Tempohari aku kerap ke Hospital Selayang menziarahi abang ipar yang sakit. Kebiasaannya aku akan sampai sebelum waktu lawatan tengahari. Sementara menunggu waktu lawatan petang aku akan mencari Masjid untuk solat dan berehat. Walaupun terdapat lain masjid di sekitar hospital tetapi aku suka dengan Masjid FRIM. Kenapa? Sila gambar berikutnya...
Binaan masjid ini kebanyakannya dibuat daripada kayu. Berada dalam masjid ini seperti berada dalam rumah kampung. Berada dipersekitaran masjid seperti berada di dalam kebun di kampung. Jiwa orang kampung seperti aku memang serasi dengan apa yang ada di FRIM. Tambahan pula di KL sukar nak cari tempat seperti ini.
Lihatlah dinding kayu di ruang luar masjid ini. Aku difahamkan ianya dibuat oleh kakitangan FRIM sendiri. Terserlah akan kemahiran mereka.
Gambar atas ini adalah ruang solat dalam masjid. Bahan kayu digunakan untuk pembinaan hampir semua ruang tersebut. Walaupun tidak nampak tingkap tetapi ruang dalamnya terang menderang apabila cahaya masuk ikut cermin bahagian atas.
Terdapat 4 kayu besar menjadi tetulang penyokong kepada bumbong masjid. Melihat saiz dan panjangnya cukup untuk menyebabkan kita kagum dengan senibina masjid ini.
Di sekelinlingnya dihias dengan ayat Al Quran. Dilengkapi juga dengan alat penghawa dingin untuk keselesaan jemaah.
ruang sebelah kiri dewan solat |
Maklumat yang boleh dimanfaatkan oleh jemaah |