Masa zaman sekolah dahulu aku tidak pernah masuk ke Kampung Balun. Malah baru baru ni selepas lebih 30 tahun baru aku meluangkan masa untuk ke kampung ini atas urusan menghadiri kenduri kahwin. Aku sempat singgah di Masjid Kampung Balun untuk menunaikan solat zuhur.
Walaupun sebenarnya aku mempunyai ramai kawan duduk di sini ketika
bersekolah di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan, Slim River. Sekarang
sekolah tersebut masih ada tetapi telah diubah nama kepada SMK Dato'
Zulkifli, Slim River.
Antara kawan kawan yang masih aku ingat ialah Badrulhisham sebab ada ber
fb dengan aku hingga kini. Antara lainnya ialah, Amang, Kua, Suhaili,
Epit, Husni. Antara jasa jasa kawan kawan Kampung Balun ini yang tidak
terbalas rasanya ialah sering menumpangkan kami dari sekolah ke pekan Slim River. Kami tidak naik bas sekolah sebab bas tersebut tidak sampai ke Kampung Sungai Bil.
Kalau melihat nama kampung tersebut tentu sekali kita beranggapan penduduk kampung tersebut ganas ganas. Sebenarnya anggapan begitu amat melesit sekali. Kitapun tidak tahu bagaimana asal usulnya nama kampung tersebut. Kalaupun sikap kaki balun itu ada, mungkin pada segelintir sahaja. Mana mana kampungpun kita boleh jumpa. Memang orang melayu terkenal sifat kepahlawanannya sejak dahulu. Cuma kepahlawanan itu diterjemahkan sekarang ke lain fungsi hinggalah menjadi Perkasa. Jika dulu pahlawan melayu menentang bangsa lain yang mengancam bangsanya sendiri tetapi pahlawan melayu sekarang yang telah menganggap mereka perkasa menentang bangsanya sendiri.
Kampung Balun merupakan antara kampung yang besar di sekitar Slim
River. Tidak hairan terdapat masjid di sini. Bagi kampung kami di Sungai
Bil terpaksa bergabung dengan Kampung Sungai Dara bagi membentuk
kariah. Begitulah jurang saiz antara Kampung aku Sungai Bil dengan
Kampung Balun.
Segala yang berlaku dahulu tetap terpahat dalam sejarah. Sejarah terlakar dalam hati dan fikiran. Yang manis tetap dikenang, yang baik dalam ingatan. Apapun yang pasti tiada yang tertinggal di catatan Kiroman Katibin.
Teropong hidup mengajak untuk bersama sama menilai perjalanan kehidupan sebelum menuju alam abadi. Berpesan pesan dgn satu tujuan iaitu untuk mendapat keredhaan Allah di dunia dan di akhirat nanti. Berpesan pesan atas kebaikan dan ingat mengingati atas kemungkaran.
Rabu, Februari 29, 2012
Jumaat, Februari 17, 2012
Halam
Sebut halam sudah pasti kita akan mengingati penceramah terkenal Ustaz Ismail Kamus. Beliau yang mempopularkan perkataan ini dengan sinis menyebut halam mungkin hukum baru bagi seseorang yang takut meletakkan sesuatu itu halal atau haram. Inilah sebenarnya orang buta di sisi Allah apabila semua yang telah jelas dalam Al-quran maupun hadith dan telah disampaikan oleh para ustaz tetapi masih teraba raba dalam kemungkaran.
Isu yang sama rupanya masih wujud. Rakyat tidak tahu apa yang ulamak sebut. Rakyat tidak pasti betulkan berita dalam internet sebut. Rakyat tidak tahu betulkah akbar milik kerajaan sebut. Tetapi yang rakyat tahu jika ulamak bercakap mesti betul. Masakan ulamak ingin menempah neraka diakhirat nanti. Masakan ulamak sanggup menggadai ugama Allah demi memperjuangkan seorang hamba Allah. Ulamak itu pewaris nabi. Memang kita tidak baik membenci ulamak. Tetapi mengapa ada pihak mempergunakan ulamak. Tidak mungkin ulamak sanggup dirinya dipergunakan. Mengapa pula ada satu pandangan ulamak tetapi ada dua cerita.
Rabu, Februari 08, 2012
Doa Doa Amalan
Langgan:
Catatan (Atom)