Rabu, Januari 20, 2010

Makan Makanan Halal




Setiap hari kita ikrar untuk mati dalam islam. Kalau begitu mesti ada pula usaha untuk hidup ikut cara islam. Untuk hidup ikut acuan islam mesti jaga pantang larang islam. Untuk berpantang ala islam, maka jauhkan makan yang haram. Bagi membentuk jiwa bersih makan yang diambil pula mesti halalan toyyiba, bersih daripada sudut jasmani dan rohaninya.



Satu fenomena yg boleh kita lihat di mana mana bandar samada kecil atau besar, masyarakat kita yang suka makan di restoran bukan islam. Dakwanya restoran itu mendapat sijil halal. Adakah kita sanggup semak sijil dia setiap kali nak makan. Dekat kampung aku di Tanjung Malim, berlambak kedai makan orang islam, dari sekecil gerai hingga ke restoran yang cantik mantik. Malangnya restoran bukan islam jugak jadi pilihan. Aku tak perlu sebut restoran apa, semua mesti tahu. Kadang kala pemandu datang dari jauhpun singgah. Baru bertolak dari rumah dah set dalam kepala nak singgah kat restoran bukan islam tu.

Chinese food: shredded pork chow mein and lemon chicken on rice
Di tempat aku sini pun keadaannya pun sama. Siapa pernah tinggal diParit akan tahu. Sesuatu yang peliknya bila bulan puasa restoran bukan islam ini turut akan ditutup waktu siang seperti mematuhi arahan majlis agama lagaknya. Disebalik penutupan restoran itu sebenarnya adalah bagi melindungi orang orang islam yang makan didlamnya. Pernah aku dengar satu cerita daripada seorang ustaz.

Pada masa dahulu ada seorang kadi bertugas menyerbu restoran bukan islam bagi menangkap orang islam yang tidak puasa. Apabila serbuan dibuat didapati ramai orang islam didalamnya. Maka kadi itu menyoal toke kedai tersebut mengapa dia membenarkan orang islam makan di kedainya dalam bulan puasa. Toke kedai tersebut menjawab dia tak pernah bagi orang islam makan. Kadi pula menunjukkan malaun malaun melayu yang ditangkap itu sebagai bukti. Toke kedai itu berkata bahawa mereka itu bukan orang islam. Orang islam tak masuk kedai saya katanya.

Sekarang ini mee hailam orang islam boleh buat. Nasi goreng cina bukan kedai melayu malah kedai mamak pun ada. Mee hong kong, mee kung fu, pendek kata apa jenis masakan orang bukan islam boleh didapati di restoran orang islam. Aku tak nafikan mungkin masakan restoran bukan islam itu  lebih sedap sebab originnya masakan itu mereka punya. Macam kain batik, kalau kita tak boleh berbatik jawa cukup sekadar berbatik kelantan. Janji akhlak kita terjaga dan tidak cacat.

Kalau betul pun restoran itu halal, di mana pula maruah kita yang duduk dalam restoran orang bukan islam tersebut. Adakah kita sanggup memperjudikan keimanan kita. Adakah kita fikir orang bukan islam itu sanggup menjaga prinsip agama kita yang berbeza sungguh dengan agama mereka. Adakah kita mahu mereka tolong jaga agama kita. Adakah mereka sanggup susah atas alasan mahu memastikan kita makan benda yang halal. Cukupkah sekadar mereka tak makan babi dan kita dah boleh makan makanan mereka.

Apalah sangat selera yang didorong oleh nafsu sehingga kita mengambil mudah semua ini. Kita belum mempersoal tentang ekonomi islam yang mana kita mesti menyokong antara satu sama lain bagi mengukuhkan daya saing bangsa kita. Cukuplah sekadar perkara perkara yang kita sukar mengelak, tetapi soal makan rasanya kita belum sampai ketahap darurat. 

Hadis Rasulullah SAW yang bermaksud,"Maka tinggalkanlah perkara yang meragui kamu kepada perkara yang tidak meragui kamu".

4 ulasan:

  1. Salam Yb.Tkasih masuk blog.N3 ni buat saya terfikir..tapi sekarang org ramai saja je masuk kedai2 mcm tu...kat depan tu diaorang letak yg pakai tudung.Dekat R & R utara selatan tu ada gerai org bukan islam ,dah ada tulis nama bukan islam , mereka masuk juga tgk depan org bertudung.Rasa nak tarik suruh diaorang baca...tapi saya tak buat juga....

    Sama2lah kita mengambil kira benda2 mcm tu.

    Ustaz Kirit shah tu saya tgk profile dia di tv..tapi tak pernah dgr lagi dia bercakap...

    BalasPadam
  2. Salam mama ju

    Hilangnya sikap patriotik kepada bangsa dan ugama sendiri.

    Kalau ada facebook boleh add dia. Boleh tahu perkembangan dia dan ada juga dia upload video.

    Terima kasih

    BalasPadam
  3. Sahabatku YB

    Selera kita ini terkadang mengalahkan orang mengandung anak sulung;

    Aku pernah mengidam makan mee hailam di kedai cina yang katanya ada sijil halal majlis agama Islam. Biasalah orang lepas demam, tekak tu rasa loya sahaja nak telan makanan harian.

    Memang ramailah org kita yang pakai ketayap pun makan di sini. Aku terkenang tu sebab "Kawan Uar" pernah bawa aku makan di sini ketika bujang lalu. Rasanya Kajang hanya ada satu sahaja mee hailam yang cina buat ada sijil halal tu.

    Bila nak telan sahaja; rasa kembang pula tekak ini; ngapa iyer!. Habis tu tak kan nak muntah depan org kita Melayu kat situ. Maka taklah habis mee hailamnya, biasanya kau tahulah perangai aku, rakan punya tak habis pun aku tolong licinkan.

    Lepas itu terpaksa pergi ke kedai Melayu, minta mee hailam juga; payah mengidam ketika bunting gajah ini.

    Begitu juga makanan siam, atau india daun pisang; Ada Sijil Halal dari Majlis Agama. Tak semua tekak boleh terima. Rasanya kalau sekali makan terkena rasa loya itu, pasti tak jenguk lagi.

    Aku memang bab makan ini tak jaga sangat... suka mencuba resepi yang baru.

    BalasPadam
  4. Dan

    Makan kedai bukan islam ni macam pergi beli tiket parking di kedai nombor ekor lah. Walaupun tak buat kerja haram tu tapi dr segi maruahnya kira kosong lah.

    BalasPadam