak di Kawasan Perindustrian Gopeng 2, KM 16, Jalan Gopeng, 31600 Gopeng, Perak Darul Ridzuan‎. Ia dimajukan oleh agensi kerajaan, FAMA. Kompleks bernilai RM116 juta ini dilengkapi berbagai kemudahan asas dari aspek keselamatan, pembangunan dan perbankan.Terdapat 297 lot kedai dengan keluasan sembilan meter persegi setiap satu kini mendapat tempahan dari lebih 336 peniag.
Tanda  A adalah lokasi TEMAN
Buat masa ini terdapat 2 sahaja TEMAN di Malaysia.
1) TEMAN Ipoh, Perak   2) TEMAN Kota Bharu, Kelantan
Pejabat Pengurusan
TEMAN berperanan sebagai sebuah pusat pembekalan makanan moden yang menghubungkan pengeluaran dengan penggunaan. Operasi TEMAN adalah berteraskan kepada suatu sistem pemborongan dan pengedaran yang berintegrasi di mana transaksi pasaran akan dilaksanakan secara telus dan cekap berasaskan penzahiran dan perkongsian maklumat.
Lampu limpah menerangi operasi waktu malam seawal 2 am
 Melihat kepada kawasan TEMAN memang sungguh mengujakan tetapi keadaan masih lengang. Laluan pun sungguh luas. Tiada masalah kepada kenderaan kenderaan besar seperti lori untuk kerja punggah memunggah suatu hari nanti. Kami memilih untuk memasuki pasar ikan terlebih dahulu.
Pasar Ikan




Pandangan dalam pasar ikan


Stor ikan peniaga
Masih banyak ruang niaga yang masih belum dibuka. Berdasarkan tanda nama kedai hampir semua telah dimiliki. Setelah membeli beberapa jenis ikan kami menuju pula Pasar Utama. Pasar ini merupakan bangunan terbesar dikalangan bangunan pasar pasar yang lain. Di sini tempat jualan pelbagai jenis sayur dan lain lain.
Ruang belakang Pasar Utama
Lorong dalam pasar utama

Papan tanda kedai semuanya sama
Antara ruang niaga dalam pasar utama -masih belum dibuka


Pasar ayam dan daging
Pasar bunga dan ikan hiasan
 Terdapat juga beberapa kemudahan asas yang disediakan seperti surau dan kafeteria.
Kafeteria
Baru ada seorang peniaga buka perniagaan
Surau
Ruang solat lelaki


Kiri dewan solat lelaki dan kanan untuk ruang solat perempuan
Untuk maklumat lanjut sila ke sini