Isnin, Januari 25, 2010

Terdedah Aurat



Gambar ni aku dapat drpd kawan dlm facebook. Kesalahan begini memang selalu terjadi terutama kepada orang yang suka pakai baju singkat. Semasa berdiri memang tutup bahagian tu, tapi bila sujud maka akan terdedahlah aurat. Sekiranya berlaku sudah tentu solat tak sah.

Ilmu tanpa amal laksana pohon yang daunnya rimbun tapi tidak menghasilkan buah. Amal tanpa ilmu laksana mencurah air ke daun keladi. Letih beribadat pahala tak dapat sebab ibadat tak sah.

Sekiranya berlaku didepan kita ketika solat memang akan bikin kacau pada fikiran. Kalau kawan bolehlah ditegur, tapi lepas selesailah. Kalau orang lain nak tegur macamana. Mampukah kita. Tak tegur nanti kesalahan tu akan berpanjangan dilakukannya. Lebih teruk lagi sekiranya orang tu menjadi imam. Kenalah kita  mufarrokah.

Bab dahi ketika sujud pula kenalah tercicah kesejadah. Lebih baik lagi berserta hidung sekali. Itulah sebabnya ramai orang pakai kupiah untuk solat. Kalau pakai songkok sukar sedikit mahu sujud. Kedudukan songkok atas kepala tidak boleh ditekan sangat ke bahagian hadapan. Adalah lebih amat sukar bagi peminat songkok tinggi yang selalu dipakai ahli UMNO tu. Aku pernah pakai songkok tapi tak lah tinggi sangat. Itupun terasa sukarnya. Sekarang memang aku dah tak pakai samada rendah maupun yg tinggi. Kupiah lebih meyakinkan.

Kalau diMekah nak kenal melayu Malaysia atau melayu Indonesia melalui pakaian dikepala. Kalau bersongkok  dah tentu jemaah Indonesia. Kalau berkupiah pula sudah tentu jemaah Malaysia. Yang selalu bersongkok tinggi kat Malaysia pun pakai kupiah jugak di sana. Kalau bersongkok rendah dan tentu dah. Pendek kata tak perlu tanya orang Malaysia ke orang Indonesia.

2 ulasan:

  1. Aku pernah tegur org kuat JIM sembahyang pakai jeans berlubang di bahagian pehanya;

    "iDAN kalau kau nak fikir sangat pasal aurat; cuba pakai microskop, teropong kat seluar kau tu; nampak kan? kulit kau!"

    Apa nak jawab iyer!.

    BalasPadam
  2. Dan, tak perlu jawab, sebab dia tu alim terlampau. Jawab apapun tak terima tu.

    BalasPadam