Di sini juga ada tersedia bilik solat untuk pengunjung. Selepas makan kami menunaikan tanggung jawab masing masing terhadap Allah yang maha esa. Sesungguhnya Allah melihat hambanya di mana sahaja hatta dalam batu jua, inikan pula di negara China. Selagi engkau berharap terhadap Allah dan sudah tentu kita amat berharap terhadapNya maka tiada kecuali bagi kita menyembah Allah yang maha berkuasa yang memiliki semesta alam ini.
Masakan di sini sungguh sedap. Walaupun makan agak awal sedikit tapi perut masing masing tidak menolak setiap yang dihidangkan.
Selesai makan, pemandu pelancong membawakan sejenis buah yang aku dah lupa namanya. Rupanya seperti limau tetapi bukan limau. Walaupun isinya seperti limau tetapi kulitnya amat sukar untuk dipisahkan. Cara makannya ialah dimakan dengan kulitnya skali. Walau bagaimanapun tiada rasa pahit daripada kulit tersebut.
Gambar di bawah menceritakan samada masakan yang dihidangkan sedap ataupun tidak. Kalau dah licin sampai macam tuh...kira sedaplah tuh
Sambil aku bersembang, dimeja sebelah anak aku Syazwan dah termenung. Mungkin kekenyangan, mungkin rindukan rumah, mungkin rindukan fb....yang penting rindu terhadap buku buku sekolah yang telah lama tertinggal. Masa akan terus berlari...masa terus akan menghambat SPM yang akan dihadapi tahun hadapan 2012. Moga berjaya dengan cemerlang dalam pelajaran dan kerjaya. Insyaalah apabila engkau berjaya dalam ilmu dunia dan ilmu akhirat insyallah engkau akan boleh pergi lebih jauh lagi berbanding Shenzen China ini dengan syarat Allah sentiasa dalam hidupmu.
Aku melihat papan kenyataan ini terlekat didinding restoran. Apakah yang dinyatakan aku tak faham.
Di luar restoran aku melihat papan tanda menunjukkan restoran restoran muslim milik Xinyue Muslim Restaurant. Sedikit maklumat untuk sesiapa yang pergi sendirian ke Shenzen.
Salepas merakamkan gambar diatas aku langsung menaiki bas untuk membawa kami ke tempat perlancongan yang terkenal Window Of The World.