Jumaat, Januari 22, 2010

9W2OYB


http://www.rigpix.com/yaesu/ft60r.jpg

Semalam aku telah menerima Sijil Penguntukan Radas daripada SKMM tanda aku di bawah akta SKMM untuk mengendalikan radio amatur. Selain internet ini merupakan salah satu cara untuk berhubung arena maya. Setiap pengguna radio amatur yang sah akan diberi isyarat panggilan atau lebih popular disebut callsign oleh SKMM (atas pilihan pengguna). Aku mula diperkenalkan hobi baru ini oleh rakan sekerja si 9W2LCD beberapa tahun lepas. Callsign yang aku pohon 9W2OYB (masih ada YB tuh) daripada SKMM ini setelah lulus peperiksaan RAE (Radio Amateur Examination) pada 2008.

Banyak perkara yang perlu diketahui dalam hobi radio amatur ini. Nak ceritapun aku pendatang baru. Kalau nak tahu lebih lanjut sila rujuk di sini. Kini aku mula memikirkan, kalau nak sambung aktiviti hobi ini aku terlebih dahulu dapatkan sekurang kurangnya spt set di atas. Selepas itu kena join persatuan di Perak untuk mendapatkan ramai kenalan.

8 ulasan:

  1. Pasti mahal satu set itu, pulak tu pasti kena lesen tak?.

    BalasPadam
  2. Mengikut kawan tu sekitar RM500 dah dapat dah. Yg pakai dalam kereta tu mahallah lagi. Kalau ada ariel panjang kat kereta tu maknanya dia tu pengguna radio amatur. Nak join bagus hobi ni. Lesen cuma RM24 setahun.

    BalasPadam
  3. salam anaknda 9w2OYB,

    Tahniah dah lulus periksa.
    Sahabat karib ayah dulu pernah jadi perisiden kelab radio utara malaysia.Cukup bijak dia.Dah 2 tahun meninggal.

    Sekarang anak saudara saya pun 9w2azx cukup aktif.Sila kontek dia,katakan dapat maklumat dari ayah.Dia panggil ayah Pak Cha,Banggol Derdap Sik.

    wassalam.

    BalasPadam
  4. Salam ayahanda

    Baru nak belajar ni. Orang kuat kat Perak ni dengarnya Pak Lop.

    Insyaallah dah pandai nanti pegi utara boleh cari 9w2azx lah. Nanti saya cari blog dia kalau ada.

    wassalam

    BalasPadam
  5. salam YB,

    Blog dia pun sama callsignnya.
    http://www.9w2azx.blogspot.com

    wassalam

    BalasPadam
  6. salam YB,

    Saya tertarik dengan post 'singkut'.
    Boleh saya ambilkan utk dimuatkan dalam blog saya.Nak ambik sebahagian saja.

    Wassalam.

    BalasPadam
  7. Salam ayahanda,

    Boleh saja. Kalau masa kecik kecik dulu penuh poket kutip buahnya. Ada yang pakai baju melayu nak kan banyak.

    saya dah add saudara aziran dlm list saya.

    10Q

    BalasPadam