Sekarang penduduk Batu Gajah boleh berbangga setelah masjid baharu telah siap. Masjid baharu ini didirikan di tapak masjid lama setelah masjid lama. Masjid ini mempunyai saiz yang amat besar jika dibandingkan dengan lain lain masjid daerah. Melihat struktur binaanya pun sudah cukup untuk menguja perasaan kita untuk masuk kedalamnya.
Masjid Batu Gajah sering dikunjungi Sultan Perak Sultan Azlan Shah sebab berhampiran dengannya terdapat makam bonda tuanku. Sultan Azlan Shah pernah bersekolah di Batu Gajah. Untuk cerita Batu Gajah lebih lanjut sila
ke sini
Masjid dua tingkat ini mempunyai kemasan yang bermutu tinggi. Daripada bahan lantai hingga ke hiasan atasannya sungguh menarik pandangan. Tidak keterlaluan jika saya katakan ia merupakan sebuah masjid yang tercantik di Negeri Perak.
Hiasan dinding yang berwarna warni pada cermin menambah seri masjid ini. Di atas merupakan tangga yang di gunakan untuk naik ke ruang solat.
|
Pintu dan dinding ruang solat tingkat bawah |
Mungkin anda bertanya apa benda yang berselimut dalam gambar di atas. Sesuatu yang menarik masjid ini ialah ia dilengkapi dengan tangga bergerak atau eskelator. Tangga bergerak ini kebiasaannya terdapat pada masjid masjid ulung sahaja. betapa bertuahnya kariah masjid Batu Gajah.
Ketika aku berkunjung ke masjid ini ianya baru beberapa bulan sahaja digunakan. Aku difahamkan eskelator itu hanya beroperasi pada hari jumaat sahaja buat ketika ini. Mungkin setelah dirasmikan ianya akan digunakan sepenuhnya. Itu hanya sekadar telahan sahaja.
Aku pernah duduk diBatu Gajah sekitar 2 tahun. Masjid ini memang aktif dalam sebarang program samada kerja sosial atau majlis ilmunya. Aku masih ingat antara imam masjid ini ialah Imam Kamarudin, Imam Tarmizi dan seorang lagi aku lupa. Dikhabarkan imam tersebut telah meninggal dunia. Beliau selalu memimpin majlis bacaan Yaasin pada malam jumaat. Allahyarham tuan imam tersebut tidak sempat untuk merasa memimpin solat berjemaah maupun berjemaah di masjid baru ini. Semoga rohnya ditempatkan bersama roh orang orang beriman.
|
Kubah bahagian dalam masjid |
|
Lekuk garisan tempat jemaah berdiri solat |
|
Ruang solat wanita di sebelah kiri dewan solat. |
|
Ruang belakang dewan solat |
|
Arah masuk ke ruang dewan solat |
|
tingkat bawah |
|
Ruang solat tingkat bawah |
|
Laluan keluar bahagian belakang masjid |
|
Kawasan letak kereta, masih kelihatan bekas binaan. |
|
Laluan masuk ke kawasan masjid |
|
Parkir sebelah kiri masjid dan sek agama rakyat |
|
3 buah kereta jenazah |
|
Dinding kiri masjid |
|
Mimbar masjid lama masih disimpan. |
|
Dewan Raja Baharom |
|
Ruang legar dewan |
|
Dinding pagar masjid |
Semoga islam berkembang dengan gagahnya di Batu Gajah sebagaimana gahnya masjid yang terbina dengan sokongan kuat Baginda Sulta Perak.