Sudah lama tidak singgah di masjid ini. Arah pulang dari Selayang ke Tanjung Malim aku melalui jalan Selayang - Ulu Yam iaitu antara jalan menuju ke Genting.
Masjid yang sederhana besar tetapi mempunyai rizab tanah yang luas memberi keselesaan kepada jemaah untuk meletak kenderaan terutama sekali hari jumaat.
Di sebelah kiri kawasan parkir itu terdapat sebuah pondok menyimpan kenderaan di atas. Aku pasti para jemaah cukup ngeri untuk membayangkan apabila mereka nanti dimasukkan kedalam van tersebut. Apapun hakikatnya tidak dapat ditolak, setiap yang hidup pasti akan merasai mati. Cuma semua tidak tahu bila nyawa dicabut.
Tidak di ketahui bilangan jemaah di sini. Jika berdasarkan projek Kutipan Dana tersebut kemungkinan masjid ini sudah tidak mampu menampung kapasiti jemaahnya. Kepada sesiapa yang ingin menyumbang bolehlah berbuat demikian untuk menambah polisi saham akhirat.
Keadaan di dalam masjid amat teratur. Ada juga disediakan kemudahan air minuman untuk para jemaah. Mungkin mengambil iktibar konsep Masjidil Haram yang menyediakan air zamzam.
Terdapat juga maklumat kepada jemaah bagi menjaga adab adab ketika berada di dalam masjid. Sekiranya ianya dilakukan dengan ilmu dan amal sudah pasti mendapat ganjaran daripada Allah.
Ruang tambahan diluar masjid kelihatan bersih. Kombinasi warna lantainya sungguh menarik.
Ruang tambahan di sebelah tepi masjid menjelaskan lagi bahawa masjid amat memerlukan proses pembesaran.
|
Rak tempat kasuk lama yang sungguh menarik. |
Kemudahan rak meletak kasut bagi mengelakkan pertukaran hakmilik kasut. Sesetengah jemaah bila keluar masjid main sauk sahaja selipar yang terlonggok. Sesetengah jemaah yang prihatin boleh merasakan bahawa ia tersalah pakai selipar orang lain. Sesetengah pula memang ambil kesempatan memilih selipar yang cantik cantik. Pergi ke masjid bukan handak beribadah tetapi ingin mencuri. Namun Allah tahu siapakah engkau!
|
Carta Organisasi Jawatankuasa Masjid |
Kemakmuran masjid banyak terletak kepada ahli jawatan kuasa masjid. Sekiranya sekadar mahukan jawatan sahaja maka lembab dan matilah masjid tersebut. sekiranya jawatan dipikul atas nama amanah dan kerana Allah, insyaallah masjid akan menjadi institusi yang dapat menyatukan dan membawa keberkatan kepada para kariahnya.