Dalam perjalanan dari Sabak Bernam ke Tanjung Malim kami singgah di Masjid Al-Abrar Batu 2 Sepintas Sabak Bernam untuk menunaikan solat asar. Masjid agak sederhana sahaja maklumlah masjid kawasan kampung. Banyak kenderaan di kawasan parkir. Tidaklah seperti suasana jumaat. Jika keadaan waktu dan tempat ianya boleh dikira banyak. Aku menjangkakan mungkin ada sesuatu program berlangsung.
Selepas berwuduk aku bingkas masuk kerana bilal sedang melaungkan iqamah. Suasana dalam masjid sungguh menarik. Bukan kerana hiasan dalamannya tetapi kebersihan dan jemaah.
Agak sukar kita untuk melihat sembahyang jemaah di masjid maupun surau dikerjakan dengan ramai, kecuali solat jumaat. Lebihan pula waktu asar atau subuh. Jika ada separuh saf pun sudah dikira ramai. Jika ingin melihat kekuatan kesatuan sesuatu penempatan maka lihatlah bilangan jemaah subohnya. Jika ramai maka baiklah hubungan antara penduduknya. Begitu pula sebaliknya jika jemaahnya amat sedikit. Jika tidak masakan bekas Perdana Menteri Israel berani berkata bahawa mereka akan takut kepada orang islam apabila orang islam mendirikan solat suboh berjemaah sama ramainya dengan solat jumaat.
Berbalik kepada masjid ini, jemaahasarnya hampir penuh satu saf. Bolehlah dikira ramai jika keadaan setengah masjid diambil perbandingan. Lokasinya pula bukan ditepi jalan raya utama untuk membolehkan pemandu pemandu singgah. Tetapi jika dinisbahkan dengan jumlah penduduk mungkin masih belum cukup untuk mengacah israel apatah lagi untuk menggertak mereka. Apapun sesuatu yang baik dapat dilihat disini sekurang kurangnya tidak seperti masjid yang berharga RM 7juta tetapi jemaah hanya 7 orang.
maka hingga akhir zaman umat islam akan menjadi 'makanan' bagi yahudi laknatullah...
BalasPadamSalam Tanpa Nama,
BalasPadamUmat islam akan bangkit manguasai kembali dunia ini sebelum ianya kiamat.