Isnin, Mei 31, 2010

Tiada Penipu Yang Bijak


Bila bicara soal penipu besar aku aku teringat kisah Nabi Yusoff yang dianiaya oleh adik beradiknya. Segalanya berpunca daripada sikap irihati akan kasih sayang bapa mereka Nabi Yaakob terhadap Nabi Yusoff. Tujuan nak bunuh nabi Yusoff, tetapi salah seorang daripada mereka bernama Yahuda menegah. Cukuplah setakat dicampakkan ke perigi buta.

Ringkas ceritanya pulanglah mereka dengan kesedihan yang dibuat buat menyatakan kepada bapa mereka bahawa Nabi Yusof telah mati dimakan serigala.Sebelum pulang mereka telah menangkap seekor serigala dan menunjukkan itulah serigala yang membaham Nabi Yusof. Sementara itu mereka juga menyembelih seekor kambing. Darah kambing tersebut dilumurkan ke pakaian Nabi Yusuff kononnya kesan gigitan serigala tersebut.

Sesungguhnya Nabi Yaakob tidak percaya kerana baginda telah diwahyukan bahawa suatu hari nanti Nabi Yusoff akan menjadi nabi. Jadi bagaimana mungkin Nabi Yusof telah mati lebih awal seperti dakwaan mereka. Namun demikian mereka bersungguh sungguh membuktikannya kepada Nabi Yaakob. Serigala yang bembaham itu dibawa bersama. Pakaian Nabi Yusoff yang berlumuran darah juga ditunjukkan. Namun mereka hanya merancang hanya Allah yang menentukan. Mereka lupa mengoyakkan pakaian Nabi Yusoff yang dijadikan bahan bukti buat Nabi Yaakob. Maka di situ sudah ada timbul musykil terhadap pembohongan mereka.

Bagi kita umat yang hidup di zaman ini seharusnya sejarah zaman terdahulu perlu dijadikan iktibar agar kita boleh menghindarkan konpirasi jahat yang serupa. Rupa rupanya masih terdapat golongan penipu besar yang masih menyangkakan mereka bijak dan merancang satu pakatan jahat untuk menghancurkan seseorang dengan melakukan penginayaan. Tetapi sekali lagi golongan jahat zaman moden ini lupa untuk mengoyakkan bahan bukti.

Bagaimana nak kata Yusoff di baham serigala sedangkan pakaiannya tidak koyak. Mana mungkin serigala akan membukakan pakaian Nabi Yusoff terlebih dahulu. Fenomena sekarang pula, bagaimana nak kata berlaku jenayah liwat apabila lupa nak koyakkan lubang shit terlebih dahulu.

Sabtu, Mei 29, 2010

Masjid Mahmuddiah Kampung Temelok Terong, Perak


 Masjid ini betul betul terletak di gigi jalan raya. Mudah untuk dilihat dan mudah untuk singgah,  Selain tempat untuk menunaikan tuntutan Allah terhadap kita, kemudahan tersedia untuk menguruskan diri dalam musafir.

Kini banyak terdapat masjid muazzinnya telah selesai melaungkan azan tetapi jemaah masih belum ada yang hadir di masjid. Sebaliknya kita boleh berada di pintu pasaraya menunggu pintunya dibuka. Sedangkan kita dituntut untuk mengegerakan solat.
Mendirikan solat dimasjid banyak kelebihannya. Kita boleh melatih diri solat di awal waktu. Selain itu ganjarannya pun lebih lantaran solat berjemaah.
Allah SWT menyebutkan bahwa masjid hanya layak untuk manusia-manusia yang bertakwa, ”Masjid yang layak kalian tempati adalah yang dibangun atas landasan takwa sejak pertama kali. Di dalamnya, orang-orang suka membersihkan diri dari dosa. Allah mencintai orang-orang yang membersihkan diri mereka” (QS Attaubah [9]: 108).
Ruang legar masjid bersih berkilat macam cermin. Bagusnya ajk masjid menjalankan tugas terutamanya tok siak masjid. Kalau kita sebagai imam jangan sangka kita lebih mulia daripada tok siak.Allah tidak melihat jawatan seseorang di dalam masjid tetapi melihat keikhlasannya terhadap Allah.
Tempat berwuduk dan tandas terpelihara kebersihannya. Aku akan singgah lagi, insyaallah sekiranya kebetulan waktu solat sampai ketika aku lalu di sini.

Jumaat, Mei 28, 2010

Al Fatihah

Sesuatu yang bernyawa tidak akan mati melainkan dengan izin Allah, sebagai ketetapan yang telah ditentukan waktunya. Barang siapa menghendaki pahala dunia, niscaya Kami berikan kepadanya pahala dunia itu, dan barang siapa menghendaki pahala akhirat, Kami berikan (pula) kepadanya pahala akhirat. Dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur. (Al Imran, 145)

Pada 14 April 2010 lepas, isteri kepada sahabat kampungku Abd Sahar (Taa) telah meninggal dunia pada usia awal 40an. Semenjak aku berpindah kerja ke Perak aku jarang berhubung dengan kawan kwan sekampung yang berada diKuala Lumpur. Kami sekadar bertemu sekiranya kebetulan pulang ke kampung pada masa yang sama. Aku tidak menerima perkhabaran yang isterinya sebelum meninggal telah mengidap beberapa lama.
Apabila membayangkan 5 orang anak anak yang ditinggalkan, aku dapat merasakan akan kesedihan yang ditanggung oleh mereka. Lantaran arwah bapa aku meninggal ketika di usia 40 dan aku baru 12 tahun.

Sejak dulu lagi bila aku melihat mereka sekeluarga, benak ku kerap akan mengimbau kembali majlis pernikahan mereka. Sahabat ku ini meminta aku menjadi pengapit semasa majlis pernikahannya. Tersentak rasa hati ini kerana tiada pengalaman dan belum lagi berjinak jinak tentang urusan nikah. Aku minta supaya ia cari orang lain sebab aku belum bersedia. Walaupun aku kawannya tapi aku rasa aku bukan lah kawan paling akrab padanya. Sesuatu yang aku tidak boleh lupa kata katanya: "Untuk urusan lain kau boleh suruh aku minta tolong dengan orang lain, tapi untuk urusan ini(nikah sahaja) aku mintak kau tolong aku.Untuk menghargai kepercayaannya kepada aku, dengan perasaan gementar aku kata OK lah.

Di kedai Eden Tailor, Seri Serdang aku tempah baju melayu biru tua. Salah satu sebab aku tolak tempoh hari permintaannya adalah kerana aku tidak ada sepasang baju melayu lengkap. Apabila baju melayu telah siap aku rasa keyakinan untuk membantunya datang. Lagi dipandang semakin yakin rasanya. Orang tua kata kalau kita dah mula jadi pengapit, tak lama lepas tu kita pula akan kena apit. Menjangkit semacam ada badi.
Tanggal 25 Desember 1988 tibalah hari pernikahannya di Tanjong Malim. Segalanya berjalan dengan lancar. Entah apa kuasa yang aku miliki, segala gementar hilang dan terasa pula keyakinan di hati. Selepas itu sah mereka diijab kabul dan pernikahan mereka kekal hingga akhir hayat isterinya selama 16 tahun. Sesungguhnya apa yang datang daripada Allah itu lah yang terbaik untuk kita. Aku doa akan semoga sahabatku ini dapat meneruskan kehidupan bersama anak anaknya dengan sempurna. Suatu persoalan yang belum terjawab dan yang tak pernah aku tanya kepadanya, mengapa aku kau pilih?


Malam semalam 26 May 2010 sebaik sahaja aku merebahkan badan kekatil, tetiba satu sms masuk. Biasanya Celcom jarang hantar sms waktu tengah malam. Aku lantas membacanya. Innalillah wainna ilaihirojiun. Seorang penduduk kampung ku, wanita lingkungan umur lima pulohan, Timun telah kembali kerahmatullah. Aku tak pasti nama sebenarnya, tapi itulah nama yang diberi oleh keluarganya dan penduduk kampung.

Rabu, Mei 26, 2010

Kisah Tukang Gunting

Kisah aku dengar daripada seorang ustaz. Kisah seorang tukang gunting rambut dengan pelanggannya. Tukang gunting rambut menyatakan kepada pelanggannya bahawa pada pendapatnya di dunia ini sebenarnya tiada tuhan. Pelanggan tersebut lantas bertanya sebab apa kata begitu, tanda kurang setuju. Tukang gunting itu berkata jika tuhan ada, maka tiadalah sebarang bencana dimuka bumi ini. Tiada manusia akan menderita sakit kronik. Tiada orang fakir miskin. Tiada orang yang terseksa akibat kedurjanaan orang lain. Tuhan akan jaga semuanya.

Pelanggan tersebut berdiam diri sahaja. Bukan kerana bersetuju dengan pendapat tersebut tetapi sekadar mahu tukang gunting itu melakukan kerjanya dengan segera dan sempurna. Di lihatnya tukang gunting itu amat bersemangat berhujah hinggakan tangannya berhenti menggunting.

Tiba tiba melintas seorang lelaki berambut panjang serta kusut masai di depan kedai gunting tersebut. Daripada keadaannya itu melambangkan ianya seorang yang tidak siuman. Maka terlintaslah difikiran pelanggan itu untuk menyapaikan pendapatnya pula.

Pelanggan itu berkata kepada tukang gunting itu bahawa di dunia ini sebenarnya tiada tukang gunting. Tukang gunting itu menafikan bahawa ramai ada tukang gunting dan ia adalah salah seorang tukang gunting. Pelanggan mula berhujah bahawa jika tukang gunting ada di dunia ini sudah tentu rambut lelaki diluar itu tidak panjang dan kusut masai, sambil menunjukkan lelaki di luar kedai itu. Tukang gunting itu pula berkata bahawa itu tidak melambangkan tiada tukang gunting. Rambutnya panjang dan tidak terurus disebabkan ia tidak mahu berjumpa tukang gunting untuk memotong rambutnya.

Pelanggan itu pun berkata bahawa begitulah analoginya tentang kewujudan Tuhan. Segala perkara yang tuan kata tadi tidak boleh menafikan adanya Tuhan. Segalanya berpunca kerana manusia tidak datang berjumpa tuhan. Manusia telah jauh daripada tuhan. Manusia tidak lagi berserah kepada Tuhan. Manusia melakukan perbuatan yang ditegah oleh Tuhan. Manusia menyembah tuhan yang hakikatnya bukanlah Tuhan sebenar yang layak disembah seperti Allah.

Siap rambutnya digunting, pelanggan itu pergi dengan meninggalkan satu persoalan yang perlu difikir dan diambil iktibar oleh tukang gunting itu.

Selasa, Mei 25, 2010

Pengunjung ke 3000

Hari ini jumlah kunjungan ke blogku sudah mencapai 3000. Satu jumlah yang agak kecil jika diperbandingkan. Kalau 3000 entry bolehlah diwar warkan. Sebenarnya timbul rasa buat blog ini apabila ada keinginan mencoretkan sedikit komen pada blog orang lain. Ketika itu blog aku kosong sahaja, yang terpapar hanya ini: No posts match your query.

Aku mula aktif melayari blog setelah diperkenalkan teman akan blog PDKM. Aku mula mengisi blog ku yang kosong mulai 1 December 2009 dengan tajuk Selamat Datang. Atas sokongan followers pula, sesuatu kekuatan kurasakan untuk meneruskan hayat blog ini.

Aku bukan penulis yang pandai menggerakkan tari penanya, aku bukan wartawan yang bijak menyingkap berita, cuma sekadar insan yang meneropong dunia penuh pancaroba serta tipu daya. Melontar sekelumit idea.

Buat para pengunjung dan pemblog terima kasih atas kunjungan.

Isnin, Mei 24, 2010

Ikan Ikan Sungai Bil 2

Sabtu lepas aku sekeluarga kembali lagi ke kampungku. Di kesempatan pulang menziarahi ibu dan kakakku, aku tidak melepaskan peluang untuk meneroka khazanah sungai yang sekian lama tidak pupus pupus yang menjadi lambang kepada sifat pemurah Allah terhadap hambanya. Seharus penduduk yang rata ratanya islam mengharapkan juga sifat kasih Allah terhadap hambanya. Sekiranya tiada kasih Allah akan hambanya, samalah umpamanya dengan orang orang bukan islam kerana mereka juga menerima sesuatu daripada sifat pemurah Allah sebagai rezki mereka di muka bumi ini.
Oleh kerana cuaca pun agak baik dan mentari awal melimpahkan panasnya, maka bolehlah lebih awal aku menyusuri sungai untuk memburu penghuninya. Berbekalkan jala dan teropong (gambar dalam entry 1) rezki hari ini agak tidak mengecewakan. Cukup untuk menghilangkan rasa rindu akan kesedapan ikan ikan Sungai Bil. Aku berjaya menangkap 5 jenis ikan hari ini. Ikan Tengas, Ikan Lelan, Ikan Selimang (Siammese algae eater), Ikan Lemasai dan Ikan Seluang. Semua nama ikan ini berdasarkan nama yang diucapkan di kampung aku.

Ikan di atas ini semua orang kenal, Ikan Tengas. Boleh digelar sebagai raja ikan di sungai ini. Ikan ini boleh mencapai 1Kg beratnya dan satu kaki panjangnya. Bagi saiz yang sebesar itu hanya boleh didapati di lubok lubok yang dalam atau di bawah batu yang besar. Ikan ini menjadi idaman setiap kaki pancing.

Ikan di atas ini amat jarang di dapati di sungai sungai lain. Orang Kampung Sungai Bil memanggil ianya Ikan Lelan. Setengah orang memanggilnya Ikan Rong. Ikan ini akan muncul pada musim musim tertentu. Pada setengah masa ia akan menyorok hingga sukar dilihat kelibatnya. Kebiasaan ikan ini duduk di celah celah batu. Amat bijak untuk meluloskan diri dari dalam jala.

Ikan diatas ini pula dipanggil ikan Lemasai. Saiznya tidak berapa besar dan berbadan pipis. Di sirip belakangnya terdapat duri taajam yang menyebabkan sukar untuk menanggalkannya daripada jala. mempunyai lendir yang banyak. Oleh kerana badanya yang lebar, anaknya juga mudah sangkut di jala.
Ikan di atas ini merupakan ikan yang paling banyak terdapat di Sungai Bil. Ikan ini juga jarang terdapat di sungai sungai lain. Kami panggil ianya Ikan Selimang. Sumber makanannya ialah lumut yang melekat pada batu seperti Ikan Lelan. itu sebabnya ikan ini tidak pernah berjaya ditangkap oleh kaki pancing sebab ia tidak makan umpan. Keistimewaan ikan ini ialah telurnya. Telurnya berwarna kelabu tetapi apabila telah digoreng akan menjadi warna merah (gambar dalam entry 1) Ikan ikan ini bertelur pada musim tertentu. Sekiranya musim bertelur ia mudah tersangkut dijala disebabkan perutnya buncit.
Semua orang kenal ikan di atas ini iaitu Ikan Seluang. Ikan ini boleh didapati di kebanyakan sungai. Boleh juga di dapati di parit parit yang cetek.

Sekiranya anda ingin berkunjung ke kampung Sungai Bil, jangan lupa membawa kelengkapan menangkap ikan. Jika anda ada kemahiran dan rezki anda tidak akan pulang dengan hampa. Nikmatilah kesedapan ikan ikan disungai ini.

Rabu, Mei 19, 2010

Masjid Jamek Kariah Sungkai, Perak

Masjid ini terletak berhampiran simpang masuk ke pekan Sungkai. Rekabentuknya nampak mudah tapi mampu memberikan keselesaan kepada para jemaah. 

Lokasi masjid ini sungguh cantik di mana terletak diatas tanah agak tinggi. Sesuai dengan lambang kepada syiar islam  ianya mudah dilihat daripada jalanraya bagi pemandu pemandu yang mencari tempat untuk solat ketika dalam perjalanan. Sesungguhnya solat yang didirikan ketika dalam perjalanan akan menambah ketenangan ketika memandu di mana ia akan memulihkan kembali kecergasan kita. Yang lebih penting lagi solat tidak boleh ditangguhkan. Apapun berlaku ketika kita sudah menyempurnakan solat, alhamdulillah kita tiada hutang dengan Allah.

Agama Islam adalah diibaratkan oleh Rasulullah s.a.w sebagai sebuah khemah yg disokong oleh lima batang tiang. Tiang tengahnya ialah Kalimah Syahadah.Empat tiang lagi itu ialah tiang-tiang sokongan yakni satu tiang pada tiap satu penjuru khemah itu. Tanpa tiang tengah maka tiang itu tidak boleh ditegak dan sekiranya mana-mana satu dari tiang sokongan yg di penjuru itu hilang maka akibatnya runtulah penjuru khemah yang rosak itu. Kini marilah kita lihatlah dengan mata kita sendiri sejauh manakah yg telah kita tegakkan agama Islam itu. Benarkah tiap-tiap tiang itu telah ditegakkan pada tempatnya dengan sempurna?

Jabir r.a menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda,"Lima kali solat setiap hari itu adalah seumpama sebuah anak sungai yang dalam mengalir di depan pintu rumah seseorang yang mandi di dalamnya lima kali sehari."  Sudah barang tentu badannya akan bersih daripada kotoran.

Rasulullah pernah menyatakan kepada sahabatnya, jika mereka melihat satu orang berulang alik lima kali ke masjid untuk solat sudah tentu ia orang yang baik dan bersih daripada dosa, laksana badan yang bersih apabila lima kali mandi di sungai.
Rasulullah SAW pernah bersoal jawabdengan iblis. Antara soalan yang ditanyakan kepada Iblis ialah,
"Hai Iblis! Apakah yang memecahkan mata engkau?"
Jawab Iblis:
"Orang yang duduk di dalam masjid serta beriktikaf di dalamnya"

Ahad, Mei 16, 2010

Selamat Hari Guru Cikgu Ku

Sekolah Kebangsaan Slim Village, Slim River. Perak, di sinilah aku memulakan alam persekolahan dalam hidup aku. Sebelum tu aku tak kenal tadika, tidak mengapa sebab majoriti kawan kawanpun sama dengan aku. Menjejakkan kaki ke sekolah dengan berbekalkan ilmu yang amat sedikit. Sekadar tahu 1,2,3, A, B dan C saja. Sekarang ni bangunan sekolah tu sudah tiada, dirobohkan dan dibina rumah kakitangan guru, manakala sekolah baru pula didirikan 2 KM dari tapak lama iaitu di Kampung Sawa Slim Village. Nama sekolah masih dikekalkan sehingga sekarang. Sehingga sekarang aku amat mengagumi kecantikan lencana sekolah ini, tetapi aku tidak tahu siapakah penciptanya.

Sudah hampir 40 tahun sekolah ini aku tinggalkan namun aku masih ingat semua guru yang mengajar aku dari darjah satu hingga darjah enam. Zaman dahulu cuma 3 orang sahaja guru yang mengajar kita dalam satu tahun. Seorang guru mengajar bahasa inggeris, ustaz mengajar agama dan semua matapelajaran lain akan diajar oleh guru kelas.

Cikgu Saleh,
Guru kelas darjah 1. Cikgu inilah yang memperkenalkan aku huruf huruf A sampai Z dan menghafalnya dengan baik. Cikgu ni agak hebat sebab memiliki kereta Iskura (macam ni) .

Cikgu Fatimah
Guru kelas darjah 2. Beliau ialah isteri kepada Cikgu Saleh. Suatu yang aku ingat tentangnya ialah dia tidak garang.

Cikgu Aminah
Guru kelas darjah 3. Aku pernah jadi orang kuatnya. Tukang pegangkan budak budak yang akan didenda. Dendanya ialah muka mereka diconteng dengan kapur warna.

Cikgu Manap
Guru kelas darjah 4. Suatu yang aku tidak lupa tentang cikgu ini ialah cara dia memegang buku. Jadi bahan ketawa murid murid. Ibu jari diletakkan dicelah jari telunjuk dan jari tengah.

Cikgu Ismail Bin Limat.
Guru kelas darjah 5. Cikgu ismail berasal dari Melaka. beliau kesekolah memandu kereta Volvo. Sepanjang persekolahan aku cikgu Ismail merupakan cikgu yang unik. Beliau merupakan cikgu yang sangat garang. Kebiasaannya cikgu yang garang tidak digemari oleh murid murid. Jika cikgu tersebut tak hadir, semua murid akan gembira. Tetapi berbeza dengan cikgu Ismail, aku sentiasa selesa dengannya walaupun dia garang.
Ketika kami darjah 5, kabanyakan murid sudah boleh menghafal kali kali (darab) 1 hingga 16. Sesiapa yang tidak hafal tidak dibenarkan berada dalam kelas Ilmu Hisab. Ia amat terkenal dengan penampar Jepunnya. Boleh dikatakan semua murid pernak merasai kehebatan penampar jepun walaupun tidak pernah hidup di zaman jepun. Ia juga mengamalkan kawan hukum kawan. Jika seseorang murid boleh menjawab soalannya, ia diminta menampar kawan kawan yang tidak dapat menjawab sebelum itu.
Selepas Peperiksaan Penilaian Darjah 5, beliau pernah membawa kami rombongan ke Kuala Lumpur. Banyak peristiwa manis bersama beliau yang masih segar dalam ingatan aku.



Cikgu Kamarul Baharin
Cikgu kelas darjah 6. Kalau Cikgu Ismail paling garang, Cikgu Kamarul Baharin cikgu yang paling lemah lembut dengan murid murid. Begitulah keadilan Allah. Sesuatu yang aku ingat cikgu ni, beliau suka membawa komik komik anaknya kesekolah. Koleksi komik itu kami susun di belakang kelas sebagai mini perpustakaan. Antara komik yang banyak ketika itu ialah Bambino, Bujal, Tarzan.

Ustaz Rafaat.
Sekolah kami masa tu ada seorang sahaja ustaz iaitu Ustaz Rafaat. Beliau kesekolah menaiki Vespa. Orangnya kemas dan tinggi. Satu kelebihan ustaz ni ialah beliau sering menjadi johan tilawah daerah Slim.

Arwah Cikgu Baki (guru besar)
Cikgu Baki menjadi Guru besar menggantikan Cikgu Yusof yang pencen. Beliau duduk di rumah guru dalam kawasan sekolah. Rumahnya di bahagian hadapan sekolah. Kami jarang bermain di kawasan hadapan sebab sentiasa dapat diperhatikan olehnya. Beliau telahpun meninggal dunia ketika aku telahpun menamatkan zaman persekolahan. Semoga roh beliau ditempatkan bersama roh orang orang beriman.


Selepas darjah 6 aku bersekolah di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Slim River. Nama sekolah ini tidak wujud lagi. Ianya telah ditukarkan kepada SMK Dato Zulkifli Muhammad , Slim River pada tahun 1991. Sekolah ini mula ditubuhkan pada 1962.
Berikut guru guru yang masih aku ingat namanya.

Mr Yong - Guru kelas Tingkatan 1 juga guru Bahasa Malaysia
Cikgu Norazan
Cikgu Salmah
Mr Khoh Ngan Chia - Guru Kelas Tingkatan 3 juga Guru Bahasa Inggeris
Yaakob Abd Rahman - Guru Matematik Tingkatan 3
Mokhtar Bin Paiman - Guru Sivik Tingkatan 3
Cikgu Abdullah - Guru Matematik Tingkatan 4
Cikgu Kamarun - Guru Bahasa Malaysia Tingkatan 4 dan 5
Cikgu Kamala Devi - Guru Bahasa Inggeris Tingkatan 5
Mr OOi - Guru Fizik Tingkatan 4 dan 5
Cikgu Gulam Rasul - Guru Kimia Tingkatan 4 dan 5
Cikgu Murugiah - Guru Biologi Tingkatan 4 dan 5


Pengetua yang berkhidmat semasa aku bersekolah

Mr Mahinder Singh, bertukar pada tahun 1979
En Mohd Azhari bin Arbi, menggantikan pengetua pada tahun 1980

Aku cuba mengimbau semua guru. Namun sekadar ini yang masih terpahat dalam ingatanku. Yang lain bukan bermakna aku lupakan mereka. Sudah fitrah hidup, ingatan akan dimamah usia. Mungkin ada yang telah meninggalkan kita. Kepada mereka aku doakan semoga roh mereka mendapat keredhaan dan keberkatan daripada Allah atas ilmu yang dicurahkan. Buat yang masih ada diucapkan SELAMAT HARI GURU.

Selasa, Mei 11, 2010

Metropeliktan

Kereta AI63 series meluncur laju menuruskan perjalanan. Ia perlu sampai tepat pada waktunya namun keselamatan tidak diabaikan. AI63 series sudah serik dengan kemalangan yang lepas. Bukan sikit yg perlu dibayar atas kejadian tersebut. Bergolok bergadai buatnya. Yang peritnya AI63 series tidak boleh memecut selama 6 tahun. Kalau sudah ditakdirkan begitu, terima sajalah bisik hatinya meredakan kehangatan itu. Kereta lain juga kian banyak dijalanan. Sekali sekala mat rempit mencelah di kiri. Berdesup perginya bersama bunyi hingar dari ekzos yang dioperate.

Selepas sahaja melepasi tol kereta AI63 series tidak meluncur laju. Laluan masuk ke metropeliktan memang begitu. Lebih lebih lagi jika cuti umum. Malang sentiasa mengancam. Cukup ramai yang terlibat dengan malang di metropeliktan. Kalau kita tak langgar, orang akan langgar kita. Kalau ikut hukum jalanraya siapa yang langgar belakang dia akan bersalah. Oleh itu bahagian belakang menjadi pertaruhan orang di saat genting. Bontot buruk boleh diganti dengan syarat ada orang akan langgarnya. Maka ada orang yang mengidam supaya bontotnya akan dilanggar orang. Kalau rosakkan boleh repair percuma. Kalau nasib lebih tak payah repair bontot, ganti baru jer.

Dalam AI63 series meluncur perlahan tetiba muncul tah apa ke jenis kereta di depannya. Nampak macam kereta baru. Jenis ni tidak ada di zaman AI63 series, jadi kurang dikenal oleh nya. Kereta itu cuba mencelah di depan AI63 series setelah melihat lori sampah datang dari arah bertentangan. Maut nanti kiranya bertembung. Demi menjaga etika pemanduan AI63 series memberi ruang. Dalam kesesakan itu bontot kereta tersebut cuba dihampiri. Bukan niat menunjukkan kemarahan dan jauh sekali untuk menyondol bontot kereta itu, sekadar ingin melihat pengenalan kereta tersebut. Baru dapat di kenali rupanya SB25 series.

Apabila sampai ke persimpangan Jalan PRKP Pauh semua kenderaan di jalan utama membolak ke jalan tersebut. Kesasakan semakin menggila. Bunyi hon daripada kenderan kenderan tidak putus putus. Ada macam bunyi harimau, ada macam bunyi gajah dan yang paling mencuri perhatian adalah bunyi katak. Hon suara katak ini sangat kuat sehinggakan hampir menenggelamkan bunyi binatang binatang buas yang lain. Entah apa yang dimarahkan sangat oleh kereta berhon katak itu pun kurang jelas. Mungkin dia nak panggil hujan sebab nak test wiper baru.

Kini semua kenderaan berhenti dalam barisan. Cuma mat rempit dapat meloloskan diri. Kereta SB25 series masih lagi berada dihadapan AI63 series. Kedua dua arah jalan kini dipenuhi kenderaan. Mat rempit sekali sekali mencelah celah di antara kenderaan. Menambah lagi kekusutan jalan. Di hujung jalan polis bersedia mengawal keadaan jika perlu.

Dalam kesesakan tersebut tiba tiba Kereta SB25 series mengundurkan kenderaannya. Bontotnya semakin menghampiri muncung AI63 series. Melihat keadaan tersebut AI63 series menghon SB25 series untuk menyedarkannya. Kereta lain juga berbuat demikian. Yang peliknya tiada pula hon suara katak kedengaran. Kereta tersebut tetap mengundur. AI63 series mengundurkan sedikt untuk mengelak dari bercantum. Nasib baik ada ruang di belakangnya. Namun SB25 series tetap mengundur. Kali ini AI63 series tidak boleh berbuat apa apa. Sambil menunggu muncungnya berlaga dengan bontot kereta tersebut, dia tidak henti henti berdoa. Mungkinkah SB25 series terlupa menarik brek tangan, mungkinkah ia tertidur, mungkinkah ia sengaja berbuat demikian sebab jaki terhadap AI63, mungkinkah ia hendak menuduh AI63 series melanggar bontotnya seterusnya ia boleh menuntut insurans dan dapat duit banyak.

Selang beberapa hari selepas peristiwa itu, AI63 series dituduh melanggar bontot SB25 series. Peliknya bontotnya tak rosak pulak. Muncung AI63 series pun tak rosak juga. Kalau pun berlaga bontot SB25 series bukanlah saingan AI63 series. Kalau ditakdirkan kena pasti ronyoklah muncungnya. Kini peristiwa tersebut rancak kedengaran dalam bual bicara di merata rata.

Khamis, Mei 06, 2010

Najis Dadah dan Najis Arak












Kita tahu akan bahayanya dadah terhadap masyarakat dan negara. Undang undang yang diperuntukkan terhadap pesalah dadah amat berat. Bagi menterjemahkan akan bencinya masyarakat kita terhadap dadah maka dikatakan dadah itu sebagai najis dadah. Islam jelas telah mengharamkan dadah dan sebarang benda yang boleh merosakkan kesihatan tuboh badan. Ini bertujuan memelihara kesejahteraan hidup masyarakat kita. Oleh itu kesinambungan hidup sihat manusia di muka bumi akan terpelihara.

Selain daripada dadah, arak juga membawa kesan yang serupa terhadap penagihnya. Dalam Al-Quran banyak menyebut mengenai pengharaman arak. Manakala hukum pengharaman dadah pula diqiaskan kepada arak. Namun di negara kita penerimaan terhadap arak lebih terbuka berbanding dadah.

Penagih dadah akan ditempatkan di pusat pemulihan dadah yang merata di negara ini. Namun kita tidak nampak pusat pemulihan untuk penagih arak. Pengedar dadah boleh dihukum gantung jika sabit kesalahan. Namun bukan setakat pengedar arak malah pengilang arak pun tidak ada apa apa hukuman yang boleh disabitkan keatasnya. Kita tanya pula apa hukumnya jika ketika solat terdapat kesan arak atau dadah bersama kita. Yang pastinya jika ada arak sudah pasti solat tersebut tidak sah.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj8GbDFxEoL-N41jCYPGlMjWh2Vk6nxnSSHJZ5cSNnMtlg8erMr1Z5QJXbq6vDwqx4j9yxl1-4YK33_lN5FjIHgc6CCuwnLxsQzX5baU8VL9PKsSwod3R-M48xN860WPAGbtVqeIELfhpU/s400/negara+islam+yang+tak+mampu+menjalankan+hukum+allah+sebat+minum+arak+di+khalayak.jpg

Baru baru ini kita digemparkan dengan cerita seorang wanita islam didapati bersalah kerana meminum arak. Satu perkembangan yang baik di dalam memartabatkan hukum islam ingin dilaksanakan. Kebiasaannya pesalah akan membuat rayuan terhadap hukuman yang dijatuhkan terhadapnya. Tetapi dalam isu ini kita dapati banyak pihak yang tidak prihatin akan hukum islam merayu rayu kepada pesalah tersebut agar mengemukakan rayuan. Oleh kerana beliau tahu yang beliau bersalah dan ingin taubat serta memulakan kehidupan mengikut islam, beliau tidak membuat sebarang rayuan. Yang pelik bin ajaibnya berbagai pihak lain pula mendesak beliau agar membuat rayuan seolah olah mereka pun sama kena sebat. Akhirnya kita pun semua sudah tahu apakah hukuman sebenar yang dikenakan kepadanya.

Walaupun dadah itu bahaya kepada kehidupan, namun pembenterasan terhadap arak juga perlu seiring. Syariat islam diturunkan adalah bagi memelihara perkara perkara asas iaitu jiwa, akal, keturunan , agama, kehormatan bagi menjamin kesejahteraan dan kebahagiaan hidup ummah di muka bumi ini.