Rabu, Januari 13, 2010

Ceramah Ustaz Shah Kirit Bin Kalkulal Givindji - 1


Malam tadi aku diberi peluang oleh Allah untuk bersama dalam program Ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Shah Kirit Bin Kalkulal Givindji. Penganjur tidak memberi sebarang tajuk kepada beliau dalam ceramahnya sempena Majlis Penutu Ihtifal Hijri di UTP.

Beliau memulakan dengan memperkenalkan dirinya yang mana sebelum memeluk islam beliau beragama hindu. 14 tahun yang lepas beliau mengucap syahadah didepan Ustaz Ali Chin diIpoh setelah mendapat berbagai tentangan daripada keluarga. Pada peringkat awal beliau terpaksa merahsiakan keislamannya setelah berhadapan delima untuk memilih ibubapa atau islam. Ibunya berpesan sekiranya ia masuk islam ia hendaklah bertanggung jawab sekiranya mayat ibu dan bapanya akan terkujur dirumah mereka. Mereka sanggup membunuh diri daripada melihat anaknya menganut agama lain daripada hindu. Untuk menenangkan keadaan beliau memberi pengakuan tektikal dengan menyatakan dia berjanji tidak akan masuk melayu(ganti kpd islam) sampai bila bila.


Menyorot kembali kepada detik bermulanya islam berputik di jiwanya ialah ketika berumur lebih kurang 9 tahun. Suatu hari ketika guru tidak masuk kekelas murid murid diarahkan ke perpustakaan. Pada masa itu beliau telah memilih satu buku untuk dibaca. Buku tersebut mengandungi kisah kisah nabi. Beliau telah membaca kisah Nabi Ibrahim yang kita telah tahu iaitu memecahkan semua berhala kecuali satu sahja yang ditinggalkannya ialah yang paling besar. Hidayah Allah mula dirasai apabila mesej daripada cerita Nabi Ibrahim itu dikaitkan dengan berhala yang menjadi sembahannya selama ini.

Beliau telah diajar cara cara sembahyang mengikut agama hindu dan tata cara sebelum sembahyang tersebut. Setiap kali sembahan terhadap berhala itu dibuat, hatinya berkata: " adakah saya dicipta oleh tuhan atau tuhan dicipta oleh saya". Lintasan hatinya yang berpanjangan menyebabkan beliau mula tak percaya terhadap anutannya selama ini. Setiap kali mengadap keberhala hatinya menafikan ini bukan tuhan sebenar. Dia yakin ada lain tuhan yang perlu dicari.........bersambung....

3 ulasan:

  1. cuba dengar rancangan Islam Agamaku radio IKIM 4:15pm setiap khamis. Rancangan ni menjemput saudara baru yg masuk islam menceritakan pengalaman mereka. Setengahnya tak lah baru dan setengahnya lebih alim drpd yg asal islam. Boleh beri kulih pulak.

    BalasPadam