Khamis, Disember 15, 2011

Masjid Ammar, Wan Chai Hong Kong

Terasa satu kepuasan walaupun sekadar dapat mengunjungi sebuah masjid diHong Kong. Masjid di sini tidak banyak seperti di Beijing. Kami singgah di sini untuk menunaikan solat dan makan tengahari. Masjid ini dinamakan Masjid Ammar terletak di dalam bangunan 5 tingkat. Di sini juga tempat Pusat Islam Hong Kong.
Gambar di atas merupakan sekeping gambar besar yang ditampal didinding. Pada masa ini kita tidak dapat mengambil gambarkerana ia menjalani proses pembaikan. Lihat gambar di bawah di mana bangunan tersebut dilindungi plastik.

Waktu di Hong Kong sama dengan diMalaysia. Kita tak perlu perbetulkan jam apabila sampai di sana. Waktu solat juga tidak jauh beza dengan diMalaysia, cuma asar dan isyak agak awal.
Kelihatan sekumpulanjemaah Pakistan mengadakan majlis usrah di kalangan mereka. Selain itu terdapat juga jemaah wanita kebanyakannya dari Indonesia. Ketika kami singgah untuk solat kedengaran kuliah disampaikan oleh ustazah untuk jemaah wanita.
Terdapat bangku serta meja yang direka khas untuk membaca tersedia di bahagian belakang ruang solat. Sungguh kreatif mudah pembuatannya.

Sejarah pembukaan bangunan ini.
Gambar di atas ialah kaunter penyambut tetamu. Selain daripada masjid terdapat juga kantin untuk para tetamu. Semua masakan di jamin halal kerana pengusahanya orang islam. Insyallah gambar gambar masakan tersebut akan dimuatkan untuk tempelan akan datang.

4 ulasan:

  1. tahniah kerana dah sampai kehong kong.pada 2007 saya kesana dan bersolat dimasjid kowloon yg paling hampir dgn hotel penginapan.lokasinya mudah je dinathan road yg popular tu dan bersebelahan stesen mrt tsim tsa tsui. disekitarnya terdapat banyak kedai makanan halal dan kedai souvenir.ketika itu masjid itupun sedang diperbaiki dan ditutup dgn canvas,so ambil gambar ruang dalaman je la...

    BalasPadam
  2. 2 minggu lepas saya ketaiwan dan alhamdulillah dapat solat ditaipei grand mosque.senibina luaran cantik la tapi ruang solatnya sangat simple... tak macam masjid tempat kita,penuh dgn hiasan... saudara dah kesana ke?

    BalasPadam
  3. salam TN 1:04

    kami tak sampai ke sana, tak sempat masa kerana nak ke shenzen china pulak lagi,

    BalasPadam
  4. salam TN 1:19

    saya belum ada rezki ke taiwan. Mungkin akan datang ada rezeki..

    BalasPadam