Tatkala kanak kanak apa sahaja solat jemaah kita berada di saf belakang. Masih terngiang ngiang di cuping telinga kita " kanak kanak sila ke belakang". Demi memelihara pahala saf.
Kini kita tidak lagi sepatutnya berada di saf belakang. Selain kelebihan ganjaran pada saf hadapan sepatutnya usia mematangkan kita. Kalau kita tidak menjadi Imam, jadilah Bilal. Jila kita tidak menjadi Bilal, jadilah makmum, tetapi makmum yang hampir kepada imam. Umpama kata pujangga, jika tidak menjadi rumput di taman, jadilah rumput yang dapat mengindahkan jalanan.
Dari Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w. bersabda, “Seandainya orang-orang tahu (pahala) yang terdapat di dalam seruan (azan) dan barisan (saf) pertama kemudian mereka tidak mendapatkan cara untuk mencapainya kecuali dengan cara melakukan undian, pasti mereka akan mengadakannya.” (Hadis Riwayat Bukhari, no. 615. Muslim, no. 137)
Masyarakat kita memang kurang memberikan perhatian kepentingan saf. Walaupun iqamah telah dilaungkan jemaah masih lagi leka tanpa ada perasaan merebut kedudukan saf pertama. Amat berbeza jika dibandingkan dengan masyarakat daripada Timur Tengah. Walau bagaimanapun dalam perkara ini nampaknya kaum remaja kita lebih prihatin. Apakah kesihatan atau perasaan di usia tua telah menghalang keghairahan mencari pahala saf. Apakah kita berasa rimas untuk berhimpit himpit sementara di saf.
Masa kini kita boleh lihat banyak masjid menggunakan karpet bercorak sejadah atau pun menggunakan sejadah itu sendiri. Saiz sejadah yang besar mempengaruhi kedudukan jamaah. Apabila jemaah mementingkan sangat berdiri di sejadah masing masing maka kedudukan jemaah akan renggang. Lebih lebih lagi bagi jemaah berbadab kecil. Memang sukar untuk merapatkan jemaah yang berdiri atas sejadah berbanding saf yang sekadar menggunakan karpet yang tidak bersejadah atau tanpa corak sejadah.
Marilah kita sama sama mencari keredhaan Allah. Keredhaannya akan tercapai apabila kita seronok dan ghairah melakukan apa yang diperintahkannya. Samada perintah wajib maupun sunat.