Jumaat, Julai 30, 2010

Kaya Majlis Ilmu

Amat bertuahnya  kalau kita tinggal dalam kariah yang masjidnya makmur dengan majlis ilmu. Bagi melihat kesepaduan dan kemakmuran sesuatu tempat maka lihatlah masjid atau suraunya. Kalau hidup masjidnya maka hiduplah masyarakatnya. Kalau mati masjid atau suraunya maka matilah sistem kehidupan masyarakat itu. Ianya melambangkan semada sesuatu tempat tinggal itu ada keberkatannya ataupun tidak.

Mari kita lihat Jadual Pengajian Masjid Kampung Expo di atas. Perihal masjid ini (lihat di sini) pernah dimuatkan sebelum ini. Paling kurang satu hari mesti ada satu kuliah agama. Masyaallah, hebat sungguh usaha yang diambil oleh mereka dalam menimba ilmu Allah. Inilah yang sepatutnya dicontohi oleh mana mana masjid dalam menyediakan santapan jiwa buat ahli kariah.

Bayangkan kalau kita boleh memanfaatkan 75% daripada jumlah majlis ilmu tersebut secara konsisten, ianya laksana universiti yang berada di tempat tinggal kita mendidik masyarakat secara langsung.

Marilah kita menjadi orang yang berilmu kerana Allah memerintahkan para hambaNya agar menuntut ilmu Sesungguhnya Allah memuji orang orang yang berilmu. Sesungguhnya beruntunglah orang yang berilmu kerana ilmu itu adalah warisan daripada para Nabi.

Rabu, Julai 28, 2010

Masjid Al Falah, Hulu Yam Baharu


Sudah lama tidak singgah di masjid ini. Arah pulang dari Selayang ke Tanjung Malim aku melalui jalan Selayang - Ulu Yam iaitu antara jalan menuju ke Genting.
Masjid yang sederhana besar tetapi mempunyai rizab tanah yang luas memberi keselesaan kepada jemaah untuk meletak kenderaan terutama sekali hari jumaat.

Di sebelah kiri kawasan parkir itu terdapat sebuah pondok menyimpan kenderaan di atas. Aku pasti para jemaah cukup ngeri untuk membayangkan apabila mereka nanti dimasukkan kedalam van tersebut. Apapun hakikatnya tidak dapat ditolak, setiap yang hidup pasti akan merasai mati. Cuma semua tidak tahu bila nyawa dicabut.
Tidak di ketahui bilangan jemaah di sini. Jika berdasarkan projek Kutipan Dana tersebut kemungkinan masjid ini sudah tidak mampu menampung kapasiti jemaahnya. Kepada sesiapa yang ingin menyumbang bolehlah berbuat demikian untuk menambah polisi saham akhirat.
Keadaan di dalam masjid amat teratur. Ada juga disediakan kemudahan air minuman untuk para jemaah. Mungkin mengambil iktibar konsep Masjidil Haram yang menyediakan air zamzam.
Terdapat juga maklumat kepada jemaah bagi menjaga adab adab ketika berada di dalam masjid. Sekiranya ianya dilakukan dengan ilmu dan amal sudah pasti mendapat ganjaran daripada Allah.
Ruang tambahan diluar masjid kelihatan bersih. Kombinasi warna lantainya sungguh menarik.
Ruang tambahan di sebelah tepi masjid menjelaskan lagi bahawa masjid amat memerlukan proses pembesaran.
Rak tempat kasuk lama yang sungguh menarik.
Kemudahan rak meletak kasut bagi mengelakkan pertukaran hakmilik kasut. Sesetengah jemaah bila keluar masjid main sauk sahaja selipar yang terlonggok. Sesetengah jemaah yang prihatin boleh merasakan bahawa ia tersalah pakai selipar orang lain. Sesetengah pula memang ambil kesempatan memilih selipar yang cantik cantik. Pergi ke masjid bukan handak beribadah tetapi ingin mencuri. Namun Allah tahu siapakah engkau!

Carta Organisasi Jawatankuasa Masjid
Kemakmuran masjid banyak terletak kepada ahli jawatan kuasa masjid. Sekiranya sekadar mahukan jawatan sahaja maka lembab dan matilah masjid tersebut. sekiranya jawatan dipikul atas nama amanah dan kerana Allah, insyaallah masjid akan menjadi institusi yang dapat menyatukan dan membawa keberkatan kepada para kariahnya.

Isnin, Julai 19, 2010

Kelebihan Solat Berjemaah

Mari solat by Ikhwanul mujahid.
 Orang muda selalu bercakap mengenai cinta. Ada apa dengan cinta? Cinta digambarkan sebagai perasaan yang membangkitkan semangat, lantaran bersatunya dua jiwa. Adapun kita bukan nak berbicara panjang tentang cinta orang muda. Namun, masih lagi berkait tentang cinta. Cinta yang lahir akibat mengikut petunjuk nabawi. Kemanisan yang dapat dikecapi dengan melazimi solat berjemaah.

Lazimnya, apabila solat jemaah dilakukan, bahu si kaya dan si miskin bersentuhan, lutut anak muda bergesel dengan lutut si tua, tapak kaki orang besar bertemu rakyat biasa, justeru membangkitkan ikatan cinta persaudaraan yang penuh rahmah dan berpanjangan. Sememangnya telah didoakan oleh para malaikat atas orang yang berniatmelakukan solat berjemaah dengan rahmah dari Allah. Sebagaimana yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a. katanya,
''Rasulullah s.a.w. bersabda: Solat seorang lelaki dalam jamaah itu dilipat gandakan pahalanya melebihi solatnya di rumah secara bersendirian-munfarid-atau di pasarnya dengan dua puluh lima kali ganda'' (Muttafaqun 'Alaih).

Bila mana kita tinjau teori fizik, kajian sains mendapati sentuhan yang berlaku antara tubuh kita dengan tubuh ahli jemaah yang lain yang berada di kiri dan kanan kita, akanmenstabilkan kembali cas-cas yang diperlukan oleh tubuh. Ia berlaku apabila cas yang berlebihan-sama ada negatif atau positif akan dikeluarkan, manakala yang berkurangan akan ditarik ke dalam kita. Semakin lama pergeseran ini berlaku, semakin seimbang cas dalam tubuh kita. Semakin segar setelah melakukan solat berjemaah adalah nikmat dan rahmat bagi yang percaya dan menyerah diri kepada Allah.

Justeru itu sahabat... Tidak pelikkah kalian dengan bilangan umat Islam yang ramai mencecah 6.5 billion, saudara Islam kita di Palestin masih dicabut maruah mereka, bumi kita Palestin dan negara-negara tinggalan empayar Islam satu ketika dahulu yang masih tidak dapat dikuasai kembali, ummat Islam yang dirampas hak mereka di Thailand, sistem Islam yang direndahkan di Turki, dan saudara Islam China yang dibunuh? Lalu tidak hairanlah masalah yang melanda ummat Islam pada hari ini sehingga tercabut kegerunan musuh Islam adalah kerana kita semakin jauh dengan unjuran nabawi - we have quantity but not quality. Sehingga akhirnya kita jauh dari rahmat, kasih sayang dan pertolongan Allah (nauzubillahiminzalik).

Oleh itu, sahabat yang dirahmati Allah sekalian, marilah kita sama-sama menghayati sekecil-kecil tuntutan nabawi ini, solat berjemaah agar Allah mengasihani kita. Di samping solat jemaah, berperananlah dengan mula memperbaiki diri dan keluarga dengan kefahaman Islam yang sahih dan murni menurut petunjuk nabawi agar kemanisan cinta sejati dapat kita kecapi!
Abu Hanifah berkata Solat berjemaah membebaskan dua sifat yang buruk iaitu :
Barangsiapa berjamaah dalam solat subuh dan Isya maka baginya dua kebebasan, iaitu kebebasan dari kemunafikan dan kebebasan dari kemusyrikan.

sumber:
             " Be The Best Of Muslims "
               Zuriat Haji Omar
               Masjid An-Nur UTP

Jumaat, Julai 16, 2010

Pelarasan Bukan Kenaikan

Kali ini lain sedikit bunyinya. Penyelarasan semula harga gula sebanyak 25 sen sekilo, penurunan subsidi sebanyak 5 sen seliter untuk RON95, penjimatan hingga RM750 juta perbelanjaan. Sungguh positif bunyinya. Tup tup harga minyak naik 5 sen dan gula naik 25 sen. Nasib baik berita ni diketahui pagi ni, jika tidak sukarlah untuk melelapkan mata malam tadi. Ada juga terbaca beberapa forum kelmarin desas desus mengatakan minyak akan naik, namun semua aku persetankan demi meyakini  berita ini.

Aku teringat syarahan seorang ustaz mengatakan dalam syahadah kita ada konsep penafian tuhan yang lain untuk mengesakan Allah. Aku naik saksi bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan Allah. Ertinya tiada tuhan disembah, tetapi ada Allah yang kita sembah. Jadi ustaz tu berkata jika ada yang mengatakan tiada minyak akan naik, maka adalah minyak akan naik. Janganlah kita marah marah sebab kita menjunjung duit rakyat didahulukan. Biarlah minyak naik jangan kita naik minyak.

Selasa, Julai 13, 2010

Masjid Tok jabar, Kg. Telok, Kg. Gajah. Perak


Masjid ini di beri nama sempena nama salah seorang pahlawan terkenal di kampung Gajah. Sejarah lanjutnya tidak ku perincikan kerana tiada maklumat. Aku biasa juga singgah ke sini dalam perjalanan pulang ke kampung halaman. kebiasaannya jika aku ingin menghala ke arah selatan dari Seri Iskandar, aku akan melalui Kampung Gajah, Cenderong Balai, Chui Chak, dan masuk lebuhraya di Bidor.
Masjid ini telah mengalami proses ubahsuai demi memenuhi keperluan jemaah setempat. Namun terdapat di beberapa tempat kesan senibina melayu lama terutamanya di bahagian bumbongnya. Ciri ciri bertingkat pada bumbong juga melambang sesuatu yang hanya dapat diterjemah oleh pengkaji sejarah.
Masjid ini terletak tidak jauh dengan Sungai Perak. Terdapat lapangan litar lumba kereta dan motorsikal berhampirannya. Tepian masjid ini merupkan antara jalan menuju ke litar lumba tersebut.
 Terdapat beberapa buah bangku simen disumbangkan oleh sebuah syarikat untuk kegunaan para jemaah. Semoga Allah melimpahkan rezki yang lebih kepada syarikat tersebut.
Masjid ini mempunyai lebihan kawasan yang luas dan bersedia untuk proses pembesaran masjid pada suatu masa nanti. Biarlah ruang masjid menampung secara optimum jemaah yang ada. Kita tidak mahu saiz masjid sangat besar tetapi jemaah sangat kurang.
 Bangunan tandas juga dibina berhampiran bangunan masjid.
 Disebalik semak itu ialah Sungai Perak yang mengunjur hingga ke Teluk Intan.

Sabtu, Julai 10, 2010

Badan Keras Tapi Hati Lembut

Hati manusia boleh menjadi sangat lembut walaupun di tubuh yang sangat kuat dan pejal sebaliknya ada hati manusia boleh lebih keras dari batu walaupun di dalam tubuh yang lembut laksana sotong. 

Siapa tak kenal Mike Tyson atau nama islamnya Malik Abdul Aziz. Seorang peninju yang gagah seketika dahulu. Kerap menumbangkan lawan se awal pusingan 1. Sungguh kuat sehingga digelar Iron Mike Tyson. Baru baru ini bekiau berada diMekah untuk mengerjakan ibadah umrah. Begitulah kalau Allah mendatangkan hidayahnya kepada seseorang umat, maka akan berubahlah corak kehidupannya daripada yang burak kepada yang lebih cantik.

Mike Tyson saat berbincang dengan Dr Muhammad Al-Uqala, president of the Islamic University di Madinah

Sahabat Nabi kita Muhammad saw setelah menerima islam telah berubah akhlaknya. Saidina Umar Abdul Aziz seorang yang berakhlak buruk sebelumnya, setelah menerima islam maka akhlaknya menjadi sungguh cantik. Kalau orang sekeras Umar Abdul Aziz boleh berubah dengan datangnya islam masakan Mike Tyson tidak boleh. Walaupun tubuhnya keras dan pejal, lali dengan tumbukan dan hentakan namun seketul hatinya tetap lembut dan lebih daripada itu boleh menerima islam sebagai cara hidup sebenar.

  

Seorang yang bergelumang dengan gejala buruk seawal zaman kanak kanaknya, hingga peringkat namanya dijulang di seluruh dunia. Terakhir dipenjara kerana kesalahan memperkosa peserta.

 Mari kita lihat diri kita dan bandingkan dengan Mike Tyson, adakah kita sekuat beliau, adakah kita seganas beliau, adakah kita sekaya beliau, adakah kita se glamour beliau. Kalau dengan islam hatinya lembut, mengapa hati kita yang dah lama islam ini masih liat dan degil dengan perintah islam. Kita tahu rasuah itu haram, tapi berapa ramai yang masih melantak habuan rasuah. Kita tahu judi tu haram, tapi mengapa ada pihak cuba mempergiatkan dan menghalalkan aktiviti judi itu. Kita tahu fitnah itu lebih dasyat balasannya daripada membunuh tapi mengapa masih ada yang menggunakan fitnah sebagai senjata mereka. Walaupun hampir semua orang tak percaya fitnahnya namun demi menjatuhkan dan mengaibkan seseorang fitnah ditabur merata rata.

Rupanya seorang yang berperawakan lembut tetapi mempunyai hati keras laksana batu lebih bahaya daripada seseorang yang berperawakan ganas tetapi hatinya lembut setelah mengenal islam.

Selasa, Julai 06, 2010

Buah Naga

Pokok naga
 Ramai telah tahu dan menikmati buah naga. Ianya mula di tanam secara komersial di Malaysia walaupun tidak sehebat diVietnam dan Australia. Bagi aku pula ianya ditanam di depan rumah sekadar penghias persekitaran rumah.Tiada daun dan tiidak menyusahkan untuk menyapu sampah. Selain itu dapat menikmati kenakannya.

Spesifikasi buah naga adalah seperti berikut:
Alam: Tumbuhan
Divisi: Magnoliophyta
Kelas: Magnoliopsida
Order: Caryophyllales
Famili: Cactaceae

 Genus: Hylocercus
Spesies: H. undatus

Dalam proses pemeliharaan pokok ini aku sempat mengambil beberapa gambar semasa peringkat kejadian buah naga.
Bunga buah naga mula keluar di bahagian batangnya.

Bunga mulai membesar
 Mengambil masa 30 hari untuk dituai
Berbagai bentuk bunga

  
Bunga yang membusuk tak menjadi
Semut antara serangga yang membantu proses pendebungaan
Bunga siap sedia nak kembang
Kelopak sudah mula nak terbuka

Bunga sudah mulai kembang
Bunga buah naga hanya kembang di waktu malam sahaja
Bunganya kembang hanya sekali sahaja
Apabila kembang akan menghasilkan bau wangi.
Bau wangi bunya ketika kembang akan menjemput serangga untuk proses pendebungaan

Bunga sudah cukup kembang

Bunga akan kembang sehingga ke suboh

Apabila matahari mula terbit bunya akan mulai layu.

Bunga naga layu sejurus disimbah cahaya mentari

Bunga bunga yang kembang malam tadi melayu semuanya

Buah yang takmenjadi sebab membusuk
Keadaan bunga beberapa hari selepas kembang

Putik buah naga

Buah naga membesar

Bunga yang kering melayu masih melekat di buah
Buah mula menampakkan tanda tanda nak masak
Mengambil masa 3 hari untuk dipetik

Buah mulai berwarna merah


Buah naga siap untuk dipetik

Berbagai saiz buah naga bergantung penjagaan bajanya

Sedia untuk dinikmati
 Alhamdulillah, benih disemai buah dituai