Teropong hidup mengajak untuk bersama sama menilai perjalanan kehidupan sebelum menuju alam abadi. Berpesan pesan dgn satu tujuan iaitu untuk mendapat keredhaan Allah di dunia dan di akhirat nanti. Berpesan pesan atas kebaikan dan ingat mengingati atas kemungkaran.
Sabtu, Januari 09, 2010
Halang, Kotor, Bising
Pergi masjid, beriktikaf, berjemah dan beribadah dalam masjid adalah perkara dituntut. Kebesaran sembahyang berjemaah berlipat ganda jika dibandingkan beribadah bersendirian di rumah. Walau bagaimanpun beberapa perkara yang tidak baik dilakukan oleh segelitir jemaah yang mana ianya boleh mencacatkan amalannya.
Jumaat kelmarin aku melihat ramai jemaah meletakkan motosikal mereka ditengah laluah masuk ke masjid. Gambar diatas adalah masjid yang dimaksudkan namun bukan pada waktu jumaat. Sepatutnya laluan masuk kemasjid itu seperti dalam gambar tanpa halangan. Namun ruang tersebut menjadi tempat letak motosikal mereka untuk mengelak dari panas. Jemaah yang ingin masuk ke masjid terpaksa mencelah celah di susunan motosikal. Aku melihat ramai warga tua didalam masjid. Terdapat juga jemaah OKU. Cuba bayangkan bagaimana kesusahan mereka.
Satu lagi laluan masuk ke masjid ialah melalui tangga. Satu amalan buruk yang sering dilakukan sesetengah jemaah ialah meletakkan kasut dan selipar di atas tangga. Tidakkah terfikir oleh mereka kekotoran yang terlekat pada selipar itu akan mengotorkan tangga masjid itu. Selain itu longgokan selipar di atas tangga itu boleh membahayakan jemaah masjid yang melalui tangga tersebut. Kaki boleh tersangkut atau tergelincir oleh selipar selipar itu.
Ada juga jemaah yang metetakkan kenderaan dengan menghalang kenderaan lain. Kebiasaannya dilakukan oleh jemaah yang datang lambat. Sepatutnya jika kenderaan telah menghalang kenderaan lain, ia hendaklah keluar awal agar tidak menghalang para jemaah untuk pulang. Dimanakah letaknya nilai diri kita apabila kenderaan kita menghalang orang sedang masa yang sama kita terus berada di dalam masjid berwirid dan beriktikaf. Adakah imbuhan agaknya daripada Allah.
Beberapa bulan lepas ajk masjid sudah menegur kanak kanak yang tidak menunaikan solat jumaat. Lebih daripada itu ada yang membuat bising. Bapa yang membawa anak juga diminta agar dapat mengawal anak mereka. Selepas itu keadaannya sungguh baik. Malangnya minggu ini keadaan bising tersebut kian terjadi semula. Di manakah silapnya.
Semua perkara ada adab dan peraturannya. Janganlah semuanya diketepikan demi menjaga kepentingan diri. Hidup bermasyarakat menuntut tolak ansur dan kepentingan bersama. Rumah Allah milik bersama perlu sama sama memikul tanggung jawab. Jadikan setiap amalan diberkati Allah.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan