Ahad, Januari 31, 2010

Masjid Kampung Expo


Selepas urusan usai di Parit Buntar aku bergerak pulang. Ambil anak di SERATAS Taiping dan singgah Kumunting rumah adik ipar. Mertua ku duduk bersamanya. Seudah lama mertua tidak kerumah ku. Jadi minggu ni aku jemput mereka untuk berkunjung ke rumah aku.

Kalau di Kemunting biasanya aku memilih Masjid Kg Expo. Aku berkesempatan untuk menunaikan solat jumaat di sini. Sesuatu yang menarik masjid ni adalah bilangan kuliah agama yang dianjurkan di sini. Boleh dikatakan setiap selepas maghrib ada kuliah. Jika sabtu dan ahad kuliah akan dijalankan 3 kalai iaitu kuliah subuh, kuliah asar (utk wanita) dan kuliah maghrib. Pendek kata kalau dilihat jadual kuliah memang tidak hairanlah masyarakatnya celik agama. Dengan syarat semua kuliah diikuti. Kalau celup celup macam burung layang layang saja maka yang celik adalah tiang tiang masjid ajalah .

Masjid ini telah membina ruang tambahan .Ruang tambhan yg ada kini atas belanja sendiri jemaah. Bahagian belakang masjid sudah ditambah bagi menampung limpahan jemaah. Masjid ni masjid baru. Biasanya kapasiti masjid dapat menampung jemaah dalam kariah tersebut. Tetapi mengapa dalam masa yang singkat sudah memerlukan ruang tambahan. Mungkin orang lain seperti aku jugak suka memilih masjid ini. Atau pun masjid ini mempunyai aura tersendiri.

Selesai iqomah imam mengingatkan bmakmum, selepas solat jumaat ini akan didirikan solat hajat memohon keberkatan pada 9 februari akan datang. Mengapa pulak 9 februari ni? Tanpa memikirkan pesanan imam tersebut aku menumpukan kepada solat jumaat.

Selesai solat jumaat jemaah tidak ramai yang berganjak daripada saf. Aku perhatikan lebih kurang tiga suku masih berada di saf masing masing. Imam mengulang sekali lagi bahawa solat hajat yang akan dilakukan adalah unutk memohon restu daripada Allah akan keputusan 9 februari ini. Fikiran aku sedah mula mengingati sesuatu. Semoga keputusan yang dibuat berpihak kepada yang benar. Dikembalikan kembali kepada yang hak. Dengan keputusan ini semoga negeri Perak akan diberkati dan dapat menumpukan sepenuhnya kepada pentadbiran yang beramanah. Sekarang aku dah mengerti. Mungkinkah aku kena pulang pulak untuk mengundi sebelum 9 feb ni. Adun tempat aku sekarang adalah calon bebas selepas melompat lompat macam ehem ehem.

Seleasi solat hajat imam membacakan doa dan diaminkan oleh para jemaah. Daripada doa yang dibacakan aku dapat merasai betapa besarnya harapan jemaah terhadap kemakmuran negeri Perak. Selesai doa imam dalam ketenangan tersebut tiba tiba terdengar, takbir! Allahuakbar !!!  Kini ingatan ku telah kembali semula kepada keputusan mahkamah yang akan dibuat pada 9 februari ini atas Menteri Besar Perak yang sah. Menteri Besar yang berkulit macam orang cina atau yang berkulit macam orang india. Tapi aku dapat rasakan yang berkulit cerah itu lah harapan ramai jemaah yang berkulit sawo matang.

Rabu, Januari 27, 2010

Mendidik Dalaman Diri


Masjid adalah sekolah untuk peribadi manusia. Umumnya orang yang pergi ke masjid adalah untuk beribadah kepada Allah. Walaupun ada segelintir yang pergi dengan hati busuk untuk mencuri selipar orang masjid. Itu sebab bila sebut orang masjid mesti merujuk kepada orang yang baik. Bila disebut pula orang kelab malam mesti merujuk pula orang jahat. Begitulah fitrah naluri diri yang dijadikan Allah kepada manusia.

Manusia dilahirkan dengan dua sifat iaitu jahat dan baik. Sifat jahat tak perlu diajar . Manakala sifat baik perlu dididik dan diasuh. Sekiranya sifat baik diabaikan maka sifat jahatlah yang akan menguasai diri. Naluri kejahatan sentiasa berlumba untuk mendesak jiwa melakukan dosa.


Sekolah untuk medidik jiwa adalah masjid. Untuk mendapatkan ketenangan juga di masjid. Untuk membentuk masyarakat bertamadun juga di masjid. Itulah sebabnya Rasulullah mendirikan masjid terlebih dahulu apabila sampai diMadinah. Masyarakat terdidik mudah dilentur. Jiwa tidak kacau. Ketenangan abadi tidak boleh dicapai di kelab malam, pantai maupun di lapangan. Mungkin ketenangan dapat di sana tapi bila pulang jiwa kacau semula. Mungkin boleh tenang bersama wanita di kelab malam tapi esok bila dilihat ia bersama orang lain, jiwa makin huru hara.

Hidup bermasyarakatpun mula di masjid. Nak kenal orang setaman pun di masjid. Orang tak datang masjid atau surau sukar untuk dikenali. Bila mula nak kemasjid atau surau sifat jahat menentang. Maka kekuatan diri dan hidayah Allah yang dapat membantu

Isnin, Januari 25, 2010

Terdedah Aurat



Gambar ni aku dapat drpd kawan dlm facebook. Kesalahan begini memang selalu terjadi terutama kepada orang yang suka pakai baju singkat. Semasa berdiri memang tutup bahagian tu, tapi bila sujud maka akan terdedahlah aurat. Sekiranya berlaku sudah tentu solat tak sah.

Ilmu tanpa amal laksana pohon yang daunnya rimbun tapi tidak menghasilkan buah. Amal tanpa ilmu laksana mencurah air ke daun keladi. Letih beribadat pahala tak dapat sebab ibadat tak sah.

Sekiranya berlaku didepan kita ketika solat memang akan bikin kacau pada fikiran. Kalau kawan bolehlah ditegur, tapi lepas selesailah. Kalau orang lain nak tegur macamana. Mampukah kita. Tak tegur nanti kesalahan tu akan berpanjangan dilakukannya. Lebih teruk lagi sekiranya orang tu menjadi imam. Kenalah kita  mufarrokah.

Bab dahi ketika sujud pula kenalah tercicah kesejadah. Lebih baik lagi berserta hidung sekali. Itulah sebabnya ramai orang pakai kupiah untuk solat. Kalau pakai songkok sukar sedikit mahu sujud. Kedudukan songkok atas kepala tidak boleh ditekan sangat ke bahagian hadapan. Adalah lebih amat sukar bagi peminat songkok tinggi yang selalu dipakai ahli UMNO tu. Aku pernah pakai songkok tapi tak lah tinggi sangat. Itupun terasa sukarnya. Sekarang memang aku dah tak pakai samada rendah maupun yg tinggi. Kupiah lebih meyakinkan.

Kalau diMekah nak kenal melayu Malaysia atau melayu Indonesia melalui pakaian dikepala. Kalau bersongkok  dah tentu jemaah Indonesia. Kalau berkupiah pula sudah tentu jemaah Malaysia. Yang selalu bersongkok tinggi kat Malaysia pun pakai kupiah jugak di sana. Kalau bersongkok rendah dan tentu dah. Pendek kata tak perlu tanya orang Malaysia ke orang Indonesia.

Ahad, Januari 24, 2010

Buah Naga

Poko Naga yang aku tanan 3 tahun lepas dah berhasil. Rasanya semua orang maklum tentang pokok naga. Ini gambar yang sempat aku ambil semasa perkembangan buahnya hingga sebelum lenyap di dalam perut















Sebenarnya buah naga ni banyak jenis. Ada putih, merah dan kunig.

Jumaat, Januari 22, 2010

9W2OYB


http://www.rigpix.com/yaesu/ft60r.jpg

Semalam aku telah menerima Sijil Penguntukan Radas daripada SKMM tanda aku di bawah akta SKMM untuk mengendalikan radio amatur. Selain internet ini merupakan salah satu cara untuk berhubung arena maya. Setiap pengguna radio amatur yang sah akan diberi isyarat panggilan atau lebih popular disebut callsign oleh SKMM (atas pilihan pengguna). Aku mula diperkenalkan hobi baru ini oleh rakan sekerja si 9W2LCD beberapa tahun lepas. Callsign yang aku pohon 9W2OYB (masih ada YB tuh) daripada SKMM ini setelah lulus peperiksaan RAE (Radio Amateur Examination) pada 2008.

Banyak perkara yang perlu diketahui dalam hobi radio amatur ini. Nak ceritapun aku pendatang baru. Kalau nak tahu lebih lanjut sila rujuk di sini. Kini aku mula memikirkan, kalau nak sambung aktiviti hobi ini aku terlebih dahulu dapatkan sekurang kurangnya spt set di atas. Selepas itu kena join persatuan di Perak untuk mendapatkan ramai kenalan.

Khamis, Januari 21, 2010

Masjid Idaman 2 - Tandas


Adalah makruh apabila menahan kentut dan kencing. Jadi sebab itulah di masjid atau surau tandas amat penting. Islam menitik beratkan kebersihan lebih lagi apabila mendirikan solat. Jasmani dan rohaninya mesti bersih dan suci.
http://persma.com/images/medium/toilet-sastra-unej-jamban-bilang-hai-kamu-jawab-apa.jpg
Malangnya sekarang segelintir masjid dilihat seakan mengabaikan dalam pengurusan tandas. Tanggung jawab tersebut kebiasaannya diletakkan di bahu tok siak. Tok siak pula kebanyakan golongan warga tua. Tenaga dan upayanya terbatas. Bukan setakat tandas ingin dibersihkan, malah dalaman masjid yg menjadi perhatian para jemaah perlu menyenangkan mereka. Kita mahu lihat karpet tidak berpasir. Sudut dinding tiada tahi cicak. Syiling tiada sawang sawang. Tingkap tidak berhabok. Sejadah kemas tersusun. Lantai tidak berlumut. Kawasan parkir tiada sampah. Bakul sampah tidak penuh. Kalau semua ini hendak dilakukan oleh seorang tok siak, orang perak kata tumpor yop.

Tandas yang tak bersih menyebabkan pengguna tidak selesa menggunakannya. Bagaimana nak duduk di mangkuk tandas jika mangkuk itu penuh lumut dan berkarat. Ramai pengguna bertenggek diatas mangkuk tersebut untuk menyempurnakan hajat mereka. Tapi perlu ingat tindakan tersebut berbahaya seperti ini. . Kadang kala pintu tandas pun tak ada, dah jadi macam tandas banduan dalam penjara. Nak menyorok macam mana. Ada pintu tapi kunci pulak rosak. Sudahnya tahan pintu dengan gayong ataupun baldi sambil memohon agar tak ada yg tolak dari luar.


Pengguna tandas masjid pun tak mahu bekerja sama dalam aspek menjaga tandas. Lampin pakai buang bayi diletakkan merata rata. Ada yang atas sinki, atas lantai. Kalau baik sikit dimasukkan dlm tong sampah. Ada juga yang memaparkan kretiviti masing masing di dinding masjid. Dinding dijadikan whiteboard. Sudahlah tandas kotor tambah lagi dengan tulisan yang kotor kotor. Yang bijak sikit dia conteng dengan "jangan conteng dinding ini".

Sampai masanya tandas ini diurus dengan sempurna. Tanggung jawab perbersihan tandas sepenuh masa perlu diserah kepada kontrak pencuci. Cara ini dapat menjamin kebersihan tandas. Kos kontraktor boleh diambil daripada tabung masjid. Tidak guna wang masjid terkumpul banyak tetapi masjid bau busuk. Buang tabiat berlumba lumba mengumpul wang tabung masjid. Pengurusan yang baik adalah pengurusan yang pandai membelanjakan wang bukan mengumpul wang. Bayaran dikenakan untuk masuk tandas bukanlah tindakan bijak, tetapi sebarang sumbangan untuk tandas adalah sikap dipuji. Banyak masjid yang mengamalkan cara ini tanpa paksaan dengan meletakkan tabung di pintu masuk tandas.

Masjid adalah rumah Allah. Allah adalah tuhan kita. Setiap perkara berkaitan masjid menjadi tanggung jawab semua. Gunakan tandas masjid sebagaimana kita menggunakan tandas dirumah sendiri.

Rabu, Januari 20, 2010

Dah Nak Pulih Semula

Alhamdulillah, masaalah dah jumpa. Dah selesai. Kena cari kembali beberapa gadget yg hilang masa troubleshoot. Kerja try and error macam tu lah...

Blog Sedang Pening

Nak buat lain, lain yang jadinya.  Background rakan telah termasuk. Nak repair ilmu terhad. Siapa boleh bantu?

Makan Makanan Halal




Setiap hari kita ikrar untuk mati dalam islam. Kalau begitu mesti ada pula usaha untuk hidup ikut cara islam. Untuk hidup ikut acuan islam mesti jaga pantang larang islam. Untuk berpantang ala islam, maka jauhkan makan yang haram. Bagi membentuk jiwa bersih makan yang diambil pula mesti halalan toyyiba, bersih daripada sudut jasmani dan rohaninya.



Satu fenomena yg boleh kita lihat di mana mana bandar samada kecil atau besar, masyarakat kita yang suka makan di restoran bukan islam. Dakwanya restoran itu mendapat sijil halal. Adakah kita sanggup semak sijil dia setiap kali nak makan. Dekat kampung aku di Tanjung Malim, berlambak kedai makan orang islam, dari sekecil gerai hingga ke restoran yang cantik mantik. Malangnya restoran bukan islam jugak jadi pilihan. Aku tak perlu sebut restoran apa, semua mesti tahu. Kadang kala pemandu datang dari jauhpun singgah. Baru bertolak dari rumah dah set dalam kepala nak singgah kat restoran bukan islam tu.

Chinese food: shredded pork chow mein and lemon chicken on rice
Di tempat aku sini pun keadaannya pun sama. Siapa pernah tinggal diParit akan tahu. Sesuatu yang peliknya bila bulan puasa restoran bukan islam ini turut akan ditutup waktu siang seperti mematuhi arahan majlis agama lagaknya. Disebalik penutupan restoran itu sebenarnya adalah bagi melindungi orang orang islam yang makan didlamnya. Pernah aku dengar satu cerita daripada seorang ustaz.

Pada masa dahulu ada seorang kadi bertugas menyerbu restoran bukan islam bagi menangkap orang islam yang tidak puasa. Apabila serbuan dibuat didapati ramai orang islam didalamnya. Maka kadi itu menyoal toke kedai tersebut mengapa dia membenarkan orang islam makan di kedainya dalam bulan puasa. Toke kedai tersebut menjawab dia tak pernah bagi orang islam makan. Kadi pula menunjukkan malaun malaun melayu yang ditangkap itu sebagai bukti. Toke kedai itu berkata bahawa mereka itu bukan orang islam. Orang islam tak masuk kedai saya katanya.

Sekarang ini mee hailam orang islam boleh buat. Nasi goreng cina bukan kedai melayu malah kedai mamak pun ada. Mee hong kong, mee kung fu, pendek kata apa jenis masakan orang bukan islam boleh didapati di restoran orang islam. Aku tak nafikan mungkin masakan restoran bukan islam itu  lebih sedap sebab originnya masakan itu mereka punya. Macam kain batik, kalau kita tak boleh berbatik jawa cukup sekadar berbatik kelantan. Janji akhlak kita terjaga dan tidak cacat.

Kalau betul pun restoran itu halal, di mana pula maruah kita yang duduk dalam restoran orang bukan islam tersebut. Adakah kita sanggup memperjudikan keimanan kita. Adakah kita fikir orang bukan islam itu sanggup menjaga prinsip agama kita yang berbeza sungguh dengan agama mereka. Adakah kita mahu mereka tolong jaga agama kita. Adakah mereka sanggup susah atas alasan mahu memastikan kita makan benda yang halal. Cukupkah sekadar mereka tak makan babi dan kita dah boleh makan makanan mereka.

Apalah sangat selera yang didorong oleh nafsu sehingga kita mengambil mudah semua ini. Kita belum mempersoal tentang ekonomi islam yang mana kita mesti menyokong antara satu sama lain bagi mengukuhkan daya saing bangsa kita. Cukuplah sekadar perkara perkara yang kita sukar mengelak, tetapi soal makan rasanya kita belum sampai ketahap darurat. 

Hadis Rasulullah SAW yang bermaksud,"Maka tinggalkanlah perkara yang meragui kamu kepada perkara yang tidak meragui kamu".

Isnin, Januari 18, 2010

Ceramah Ustaz Shah Kirit Bin Kalkulal Givindji - 4

http://www.perkim.net.my/media/content/original/11.JPG http://www.perkim.net.my/media/content/original/91.JPG
Tiada paksaan dalam agama, tetapi bila sudah beragama mesti dipaksa menegakkan agama. Begitu islam menunjukkan toleransinya kepada bukan islam yang berlainan agama didunia ini. Tidak disuruh berperang atas dasar memaksa penganut lain memeluk islam namun penganut islam yang bergelar khalifah dimuka bumi ini wajib melakukan dakwah atas menyelamatkan umat dunia. Hanya islam yang dapat menjamin kemakmuran dan keharmonian bermasyarakat. Tidak lengkap sifat islam seseorang tanpa ada hablumminallah dan hablumminannas. Disamping fardhu ain, fardhu kifayah amat dituntut.

Setelah bergelar seorang islam, jiwa yang kosong dirasakan selama ini telah terasa penuh dengan kepuasan dan kebahagiaan sebenar. Tiada lain yang bermakna selain islam yang dimiliki. Betapa ngeri terasa olehnya andai kata ia mati terlebih dahulu sebelum sempat memeluk islam. Terfikir dibenaknya tidakkah rakan rakan muslim ku dahulu tidak sayang kepadaku sehinggakan mereka membiarkan aku hidup dalam kekufuran tanpa mendakwah aku bersungguh sungguh. Andai kata aku mati dalam kafir sudah pasti aku akan mengadu kepada Allah mereka tidak berdakwah kepada aku dan aku akan seret mereka semua keneraka bersama aku.

Melihat kepada situasi sekarang Ustaz Shah Kirit menyimpulkan bahawa umat islam diMalaysia ini seolah olah tidak melakukan dakwah. Beliau bertanya kepada hadirin, berapa ramaikah sahabat bukan islam kita dan berapa kali dan berapa orangkah yang telah kita sampaikan islam kepada mereka. Tidakkah kita berasa kesihan terhadap mereka di mana andaikan mereka mati dalam kafir sudah tentu sahabat kita itu akan dimasukkan keneraka yang kita tahu akan siksa di dalamnya. Ingatlah sekiranya kita tidak melakukan dakwah dan menyampaikan islam, mereka pula akan berdakwah agama mereka kepada kita. Fenomena ini sudahpun dapat kita lihat dan apakah sekarang tindakan kita dan tindakan kerajaan yang bergelar sebuah negara islam.

Islam tidak dapat dilindungi oleh perlembagaan selama lamanya. Umat islam perlu kembali kepada ajaran islam sebenar. Kekuatan iman setiap individu islam akan menjamin kekuatan masyarakatnya. Sejarah telah membuktikan walaupun umat islam bilangannya sedikit tetapi keimanan setiap orangnya kuat maka kemenangan pasti tercapai. Tidak guna jumlah yang ramai tetapi laksana buih buih dilautan, dihanyutkan mengikut arus, tiada arah tujuan, dihempas tanpa melawan, ditolak hingga ketepi sempadan.

Sesuatu yang paling berharga didunia ini telah kita miliki. Kita tidak pernah kehilangannya cuma kadangkala alpa terhadapnya, islam. Maka bangunlah seperti bangunnya mentari diufuk timur. Bangunkan islam, tegakkan islam, perjuangkan islam dan sebarkan islam. Moga hidup kita dan mati kita dalam islam.

Jumaat, Januari 15, 2010

Ceramah Ustaz Shah Kirit Bin Kalkulal Givindji - 3

 Bukan mudah untuk menukar agama. Tidak seperti menukar baju di badan. Bukan proses yang singkat. Bukannya kenal wanita hari ini esok dah nak tukar agama. Serupa dengan orang islam. Kelmarin jumpa dengan paderi, hari ini nak masuk kristian. Prosesnya mesti bermula agak lama. Kalau ada orang islam menunjukkan tanda tanda mula cenderung ke agama lain, ianya perlu di pantau dengan teliti. Saudara mara dan rakan rakan seislam perlu memainkan peranan bersama. Apabila keputusan untuk murtad telah dibuat adalah laksana gunung berapi telah meletus. Bukan mudah untuk menyelamatkan diri. pelbagai ancaman datang dari semua arah. Berapa banyak berita kita dengar dimana orang islam yang dah murtad dikawal dan ghaib tanpa sebarang berita.

Ustaz Shah kirit berjumpa dengan beberapa orang ustaz untuk menyatakan hasratnya memeluk islam. Pada permulaan hatinya masih tidak dapat menerima islam atas dasar kesukaran yang bakal dihadapi dalam melaksanakan perintah Allah. Beliau menjelaskan pendekatan bagi menarik bukan islam memeluk islam perlu dipelajari. Pendekatan yang tidak betul akan membantutkan usaha dakwah terhadap golongan tersebut.

Hatinya mula tersentuh dan tergerak untuk terus memeluk islam apabila ia berjumpa dengan seorang pendakwah diIpoh bernama Ustaz Ali Chin. 

"Ustaz Ali Chin sanggup mengorbankan masanya setiap hari untuk mengajar saya  konsep akidah dan ketuhanan dengan membawakannya surah Al-Ikhlas. Saya mula mengkaji dan meneliti surah tersebut dan akhirnya saya telah menemui tuhan sebenar yang layak disembah olehnya iaitu Allah".

Ustaz Shah kirit menyatakan ia diceritakan bagaimana Allah mencipta manusia. Persoalan tuhankah mencipta aku atau aku yang mencipta tuhan telah terjawab. Ustaz Ali Chin menasihatkannya agar mempelajari islam secara beransur ansur bagi menguatkan keimanannya.

Apabila keimanan telah kuat pendekatan seterusnya ialah mengajar tentang hukum hakam dalam islam. Sekiranya hukum hakam ini diajar terlebih dahulu ianya akan menakutkan golongan bukan islam untuk mendekati islam. Akan timbul di fikiran mereka tentang beratnya mengamalkan islam. Takutnya mereka bila melanggar larangan tuhan. Lebih teruk lagi apabila perkataan "mesti potong" diucapkan kepada mereka.......bersambung



Khamis, Januari 14, 2010

Ceramah Ustaz Shah Kirit Bin Kalkulal Givindji - 2



Allah akan mendatangkan hidayahnya dan kedatangannya adalah berbagai cara. Bagi Ustaz Shah Kirit perkahwinan merupakan jalan hidayah baginya. Terus terang beliau nyatakan punca beliau bersungguh memeluk agama islam ialah kerana ingin mengahwini perumpuan melayu. Di Malaysia jika perkahwinan berlainan agama adalah dengan agama islam adalah dilarang. Beliau tidak ada pilihan melainkan menukar agamanya.

Ustaz Shah Kirit kurang setuju penggunaan perkataan tukar agama. Ini adalah berdasarkan kepada kejadian asal manusia di mana semua kanak kanak yang dilahirkan di dunia ini adalah lahir dalam fitrah islam. Seseorang itu menjadi nasrani, yahudi , majusi, budha, hindu dan lainnya adalah atas asuhan ibubapanya. Oleh itu beliau lebih suka menggunakan perkataan "revert" daripada "convert" apabila menganut agama islam kerana kembali kepada fitrah asal kelahiran seseorang itu.

Sesuatu yang amat dikesalinya hingga kini ialah pendangan segelintar masyarakat islam terhadap seseorang yang ingin menganut agama islam. Mereka akan mengatakan tujuan masuk islam tu mesti nak kahwin dengan orang melayu. Sindiran begini bukan sahaja daripada kalangan masyarakat biasa malah datangnya daripada golongan agama. Perkara tersebut boleh membantutkan usaha dakwah terhadap agama lain. Beliau mengakui diMalaysia jumlah besar golongan yang masuk islam adalah disebabkan perkahwinan. Ini adalah kerana masyarakat islam tidak melakukan dakwah terhadap orang bukan islam. Lebih teruk lagi sindiran pula dilontarkan.

Apapun kita kena berlapang dada dan mengakui hidayah Allah tidak datang melalui satu jalan. Kalau qada' dan qadarnya begitu, tidak ada salahnya. Yang salah adalah apabila telah islam tidak mahu melaksanakan perintah Allah. Lebih teruk lagi yang telah sejak azalinya hingga hampir penghujung hayat masih menafikan hukum dan undang undang Allah daripada dilaksanakan.......   bersambung....

Rabu, Januari 13, 2010

Ceramah Ustaz Shah Kirit Bin Kalkulal Givindji - 1


Malam tadi aku diberi peluang oleh Allah untuk bersama dalam program Ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Shah Kirit Bin Kalkulal Givindji. Penganjur tidak memberi sebarang tajuk kepada beliau dalam ceramahnya sempena Majlis Penutu Ihtifal Hijri di UTP.

Beliau memulakan dengan memperkenalkan dirinya yang mana sebelum memeluk islam beliau beragama hindu. 14 tahun yang lepas beliau mengucap syahadah didepan Ustaz Ali Chin diIpoh setelah mendapat berbagai tentangan daripada keluarga. Pada peringkat awal beliau terpaksa merahsiakan keislamannya setelah berhadapan delima untuk memilih ibubapa atau islam. Ibunya berpesan sekiranya ia masuk islam ia hendaklah bertanggung jawab sekiranya mayat ibu dan bapanya akan terkujur dirumah mereka. Mereka sanggup membunuh diri daripada melihat anaknya menganut agama lain daripada hindu. Untuk menenangkan keadaan beliau memberi pengakuan tektikal dengan menyatakan dia berjanji tidak akan masuk melayu(ganti kpd islam) sampai bila bila.


Menyorot kembali kepada detik bermulanya islam berputik di jiwanya ialah ketika berumur lebih kurang 9 tahun. Suatu hari ketika guru tidak masuk kekelas murid murid diarahkan ke perpustakaan. Pada masa itu beliau telah memilih satu buku untuk dibaca. Buku tersebut mengandungi kisah kisah nabi. Beliau telah membaca kisah Nabi Ibrahim yang kita telah tahu iaitu memecahkan semua berhala kecuali satu sahja yang ditinggalkannya ialah yang paling besar. Hidayah Allah mula dirasai apabila mesej daripada cerita Nabi Ibrahim itu dikaitkan dengan berhala yang menjadi sembahannya selama ini.

Beliau telah diajar cara cara sembahyang mengikut agama hindu dan tata cara sebelum sembahyang tersebut. Setiap kali sembahan terhadap berhala itu dibuat, hatinya berkata: " adakah saya dicipta oleh tuhan atau tuhan dicipta oleh saya". Lintasan hatinya yang berpanjangan menyebabkan beliau mula tak percaya terhadap anutannya selama ini. Setiap kali mengadap keberhala hatinya menafikan ini bukan tuhan sebenar. Dia yakin ada lain tuhan yang perlu dicari.........bersambung....

Selasa, Januari 12, 2010

Masjid Idaman 1- Kuliah agama

Jika ditanya apakah gambaran masjid jadi idaman ku, ia adalah satu masjid berperanan dengan pelbagai fungsi. Ianya bukan 3 dalam 1 atau 4 dalam 1 malah sebanyak mungkin dalam 1. Bagi mencapai maksud tersebut masjid perlu diberi peluang untuk ditadbir secara profesional tanpa ada sebarang kekangan kecuali semata mata untuk mengagungkan agama Allah didunia ini.

Langkah pertama masjid hendaklah memainkan fungsi utamanya sebagai tempat beribadah secara optimum selaras dengan nama rumah Allah. Orang yang paling penting menggerakkan usaha ini ialah para imam masjid. Jawatan imam adalah jawatan yang istimewa dalam kerajaan menjadi rebutan para graduan yang ingin menegakkan syiar islam dengan ikhlas dan amanah. Mereka hendaklah orang yang mempunyai kelayakan secukupnya dalam ugama dan mempunyai kemampuan untuk mentadbir masjid menjadi institusi kerohanian dan jasmani yang penting.

Para imam mempunyai pejabat agar mudah untuk dihubungi oleh masyarakat. Selain mengimamkan sembahyang para imam mampu memberikan khidmat nasihat dan menyampaikan kuliah untuk jemah. Kuliah dimasjid dijalankan pada setiap waktu selepas solat. Setiap jemaah akan memanfaatkan mana mana siri kuliah yang dijalankan mengikut kelapangan masa mereka samada siang atau malam. Kuliah yang dijalankan secara tetap ini akan dapat menarik para jemaah kemasjid berbanding sembahyang di rumah. Cara ini akan dapat mengimarahkan masjid bagi mengubah suasana kebanyakan masjid kini yang agak muram dan lengang.

Sabtu, Januari 09, 2010

Halang, Kotor, Bising

(Sumber:http://static.panoramio.com/photos/original/10922264.jpg)

Pergi masjid, beriktikaf, berjemah dan beribadah dalam masjid adalah perkara dituntut. Kebesaran sembahyang berjemaah berlipat ganda jika dibandingkan beribadah bersendirian di rumah. Walau bagaimanpun beberapa perkara yang tidak baik dilakukan oleh segelitir jemaah yang mana ianya boleh mencacatkan amalannya.

Jumaat kelmarin aku melihat ramai jemaah meletakkan motosikal mereka ditengah laluah masuk ke masjid. Gambar diatas adalah masjid yang dimaksudkan namun bukan pada waktu jumaat. Sepatutnya laluan masuk kemasjid itu seperti dalam gambar tanpa halangan. Namun ruang tersebut menjadi tempat letak motosikal mereka untuk mengelak dari panas. Jemaah yang ingin masuk ke masjid terpaksa mencelah celah di susunan motosikal. Aku melihat ramai warga tua didalam masjid. Terdapat juga jemaah OKU. Cuba bayangkan bagaimana kesusahan mereka.

Satu lagi laluan masuk ke masjid ialah melalui tangga. Satu amalan buruk yang sering dilakukan sesetengah jemaah ialah meletakkan kasut dan selipar di atas tangga. Tidakkah terfikir oleh mereka kekotoran yang terlekat pada selipar itu akan mengotorkan tangga masjid itu. Selain itu longgokan selipar di atas tangga itu boleh membahayakan jemaah masjid yang melalui tangga tersebut. Kaki boleh tersangkut atau tergelincir oleh selipar selipar itu.

Ada juga jemaah yang metetakkan kenderaan dengan menghalang kenderaan lain. Kebiasaannya dilakukan oleh jemaah yang datang lambat. Sepatutnya jika kenderaan telah menghalang kenderaan lain, ia hendaklah keluar awal agar tidak menghalang para jemaah untuk pulang. Dimanakah letaknya nilai diri kita apabila kenderaan kita menghalang orang sedang masa yang sama kita terus berada di dalam masjid berwirid dan beriktikaf. Adakah imbuhan agaknya daripada Allah.

Beberapa bulan lepas ajk masjid sudah menegur kanak kanak yang tidak menunaikan solat jumaat. Lebih daripada itu ada yang membuat bising. Bapa yang membawa anak juga diminta agar dapat mengawal anak mereka. Selepas itu keadaannya sungguh baik. Malangnya minggu ini keadaan bising tersebut kian terjadi semula. Di manakah silapnya.

Semua perkara ada adab dan peraturannya. Janganlah semuanya diketepikan demi menjaga kepentingan diri. Hidup bermasyarakat menuntut tolak ansur dan kepentingan bersama. Rumah Allah milik bersama perlu sama sama memikul tanggung jawab. Jadikan setiap amalan diberkati Allah.

Khamis, Januari 07, 2010

Masjid Al-Abrar Batu 2 Sepintas Sabak Bernam

Dalam perjalanan dari Sabak Bernam ke Tanjung Malim kami singgah di Masjid Al-Abrar Batu 2 Sepintas Sabak Bernam untuk menunaikan solat asar. Masjid agak sederhana sahaja maklumlah masjid kawasan kampung. Banyak kenderaan di kawasan parkir. Tidaklah seperti suasana jumaat. Jika keadaan waktu dan tempat ianya boleh dikira banyak. Aku menjangkakan mungkin ada sesuatu program berlangsung.

Selepas berwuduk aku bingkas masuk kerana bilal sedang melaungkan iqamah. Suasana dalam masjid sungguh menarik. Bukan kerana hiasan dalamannya tetapi kebersihan dan jemaah.

Agak sukar kita untuk melihat sembahyang jemaah di masjid maupun surau dikerjakan dengan ramai, kecuali solat jumaat. Lebihan pula waktu asar atau subuh. Jika ada separuh saf pun sudah dikira ramai. Jika ingin melihat kekuatan kesatuan sesuatu penempatan maka lihatlah bilangan jemaah subohnya. Jika ramai maka baiklah hubungan antara penduduknya. Begitu pula sebaliknya jika jemaahnya amat sedikit. Jika tidak masakan bekas Perdana Menteri Israel berani berkata bahawa mereka akan takut kepada orang islam apabila orang islam mendirikan solat suboh berjemaah sama ramainya dengan solat jumaat.

Berbalik kepada masjid ini, jemaahasarnya hampir penuh satu saf. Bolehlah dikira ramai jika keadaan setengah masjid diambil perbandingan. Lokasinya pula bukan ditepi jalan raya utama untuk membolehkan pemandu pemandu singgah. Tetapi jika dinisbahkan dengan jumlah penduduk mungkin masih belum cukup untuk mengacah israel apatah lagi untuk menggertak mereka. Apapun sesuatu yang baik dapat dilihat disini sekurang kurangnya tidak seperti masjid yang berharga RM 7juta tetapi jemaah hanya 7 orang.

Isnin, Januari 04, 2010

Kampungku yang damai

Sungguh aman dan damai apabila pulang ke kampung ku. Selain bertemu keluarga kepulangan bak disambut dengan nyanyian daripada desiran air yang mengalir sepanjang jalan masuk ke kampung. Lihat sahajalah kejernihan airnya. Siapa sahaja pasti akan cuba merendamkan diri secepat mungkin. Begitulah untungnya kami atas kurniaan Allah ini.
Bagi kanak kanak perlu dipantau sentiasa demi keselamatan mereka. Lebih lagi bagi yang tidak boleh berenang. Bagi yang kaki ikan pula pelbagai aktiviti dapat dilakukan seperti menjala, memancing. Sesuatu peluang yang jangan dilepaskan jika berkunjung kesini ialah membawa cermin menyelam. Orang kampung kami panggil teropong (nama blog aku). Anda boleh melihat sendiri ikan ikan berlegar legar di dalam air.
Untuk lebih menarik pengunjung boleh menyusuri ke hulu sungai di mana kawasan tersebut terdapat jeram dan air terjun. Kawasan perkelahan ini telah digezetkan sebagai salah satu kawasan perkelahan di negeri Perak. Terdapat beberapa buah pondok tersedia ditepian sungai. Biasanya pengunjung awal akan beruntung kerana pondok masih kosong.
Bukan tujuan untuk menakutkan, tetapi peringatan yang perlu dititik beratkan ketika berada di sini ialah:

- sekiranya tidak tahu berenang cukup mandi manda ditempat yang cetek sahaja.
- Jika tidak mahir dengan keadaan sungai yang berbatu, jangan cuba melakukan adegan terjun.
- Jangan cuba menghampiri air terjun kerana tempat tersebut berbahaya.
- Amalkan mandi manda secara berkumpulan.
- Jika keadaan cuaca gelap atau hari hujan jangan berada di sungai kerana air boleh naik secara tiba tiba. Airnya cukup deras.

Jika anda berminat dengan suasana ini sila berkunjung ke : Kampung Sungai Bil, Slim Village, 35800 Slim River Perak. 11 batu dari Tanjung Malim dan 9 batu dari Slim River.

Muzium Daerah Sabak Bernam (MDSB)


Kunjungan ke MDSB menghakhiri program cuti sekolah kami sekeluarga. Muzium yg terletak di belakang Masjid Sabak Bernam agak tenang setenang air Sungai Bernam yang mengalir bersebelahannya. Secara umumnya ia memaparkan sejarah pertanian padi di Daerah Sabak Bernam.


Sejarah pertanian getah pula dapat dilihat di ruang luar muzium dimana terdapat bangsal yang menempatkan peralatan dan keperluan dalam penghasilan getah seperti timba, takung, dulang dan tapis susu getah. Terdapat juga mesin getah yang digunakan untuk menipis supaya menjadi getah keping.

Selain itu terdapat juga Rumah Warisan yang diisi dengan barang antik yang sering terdapat pada rumah rumah lama disekitar ini seperti mesin jahit, radio,pinggan mangkuk dll. Replika rumah ini sedikit sebanyak dapat memberikan sedikit gambaran kepada pelawat bagi menghayati suasana kampung tradisi zaman dahulu.




Muzium ini amat sesuai bagi lawatan singkat bagi pemandu pemandu yang melalui laluan Kelang ke Teluk Intan. Masuk adalah Percuma.

Masjid Ma'muniah Sg. Nipah Sekincan

Dalam perjalanan ke Sekincan kami singgah di Masjid Ma'muniah Sg. Nipah untuk menunaikan solat zuhor. Masuk sahaja ke persekitaran masjid hati terasa teruja dengan hiasan luarannya.

Sudah pasti kawasan masjid yang luas memberikan keselesaan untuk meletakkan kenderaan terutamanya pada hari jumaat. Lebih lebih lagi masjid ini terletak betul betul di pinggir jalanraya Kelang-Teluk Intan. Masjid ini jelas kelihatan pada pandangan pemandu yang melalui jalan tersebut.

Ruang legar masjid menyediakan suasana santai. Amat sesuai untuk beristirehat bagi pemandu pemandu yang singgah bagi menunaikan tanggung jawab terhadap Allah. Pujian perlu diberi kepada jawatan kuasa masjid yang berjaya menunjukkan model masjid yang perlu dicontohi oleh masjid masjid yang lain. kebersihan terserlah di mana sampah sarap tidak kelihatan maupun daun daun.
Tandas juga bersih. Walaupun ada kesan kerosakan kecil tetapi tidak sampai mencacatkan fungsinya. Boleh bernafas dengan selesa adalah kriteria yang paling penting menilai kebersihan sesuatu tandas. Amat jarang melihat tandas masjid serupa ini walau di manapun. Hinggakan kini tandas masjid mula dijadikan perumpamaan kpd tandas yg kotor.

Terdapat beberapa set kerusi dan meja batu di sekitar masjid utk kemudahan jemaah makan minum. Cuma sesuai ketika cuaca redup. Sekiranya bagi yang rasa lebih selesa dgn cuaca panas, tiada halangan.

Saya pasti tok siak masjid telah menjalankan tugasnya dgn baik. Bendaharinya bijak menguruskan kewangan disamping lain lain ajk. Tiada maknanya akaun masjid besar jumlahnya tetapi kelengkapan tidak sempurna. Hendak menunaikan hajat dlm tandaspun kerisauan kerana kunci pintu rosak. Tekak tok guru mengajar nak pecah, suara bilal dah nak macam penyanyi rock, disebabkan sistem pembesar suara semput.

Sekali lagi tahniah dan pujian untuk pengurusan masjid. Sekiranya saya lalu lagi pasti akan singgah ke sini, insyaallah.

Ahad, Januari 03, 2010

Singkut


Jumaat lepas aku dgn isteri meninjau tanah pusaka arwah ayah. Tanah berupa kebun getah kini ditoreh warga indon. Banyak pokok getah telah mati . Kemungkinan 5 tahun lagi perlu ditanam semula.




Aku bukan nak cerita tanah kebun tetapi sebuah pokok ajaib yang orang kampung aku panggil Singkut. Setengahnya pokok ini terkenal dengan nama Lemba. Pokoknya seperti anak pokok pinang yang kebiasaan tingginya sekitar 2 hingga 4 kaki. Ianya hidup di kawasan redup dan agak semak. Keadaan kebun getah yang redup menyebabkan pokok ini mudah didapati di sini.


Ajaibnya terletak pada buahnya dimana selepas memakan buah ini lidah akan terasa manis. Ini disebabkan buahnya manis dan mempunyai biji biji halus berwarna hitam. Ajaibnya kerana apabila kita minum air kosong, air itu akan terasa manis. Kesan ini akan berkekalan lebih kurang 10 ke 30 minit bergantung banyak mana dimakan. Buah buah berwarna putih dan bertandan dimana tandan tandannya terletak dipangkal pokok tersebut. Buah nya dipetik dengan menarik tangkainya. Apabila buahnya tidak cukup tua ianya agak ketat untuk dicabut.





Perdu buah singkut








Buah buah singkut yang dipetik drpd tandan.








Buah yang telah dibelah.




Buah buah ini dikatakan banyak hasiat namun kajian perlu dibuat untuk memastikan kesahihannya.

Allahyarham Abdul Aziz Bin Abdul Rasyid (Pak Ajis)

Beliau telah kembali kerahmatullah pada 2 januari 2010 dalam usia 60 pulohan. Menghembuskan nafas terakhir di hospital Slim River. Rumahnya berhampiran dengan surau kampungku Kg Sungai Bil Slim River Perak. Semoga rohnya dicucuri rahmat oleh Allah. Amin. Alfatihah.