Kalau di Malaysia kita boleh banyak kira soal makan, itu tak makan ini tak makan, itu tak sedap ini tak sedap tetapi apabila berada diperantauan segalanya perasaan tersebut dihambat jauh demi mengisi perut yang kelaparan. Lebih daripada itu makanan yang disajikan terjamin kehalalannya. Sepanjang 2 hari di Hong Kong rombongan kami dibawa makan direstoran
masakan muslim. Antaranya di restoran seperti gambar di atas. Bila sudah
lapar tidak ingat lagi untuk ambil kisah restoran apa dan di mana
restoran tersebut. Apapun restorannya seperti gambar di atas. Di bawah adalah gambar gambar lauk pauk yang sempat dirakamkan.
Gambar diatas sup yang dihidangkan. Jangan tanya apa nama sebab kami tidak diberi senarai menu. Duduk, dihidang dan makan sahaja. Nampak macam sedap tetapi agak masam. Memandangkan jauh jauh datang, tak kan nak pandang saja. Segala rezki datangnya daripada Allah. Yang tak sedap jangan dicaci tetapi kalau sedap baik dipuji. Gambar di atas ini lauk kari. Memang sedap sungguh rasanya.
singgah jalan-jalan dari blog bro Mazidul
BalasPadamsup sirip tu kan?sedap tu
sedap jugak tapi sedap lagi tempatan punya.
BalasPadam