Rabu, Disember 28, 2011

Makan Tengahari Shenzen China - 2

 
  Esok 13 Dec, tarikh pulang ke Malaysia. Tiada lagi hidangan akan disediakan. Semuanya kena urus sendiri. Hari ini kami dibawa makan tengahari di restoran di atas Xinyue Muslim Restaurant. Sungguh selesa untuk menjamu selera di sini. Ruang makan di tingkat atas memberi ruang pandang lebih luas. Suhu sejuk yang mencengkam di luar dapat diredakan sementara.
Di sini juga ada tersedia bilik solat untuk pengunjung. Selepas makan kami menunaikan tanggung jawab masing masing terhadap Allah yang maha esa. Sesungguhnya Allah melihat hambanya di mana sahaja hatta dalam batu jua, inikan pula di negara China. Selagi engkau berharap terhadap Allah dan sudah tentu kita amat berharap terhadapNya maka tiada kecuali bagi kita menyembah Allah yang maha berkuasa yang memiliki semesta alam ini.
 
 Masakan di sini sungguh sedap. Walaupun makan agak awal sedikit tapi perut masing masing tidak menolak setiap yang dihidangkan. 





Selesai makan, pemandu pelancong membawakan sejenis buah yang aku dah lupa namanya. Rupanya seperti limau tetapi bukan limau. Walaupun isinya seperti limau tetapi kulitnya amat sukar untuk dipisahkan. Cara makannya ialah dimakan dengan kulitnya skali. Walau bagaimanapun tiada rasa pahit daripada kulit tersebut.
Gambar di bawah menceritakan samada masakan yang dihidangkan sedap ataupun tidak. Kalau dah licin sampai macam tuh...kira sedaplah tuh

Sambil aku bersembang, dimeja sebelah anak aku Syazwan dah termenung. Mungkin kekenyangan, mungkin rindukan rumah, mungkin rindukan fb....yang penting rindu terhadap buku buku sekolah yang telah lama tertinggal. Masa akan terus berlari...masa terus akan menghambat SPM yang akan dihadapi tahun hadapan 2012. Moga berjaya dengan cemerlang dalam pelajaran dan kerjaya. Insyaalah apabila engkau berjaya dalam ilmu dunia dan ilmu akhirat insyallah engkau akan boleh pergi lebih jauh lagi berbanding Shenzen China ini dengan syarat Allah sentiasa dalam hidupmu.

Aku melihat papan kenyataan ini terlekat didinding restoran. Apakah yang dinyatakan aku tak faham.
Di luar restoran aku melihat papan tanda menunjukkan restoran restoran muslim milik Xinyue Muslim Restaurant. Sedikit maklumat untuk sesiapa yang pergi sendirian ke Shenzen.

Salepas merakamkan gambar diatas aku langsung menaiki bas untuk membawa kami ke tempat perlancongan yang terkenal Window Of The World.

Sabtu, Disember 24, 2011

Makan Malam Shenzen China - 1

 
Turun dari Victoria Peak Hong Kong sepatutnya kami meneruskan perjalan ke Shenzen China pula. Oleh sebab bas yang menunggu kami di sempadan Hong Kong - China akan lambat tiba kerana rosak maka pemandu pelancong membawa kami shoping ke suatu tempat yang aku dah lupa. Walau bagaimanapun tiada sesuatu yang dapat menarik wang terbang dari poket aku.
Cukup masa perjalanan ke China diteruskan. Selepas melalui proses imigrases kami dibawa untuk makan malam di Shenzen. Shenzen cukup cantik laksana bandar dalam taman. Masyarakatnya agak berkhemah seperti orang Hong Kong.
Kami dibawa makan direstoran seperti gambar di atas. Di bawah restoran tersebut terdapat kedai menjual daging halal (gambar bawah). Ramai juga pembeli, mungkin mereka orang islam kerana daging yang dijual adalah halal.
Gambar di bawah adalah suasana dalam restoran. Hampir semua ruang tempat duduk dipenuhi pengunjung.
 Seterusnya gambar gambar di bawah adalah hidangan yang disediakan untuk santapan kami. Hayatilah dan bayangkanlah rasanya.
 
 
 
 
 
 
 
Siapa pernah pergi ke China pasti kenal masakan di bawah ini kerana tidak pernah terkecuali daripada hidangan.
Sup Telur
Dengan gabongan 10 orang semeja hampir semua makanan yang dihidangkan selesai. Walaupun pinggan nasinya sebesar piring di rumah kita ianya tidak menghalang untuk kami mengenyangkan perut masing masing.

Khamis, Disember 22, 2011

Makan Makan Hong Kong

Kalau di Malaysia kita boleh banyak kira soal makan, itu tak makan ini tak makan, itu tak sedap ini tak sedap tetapi apabila berada diperantauan segalanya perasaan tersebut dihambat jauh demi mengisi perut yang kelaparan. Lebih daripada itu makanan yang disajikan terjamin kehalalannya. Sepanjang 2 hari di Hong Kong rombongan kami dibawa makan direstoran masakan muslim. Antaranya di restoran seperti gambar di atas. Bila sudah lapar tidak ingat lagi untuk ambil kisah restoran apa dan di mana restoran tersebut. Apapun restorannya seperti gambar di atas.  Di bawah adalah gambar gambar lauk pauk yang sempat dirakamkan.
Gambar diatas sup yang dihidangkan. Jangan tanya apa nama sebab kami tidak diberi senarai menu. Duduk, dihidang dan makan sahaja. Nampak macam sedap tetapi agak masam. Memandangkan jauh jauh datang, tak kan nak pandang saja.
 Segala rezki datangnya daripada Allah. Yang tak sedap jangan dicaci tetapi kalau sedap baik dipuji. Gambar di atas ini lauk kari. Memang sedap sungguh rasanya.
 
 
 

 Antara tempat kami dibawa untuk makan tengahari ialah Pusat Islam Hong Kong. Terdapat sebuah kantin yang menyajikan hidangan untuk tetamu yang datang ke situ. Sungguh ramai pelanggan yang datang menjamu selera. Kali ini masakannya lebih menyelerakan. Hampir semua tempat dipenuhi pelanggan.
 
 Dalam almari ini adalah contoh makanan tambahan yang dihidangkan di sini. Tidak tahu berbahasa cina pun tak apa, tunjuk kepada pelayan restoran dan bayar. Rumusan kepada makanan yang dinikmati disini dapat dibuat bahawa ianya amat sesuai untuk mereka yang perlukan diet seperti aku. Anda tidak akan makan dengan banyak.

Khamis, Disember 15, 2011

Masjid Ammar, Wan Chai Hong Kong

Terasa satu kepuasan walaupun sekadar dapat mengunjungi sebuah masjid diHong Kong. Masjid di sini tidak banyak seperti di Beijing. Kami singgah di sini untuk menunaikan solat dan makan tengahari. Masjid ini dinamakan Masjid Ammar terletak di dalam bangunan 5 tingkat. Di sini juga tempat Pusat Islam Hong Kong.
Gambar di atas merupakan sekeping gambar besar yang ditampal didinding. Pada masa ini kita tidak dapat mengambil gambarkerana ia menjalani proses pembaikan. Lihat gambar di bawah di mana bangunan tersebut dilindungi plastik.

Waktu di Hong Kong sama dengan diMalaysia. Kita tak perlu perbetulkan jam apabila sampai di sana. Waktu solat juga tidak jauh beza dengan diMalaysia, cuma asar dan isyak agak awal.
Kelihatan sekumpulanjemaah Pakistan mengadakan majlis usrah di kalangan mereka. Selain itu terdapat juga jemaah wanita kebanyakannya dari Indonesia. Ketika kami singgah untuk solat kedengaran kuliah disampaikan oleh ustazah untuk jemaah wanita.
Terdapat bangku serta meja yang direka khas untuk membaca tersedia di bahagian belakang ruang solat. Sungguh kreatif mudah pembuatannya.

Sejarah pembukaan bangunan ini.
Gambar di atas ialah kaunter penyambut tetamu. Selain daripada masjid terdapat juga kantin untuk para tetamu. Semua masakan di jamin halal kerana pengusahanya orang islam. Insyallah gambar gambar masakan tersebut akan dimuatkan untuk tempelan akan datang.