Isnin, April 30, 2012

Menggalas SEDEX 29.

Hasrul, Musa, Yasin, Johan dan Hafiz
17 dan 18 april lepas diadakan Science & Engineering Design Exhibition yang ke 29 (SEDEX29) di UTP. Untuk mengenali SEDEX29 sila ke sini. Selepas hampir 2 tahun kami tampil kembali dengan 3 innovasi bagi menguji kemampuan masing masing dalam cabaran rekacipta.

Selepas pencapaian tidak begitu cemerlang, sekadar perak sahaja, pada tahun 2010 dengan projek Toique, jabatan aku telak menampilkan 2 projek bagi menggalas SEDEX 29. Projek De Remote Drip Control memenangi gold dan 1st runner-up manakala Human Tracking Vest juga memenangi gold.


Satu lagi pasukan dari jabatan jeruteraan awam (Johan dan Hafiz) memenangi perak. Kajayaan yang dikecapi ini akan menjadi pemangkin untuk kami khususnya dan kawan kawan amnya dalam mempergiatkan aktiviti aktiviti innovasi yang sememangnya selari dengan halatuju organisasi kami dalam mencapai status Research University.

Khamis, April 12, 2012

Dulu Merasa Sekarangpun Merasa Biasiswa

Sebok sekarang orang berbual pasal PTPTN. Lebih lebih lagi orang politik apabila mentafsir isu ini sebagai peluru politik. Mereka melihatnya sebagai membunuh atau dibunuh. Maka tidak hairan kita di TV sekarang ini isu ini menjadi tajuk penting dalam mempertahankan dasar penubuhan PTPTN sebagai ganti Biasiswa dalam menaja perbelanjaan mahasiswa di IPTA dan IPTS.

Betapa makmurnya zaman dahulu belajar universiti atau kolej. Sukar melihat pelajar yang tidak mendapat biasiswa. Kalau dia tak dapat bermakna ia anak orang kaya. Negara kita tidak semewah sekarang ini tapi rakyatnya gembira.

Mari kita lihat isu PTPTN ini sekarang. Orang yang kuat mempertahankan PTPTN adalah orang orang yang menikmati biasiswa semasa belajar dahulu. Ada golongan yang boleh menggunakan wang biasiswa untuk membantu keluarga di kampung. Tetapi mengapakan mereka  ini sekarang yang aku percaya golongan pembuat dasar dalam isu PTPTN bercakap terlalu angkuh seolah olah tidak pernah memakan satu sen pun wang biasiswa. Siap ugut mahasiswa yg negara akan bankrup jika PTPTN dihapuskan.

Anda yang telah mendapat pengajian percuma dahulu diharapkan untuk memikirkan satu mekanisma yang boleh menyenangkan golongan pelajar seperti juga anda dahulu. Bukannya setelah diasuh dan diajar menjadi orang bijak dan berkuasa tetapi masih bodoh dan mengalah dengan cabaran ekonomi semasa dengan membiarkan keadaan menghimpit jenerasi kemudian.

Bagaimana pentingnya tanggung jawab bapa terhadap pendidikan anaknya begitulah pentingnya tanggung jawab kerajaan terhadap pendidikan rakyatnya. Kalau bapa tak mampu memberi pendidikan terhadap anak lebih baik jangan beranak. Begitu juga kerajaan, jika tak mampu menyediakan pendidikan terhadap rakyat lebih baik tak payah memerintah rakyat.

Memang benar kata pepatah jangan tanya apa kerajaan beri kepada anda tetapi tanya apa anda beri kepada kerajaan. Tetapi kalau bapa tak mampu menanggung anak lebih baik serah anak kepada "bapa angkat".


Kalau dahulu negara tidak mewah tetapi rakyat makmur tetapi sekarang negara mewah tetapi rakyat hatinya susah. Cuba senaraikan rasuah dan ketirisan wang negara. Aku tiada fakta tetapi percaya dapat membantu isu PTPTN ini. Janganlah jenarasi kita sahaja yang menikmati kemudahan belajar tanpa hutang, cubakanlah dengan kepandaian dan kepakaran yang kita ada ini untuk memikirkan pula jenerasi sekarang dan mendatang menikmati apa yang kita perolehi dahulu.

Isnin, April 09, 2012

Masjid Padang Nenas, Kuala Terengganu

Aku pernah singgah di masjid ini semasa berkursus di Kuala Terengganu dahulu. Masjid memang cantik, bersih dan kemas.
Ketika aku sampai waktu maghrib hampir tiba. Jemaah sudah mula sampai di perkarangan masjid untuk menunaikan kewajipan terhadap Allah.

Di atas ruangan masuk ke dalam masjid suga ceria. Amat beruntung jemaah di sini mempunyai masjid yang indah. Tetapi  malang bagi mereka yang tidak datang ke masjid walaupun masjid tersergam indah.
Apabila duduk di dalam masjid kita sering lupa berniat iktikaf. Setengah masjid menyediakan paparan di dinding sebagai notis kepada para jemaah agar tidak lupa berniat iktikaf.
Di luar masjid ada tersedia nota kepada jemaah tentang adab ziarah pesakit. Bagus inisiatif ajk masjid ini.

Rabu, April 04, 2012

Fasih Dahulu Bahasa Melayu

Sejak dahulu kita dengar Pertubuhan Dong Zhong menuntut kerajaan supaya membekalkan mereka guru guru yang mahir berbahasa Mandarin ke sekolah sekolah cina. Apa yang ingin aku bicarakan di sini ialah bukan sokongan atau penentangan terhadap desakan mereka, tetapi ingin menilai tahap kecintaan sesuatu bangsa terhadap bahasa mereka. Adalah perkara biasa sekiranya sesuatu bangsa sanggup bermati matian memperjuangkan bahasa bangsanya sendiri. Apa yang luar biasanya ialah apabila sesuatu bangsa itu tidak mencintai bahasa bangsanya sendiri.

Apapun dalam memperjuangkan bahasa ibunda sendiri, bahasa kebangsaan tidak boleh diambil mudah. Sekiranya Pertubuhan Dong Zhong amat serius menuntut guru guru di sekolah cina mahir berbahasa mandarin, adakah mereka sendiri semuanya sudah mahir berbahasa malaysia iaitu bahasa kebangsaan negara Malaysia yang buminya mereka pijak dan langitnya mereka junjung.

Mari kita menilai tahap penggunaan bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan malaysia oleh para menteri. Memang amat menyedihkan terutamanya yang bukan berbangsa melayu. Kalau aku seorang Perdana Menteri aku akan pastikan tuntutan Dong Zhong itu dipenuhi sekiranya para menteri berbangsa cina dapat bertutur bahasa melayu dengah fasih. Tidak perlu aku sebut siapa, ada yang seperti nak terseliuh lidah berbahasa melayu. Ada yang macam baru 1 tahun duduk Malaysia. Aku rasa bahasa melayu Mat Bangla stesen minyak jauh lebih baik walaupun mereka baru 2 atau 3 tahun duduk di Malaysia. Kita tidak nampak kecintaan terhadap bahasa melayu itu di kalangan mereka.


Sepatutnya di saat ini bahasa melayu tidak lagi berada di era proses perjuangan. Martabatnya sepatut telah mencapai tahap antarabangsa apabila bahasa melayu ini sendiri dipertuturkan terutamanya di Malaysia, Indonesia, Brunai dan lain lain. Yang sedihnya di Malaysia sendiri kedudukannya agak tergugat disebabkan ianya dilihat sepi oleh golongan golongan elit. Kita tidak mahu strategi serampang dua mata sesetengah pihak dapat mencabar dan seterusnya menyahkan bahasa melayu dari bumi dan lidah bangsa ini.

Amat sukar untuk kita meletakkan harapan kepada pihak berwajib dalam memelihara keutuhan bahasa kita. Jauh sekali kita dapat menagih simpati kepada pemimpin pemimpin dalam mendasari semua sistem menggunakan bahasa melayu. Tiada bahasa yang dapat menjamin bahasa melayu kecuali bahasa undi.

sumber gambar: http://kembarabahasa.blogspot.com/2010/10/banyak-pemimpin-yang-tidak-bangga_8095.html