Cukup masa perjalanan ke China diteruskan. Selepas melalui proses imigrases kami dibawa untuk makan malam di Shenzen. Shenzen cukup cantik laksana bandar dalam taman. Masyarakatnya agak berkhemah seperti orang Hong Kong.
Kami dibawa makan direstoran seperti gambar di atas. Di bawah restoran tersebut terdapat kedai menjual daging halal (gambar bawah). Ramai juga pembeli, mungkin mereka orang islam kerana daging yang dijual adalah halal.
Gambar di bawah adalah suasana dalam restoran. Hampir semua ruang tempat duduk dipenuhi pengunjung.
Seterusnya gambar gambar di bawah adalah hidangan yang disediakan untuk santapan kami. Hayatilah dan bayangkanlah rasanya.
Siapa pernah pergi ke China pasti kenal masakan di bawah ini kerana tidak pernah terkecuali daripada hidangan.
Sup Telur |
Dengan gabongan 10 orang semeja hampir semua makanan yang dihidangkan selesai. Walaupun pinggan nasinya sebesar piring di rumah kita ianya tidak menghalang untuk kami mengenyangkan perut masing masing.
salam yb
BalasPadamnampaknya dalam hal makan pengalaman kita semasa melancong kehong kong dan shenzhen hampir ada persamaan.saya harap yb dapat terus memaparkan kesah dan pengalaman semasa dinegara orang supaya dapat dikongsi bersama oleh para pengunjung blok saudara yb.ternyata ia sangat menarik dan menimbulkan nostalgia ...
Salam TN 7:30
BalasPadamsekadar menjadi e-dairi kehidupan sementara ini. Mencoretkan kesempatan yg sedikit berada di negara orang.