Jika ditanya apakah gambaran masjid jadi idaman ku, ia adalah satu masjid berperanan dengan pelbagai fungsi. Ianya bukan 3 dalam 1 atau 4 dalam 1 malah sebanyak mungkin dalam 1. Bagi mencapai maksud tersebut masjid perlu diberi peluang untuk ditadbir secara profesional tanpa ada sebarang kekangan kecuali semata mata untuk mengagungkan agama Allah didunia ini.
Langkah pertama masjid hendaklah memainkan fungsi utamanya sebagai tempat beribadah secara optimum selaras dengan nama rumah Allah. Orang yang paling penting menggerakkan usaha ini ialah para imam masjid. Jawatan imam adalah jawatan yang istimewa dalam kerajaan menjadi rebutan para graduan yang ingin menegakkan syiar islam dengan ikhlas dan amanah. Mereka hendaklah orang yang mempunyai kelayakan secukupnya dalam ugama dan mempunyai kemampuan untuk mentadbir masjid menjadi institusi kerohanian dan jasmani yang penting.
Para imam mempunyai pejabat agar mudah untuk dihubungi oleh masyarakat. Selain mengimamkan sembahyang para imam mampu memberikan khidmat nasihat dan menyampaikan kuliah untuk jemah. Kuliah dimasjid dijalankan pada setiap waktu selepas solat. Setiap jemaah akan memanfaatkan mana mana siri kuliah yang dijalankan mengikut kelapangan masa mereka samada siang atau malam. Kuliah yang dijalankan secara tetap ini akan dapat menarik para jemaah kemasjid berbanding sembahyang di rumah. Cara ini akan dapat mengimarahkan masjid bagi mengubah suasana kebanyakan masjid kini yang agak muram dan lengang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan