Teropong hidup mengajak untuk bersama sama menilai perjalanan kehidupan sebelum menuju alam abadi. Berpesan pesan dgn satu tujuan iaitu untuk mendapat keredhaan Allah di dunia dan di akhirat nanti. Berpesan pesan atas kebaikan dan ingat mengingati atas kemungkaran.
Ahad, Januari 03, 2010
Singkut
Jumaat lepas aku dgn isteri meninjau tanah pusaka arwah ayah. Tanah berupa kebun getah kini ditoreh warga indon. Banyak pokok getah telah mati . Kemungkinan 5 tahun lagi perlu ditanam semula.
Aku bukan nak cerita tanah kebun tetapi sebuah pokok ajaib yang orang kampung aku panggil Singkut. Setengahnya pokok ini terkenal dengan nama Lemba. Pokoknya seperti anak pokok pinang yang kebiasaan tingginya sekitar 2 hingga 4 kaki. Ianya hidup di kawasan redup dan agak semak. Keadaan kebun getah yang redup menyebabkan pokok ini mudah didapati di sini.
Ajaibnya terletak pada buahnya dimana selepas memakan buah ini lidah akan terasa manis. Ini disebabkan buahnya manis dan mempunyai biji biji halus berwarna hitam. Ajaibnya kerana apabila kita minum air kosong, air itu akan terasa manis. Kesan ini akan berkekalan lebih kurang 10 ke 30 minit bergantung banyak mana dimakan. Buah buah berwarna putih dan bertandan dimana tandan tandannya terletak dipangkal pokok tersebut. Buah nya dipetik dengan menarik tangkainya. Apabila buahnya tidak cukup tua ianya agak ketat untuk dicabut.
Perdu buah singkut
Buah buah singkut yang dipetik drpd tandan.
Buah yang telah dibelah.
Buah buah ini dikatakan banyak hasiat namun kajian perlu dibuat untuk memastikan kesahihannya.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Salaam YB,
BalasPadamPertama kali saya melihat buah singkut ini. Kecil ye buahnya. Menarik. Pokoknya tumbuh liar atau ditanam?
VpeaceV
W,salam umiazuddin,
BalasPadamIanya tumbuh meliar. Saiz buah bergantung kepada pokoknya. Sekira pokoknya besar, tandan dan buahnya lebih besar.
dah lama aku tak tengok buah ni... memang buah ni la menjadi kudapan ku masa kecil2 dikampung.. buah ni kalau makan bersulam dengan buah NAMNAM memang sedap.. aku panggil buah ni lain.. namanya dikampung ku dulu ialah buah LEMBA...aku rindu masa tu..aku rindu kampungku.. aku teringatkan arwah ayah dan ibuku..aku sayu..alfatihah utk kedua orang tuaku...amin.
BalasPadamorg kg tak kenal buah ni kira tak ganas lah.Punya banyak kat kg aku,kalau kutip dulu boleh penuh poket baju melayu. Sekarang ni tak berapa banyak mungkin pokok tu merajuk sebab dah tak ada org kutip hasilnya.
BalasPadambaru teringat..penah rasa buah ini masa kecil dulu.suka ikut atuk masuk kebun..terkenang arwah datuk
BalasPadamsekarang dah ada orang jual benih pokok ni.
BalasPadam