Isnin, Ogos 26, 2013

Masjid Jamek Sultan Hishamuddin Sabak Bernam

Sebenarnya aku pernah berkunjung ke masjid ini sejak tahun 1992. Ketika itu isteriku ditugaskan mengajar di SMK Ungku Aziz (SUA). Beliau tinggal di Taman Bernam Jaya manakala aku di Serdang. Kadang kala aku singgah berkunjung di Tmn Bernam Jaya ziarah jiran lama. Antaranya ialah Ustaz Sanusi keran rumah kami berkembar dengan rumahnya. Isteri beliau telahpun meninggal dunia beberapa tahun lepas. Atas keramahan dan sikap kuat membantu ketika berjiran membuatkan aku sukar untuk melupakan jasa jasanya itu.
Seiring dengan kemakmuran masjid masjid di seluruh Selangor ketika ini, Masjid ini juga tidak ketinggalan dengan program program mengimarahkan masjid. Keceriaan masjid juga terserlah dengan kebersihan yang terjaga serta beberapa kemudahan yang terpelihara baik.
Bukan aku sahaja tetapi ramai yang bersetuju bahawa sepanjang pemerintahan Pakatan Rakyat di Selangor memang nampak ketara tentang kemakmuran masjid yang semakin meningkat. Kemana masjidpun kita pergi semuanya penuh dengan program program seperti kuliah agama, khairat dan lain lain. Ini dapat dilihat seperti yang tertera di papan papan kenyataan.

Gambar gambar di atas dapat membuktikan sedikit sebanyak akan bahawa masjid ini ditadbir dengan baik. Tahniah kepada semua ahli jawatankuasa yang dapat meningkatkan martabat masjid sebagai rumah ibadah kepada penduduk beragama islam di Sabak Bernam.

Rabu, Ogos 21, 2013

Mesir: Puaslah Hati Mereka-TGNA


Kita pun telah banyak mengulas isu Mesir. Penganalisa politik lagi banyak berbicara isu serupa. Para menteri juga bersuara tetapi bak mengulum apa yang nak dikata.

Mari kita lihat kewibawaan seorang pemimpin sejati apabila melontarkan idea dan pandangan. Walaupun sedikit tetapi jelas dan tegas. Tidak hairanlah mengapa beliau dipandang mulia dan hebat oleh pengikut dan penentangnya. Sehinggakan di hari pengundurannya sebagai MB masih mendapat sokongan padu dari ramai orang. Lihat di sini kata katanya tentang Mesir ketika ini.