Isnin, Januari 04, 2010

Masjid Ma'muniah Sg. Nipah Sekincan

Dalam perjalanan ke Sekincan kami singgah di Masjid Ma'muniah Sg. Nipah untuk menunaikan solat zuhor. Masuk sahaja ke persekitaran masjid hati terasa teruja dengan hiasan luarannya.

Sudah pasti kawasan masjid yang luas memberikan keselesaan untuk meletakkan kenderaan terutamanya pada hari jumaat. Lebih lebih lagi masjid ini terletak betul betul di pinggir jalanraya Kelang-Teluk Intan. Masjid ini jelas kelihatan pada pandangan pemandu yang melalui jalan tersebut.

Ruang legar masjid menyediakan suasana santai. Amat sesuai untuk beristirehat bagi pemandu pemandu yang singgah bagi menunaikan tanggung jawab terhadap Allah. Pujian perlu diberi kepada jawatan kuasa masjid yang berjaya menunjukkan model masjid yang perlu dicontohi oleh masjid masjid yang lain. kebersihan terserlah di mana sampah sarap tidak kelihatan maupun daun daun.
Tandas juga bersih. Walaupun ada kesan kerosakan kecil tetapi tidak sampai mencacatkan fungsinya. Boleh bernafas dengan selesa adalah kriteria yang paling penting menilai kebersihan sesuatu tandas. Amat jarang melihat tandas masjid serupa ini walau di manapun. Hinggakan kini tandas masjid mula dijadikan perumpamaan kpd tandas yg kotor.

Terdapat beberapa set kerusi dan meja batu di sekitar masjid utk kemudahan jemaah makan minum. Cuma sesuai ketika cuaca redup. Sekiranya bagi yang rasa lebih selesa dgn cuaca panas, tiada halangan.

Saya pasti tok siak masjid telah menjalankan tugasnya dgn baik. Bendaharinya bijak menguruskan kewangan disamping lain lain ajk. Tiada maknanya akaun masjid besar jumlahnya tetapi kelengkapan tidak sempurna. Hendak menunaikan hajat dlm tandaspun kerisauan kerana kunci pintu rosak. Tekak tok guru mengajar nak pecah, suara bilal dah nak macam penyanyi rock, disebabkan sistem pembesar suara semput.

Sekali lagi tahniah dan pujian untuk pengurusan masjid. Sekiranya saya lalu lagi pasti akan singgah ke sini, insyaallah.

2 ulasan:

  1. sepanjang jalan utama dari pekan sabak ke pekan sekincan keadaan masjid amat terkawal terutama tandas, saya sungguh bangga masjid sudah tidak dilebalkan sebagai tempat terbiar dari segi kebersiahan. Olih itu pengguna juga mesti bersama-sama menjaga dan mengekalkan keadaan
    tersebt

    BalasPadam
  2. Salam TN

    Tahniah kpd pihak yang bertanggung jawab semoga menjadi ctk kpd pihak pihak yg lain. Yg penting pengguna bijak memanfaat kemudahan yang tersedia.

    BalasPadam