Rabu, Januari 27, 2010

Mendidik Dalaman Diri


Masjid adalah sekolah untuk peribadi manusia. Umumnya orang yang pergi ke masjid adalah untuk beribadah kepada Allah. Walaupun ada segelintir yang pergi dengan hati busuk untuk mencuri selipar orang masjid. Itu sebab bila sebut orang masjid mesti merujuk kepada orang yang baik. Bila disebut pula orang kelab malam mesti merujuk pula orang jahat. Begitulah fitrah naluri diri yang dijadikan Allah kepada manusia.

Manusia dilahirkan dengan dua sifat iaitu jahat dan baik. Sifat jahat tak perlu diajar . Manakala sifat baik perlu dididik dan diasuh. Sekiranya sifat baik diabaikan maka sifat jahatlah yang akan menguasai diri. Naluri kejahatan sentiasa berlumba untuk mendesak jiwa melakukan dosa.


Sekolah untuk medidik jiwa adalah masjid. Untuk mendapatkan ketenangan juga di masjid. Untuk membentuk masyarakat bertamadun juga di masjid. Itulah sebabnya Rasulullah mendirikan masjid terlebih dahulu apabila sampai diMadinah. Masyarakat terdidik mudah dilentur. Jiwa tidak kacau. Ketenangan abadi tidak boleh dicapai di kelab malam, pantai maupun di lapangan. Mungkin ketenangan dapat di sana tapi bila pulang jiwa kacau semula. Mungkin boleh tenang bersama wanita di kelab malam tapi esok bila dilihat ia bersama orang lain, jiwa makin huru hara.

Hidup bermasyarakatpun mula di masjid. Nak kenal orang setaman pun di masjid. Orang tak datang masjid atau surau sukar untuk dikenali. Bila mula nak kemasjid atau surau sifat jahat menentang. Maka kekuatan diri dan hidayah Allah yang dapat membantu

2 ulasan:

  1. Sdrku YB;

    Hanya mereka yang terpilih sahaja yang rajin ke masjid & surau. Di taman perumahan mana pun jumlah seharian ke masjid amat terhad. Begitu juga di kampung; Desa Tualang sana tak sampai satu saf jika solat maghrib & Ishanya.

    Aku pun jenis tenggelam timbul padahal surau sepelaung sahaja. Ada sahaja alasan berat hati tu nak solat di surau. Padahal tahu darjat tu sampai 27 kali ganda; kalau sehari dapat pergi sekali pun rasanya amat berbaloi banding sembahyang sendiri.

    Maka itu yang dikatakan orang beriman itu sentiasa terasa rugi. Rugi tak jemaah, rugi tak sedekah, rugi tak berkata baik. Jangan sampai rasa rugi tak kahwin 4 sudahlah.

    BalasPadam
  2. Salam Dan,

    Yahudi nak lawan islam pun dia tengok jemaah suboh. Kalau yg macam ada sekarang ni, tak da harapan lah kita. Nampaknya kg la ni lagi teruk drpd bandar bab jemaah ni. Itu sebabnya pakcik aku tak nak balik kg lepas pencen.

    Pencen nanti rasanya baik duduk pondok jer...

    BalasPadam