Rabu, Jun 27, 2012

Allahyarham Mazlan Sairi

http://www.medic.upm.edu.my/staf/pads.html
 Dulu semalam aku dihubungi teman Haridan Radzi daripada Kajang menyatakan teman setugas Mazlan ketika kami sama sama bertugas di Fakulti Kejuruteraan, UPM telah dimasukkan ke wad ICU Hospital Serdang kerana serangan jantung. Aku difahamkan beliau belum pernah mengalami keadaan sedemikian sebelum ini. Dari kejauhan daerah sini Seri Iskandar aku mendoakan semoga beliau disembuhkan segera dan dipermudahkan segala galanya.

Tidak sampai 24 jam daripada panggilan itu, pagi ini 27 jun 2012 aku mendapat SMS daripada Atan menyatakan temanku Mazlan telah kembali kerahmatullah.

Ketika aku meninggalkan UPM allayarham masih bertugas di Fakulti Kejuruteraan UPM. Walaubagaimanapun ketika beliau meninggal beliau telah dipindahkan ke fakulti lain.

Jenazahnya telah dibawa pulang ke kampungnya di Banting dan disemadikan di sana. Aku tidak dapat sama untuk memberikan penghormatan terakhir, walau bagaimanapun aku pernah berkunjung ke kampungnya dahulu ketika beliau mendirikan rumah tangga. Semoga keluarga yang ditinggalkannya diberikan kekuatan oleh Allah untuk mengharungi dugaan yang berat ini. Semoga rohnya dicucuri rahmat oleh Allah.

Isnin, Jun 25, 2012

Kumpulan Wang Tenaga Boleh Baharu




Ramai kawan kawan mula membangkitkan isu Kumpulan Wang Tenaga Boleh Baharu (KWTBB) apabila bayarannya mula berjangkit ke bulan bulan berikutnya. Mulanya aku pun tak kisah jugak sebab apalah sangat dengan seringgit. Mungkin sikap petriotik telah tertanam dengan slogan; Jangan tanya apa anda dapat tetapi tanya apa anda sumbang kepada negara.

Kalau setu rumah satu ringgit, berapa banyak rumah ada di Malaysia ini. Ini bukan persoalan kecil. Mungkin ada sesuatu yang perlu diketahui. Akupun mula mencari maklumat dengan bantuan pak google. Hasilnya ini bukan kesilapan cetak tetapi yang benar. Aku jumpa dokumen seperti gambar di atas dan di bawah ini. Aku cuba baca tetapi tak faham.
http://www.parlimen.gov.my/files/billindex/pdf/2010/DR472010.pdf

Pencarian diteruskan dan aku mulai jumpa maklumat yang boleh merungkai persoalan yang dihadapi rakyat marhaen seperti aku. Bagi golongan elit perkara ini boleh dipersetankan. Nak kutip 10% sekalipun peduli apa, ada yang tolong bayarkan.
http://dappuchong.blogsome.com/category/parliament/

Aku mencari jawapan dari pihak kerajaan pula sebab perkara di atas datangnya dari mulut pembangkang. Jawapan yang aku dapat seperti dibawah. Sudah terang lagi bersuluh. Itulah sebabnya kita perlu berteman dengan rangbulan, kita akan disinari sentiasa, tidak kira di kala purnama ataupun tidak.

Anda boleh terus pergi ke perenggan 7 berkenaan dengan tajuk kita ingin lihat. Yang sebelumnya sekadar halwa telinga.
http://www.kettha.gov.my/en/content/teks-ucapan-yb-dato%E2%80%99-sri-peter-chin-fah-kui-menteri-tenaga-teknologi-hijau-dan-air-sempena-m
 Apa yang dimaksudkan dengan pemaju bebas ialah IPP seperti gambar di bawah. IPP akan menjana elektrik dan tenaga tersebut mesti dibeli oleh TNB seperti berlaku sekarang. Selebihnya anda boleh mendapatkan maklumat daripada sumber rasmi atau teman yang bertugas dengan TNB untuk maklumat lanjut. Ini isu lama yang ada kaitan dengan diri dan negara kita.

Semasa pencarian aku berjumpa gambar ini. Ianya dapat membantu serba sedikit isu yang diperkatakan. Aku faham tetapi tidak daya untuk berkata. Sekadar teringat bidalan yang sering diucapkan; kena kencing. Rupanya bukan shanya kena kencing, kini kita telah kena berakkan. Dan berapa ramai orang di bawah yang tiada dalam gambar tersebut? Yang pastinya mesti ramai. 

Mengakhiri coretan ini mulut aku berkumat kamit, wahai burung biru, mengapa kau jahat sangat. Kau jaga 2 ekor tetapi kau inaya sedara yang lain. Tidak kah kau lihat lain lain burung berterbangan riang di ruang alam yang hijau. Mereka memperkembangkan teknologi hijau tetapi teman teman kau masih berak merata rata.

Jumaat, Jun 15, 2012

Jawatan Kosong

Bila sebut jawatan kosong pasti orang akan tertarik sebab kebiasaannya jawatan ada kaitannya dengan duit. Jika jawatan itu lebih baik sudah tentu gajinyapun lebih baik. Tidak hairan sekiranya sepanduk ini dapat menarik perhatian semua orang untuk membacanya.

Iklan jawatan kosong ini aku jumpa di sebuah masjid yang pernah aku muatkan di sini sebelum ini. Tawaran yang akan diterima sungguh lumayan sedangkan tugasnya tidak teruk.

Aku memang puji kretiviti orang yang mencipta iklan ini. Namun sesuatu yang baik jika tidak diletak pada tempatnya yang betul tidak akan memberi impak yang maksimum. Sepatutnya sepanduk ini diletakkan di tempat tempat orang ramai seperti perhentian bas, kawasan pasar atau pasaraya.  Di masjid kita tidak perlu iklan sangat dah sebab mereka ini memang solatnya di masjid dan berjemaah.

Marilah kita sama sama merebut jawatan ini sebab lagi ramai dapat lagi baik. Bilangan calon yang akan diambil pula tanpa had. Jawatan ada di merata tempat. Tidak perlu pindah tempat tinggal jika permohonan berjaya.