Rabu, Disember 28, 2011

Makan Tengahari Shenzen China - 2

 
  Esok 13 Dec, tarikh pulang ke Malaysia. Tiada lagi hidangan akan disediakan. Semuanya kena urus sendiri. Hari ini kami dibawa makan tengahari di restoran di atas Xinyue Muslim Restaurant. Sungguh selesa untuk menjamu selera di sini. Ruang makan di tingkat atas memberi ruang pandang lebih luas. Suhu sejuk yang mencengkam di luar dapat diredakan sementara.
Di sini juga ada tersedia bilik solat untuk pengunjung. Selepas makan kami menunaikan tanggung jawab masing masing terhadap Allah yang maha esa. Sesungguhnya Allah melihat hambanya di mana sahaja hatta dalam batu jua, inikan pula di negara China. Selagi engkau berharap terhadap Allah dan sudah tentu kita amat berharap terhadapNya maka tiada kecuali bagi kita menyembah Allah yang maha berkuasa yang memiliki semesta alam ini.
 
 Masakan di sini sungguh sedap. Walaupun makan agak awal sedikit tapi perut masing masing tidak menolak setiap yang dihidangkan. 





Selesai makan, pemandu pelancong membawakan sejenis buah yang aku dah lupa namanya. Rupanya seperti limau tetapi bukan limau. Walaupun isinya seperti limau tetapi kulitnya amat sukar untuk dipisahkan. Cara makannya ialah dimakan dengan kulitnya skali. Walau bagaimanapun tiada rasa pahit daripada kulit tersebut.
Gambar di bawah menceritakan samada masakan yang dihidangkan sedap ataupun tidak. Kalau dah licin sampai macam tuh...kira sedaplah tuh

Sambil aku bersembang, dimeja sebelah anak aku Syazwan dah termenung. Mungkin kekenyangan, mungkin rindukan rumah, mungkin rindukan fb....yang penting rindu terhadap buku buku sekolah yang telah lama tertinggal. Masa akan terus berlari...masa terus akan menghambat SPM yang akan dihadapi tahun hadapan 2012. Moga berjaya dengan cemerlang dalam pelajaran dan kerjaya. Insyaalah apabila engkau berjaya dalam ilmu dunia dan ilmu akhirat insyallah engkau akan boleh pergi lebih jauh lagi berbanding Shenzen China ini dengan syarat Allah sentiasa dalam hidupmu.

Aku melihat papan kenyataan ini terlekat didinding restoran. Apakah yang dinyatakan aku tak faham.
Di luar restoran aku melihat papan tanda menunjukkan restoran restoran muslim milik Xinyue Muslim Restaurant. Sedikit maklumat untuk sesiapa yang pergi sendirian ke Shenzen.

Salepas merakamkan gambar diatas aku langsung menaiki bas untuk membawa kami ke tempat perlancongan yang terkenal Window Of The World.

3 ulasan:

  1. salam yb

    antara tarikan utama dishenzhen sudah pastilah window of the world.saya harap next entry yb akan memaparkan tentang itu dan sudah pasti ia akan mengimbau kembali kenangan sesiapa saja yg pernah kesana...
    terima kasih yb.

    BalasPadam
  2. salam TN

    insyaallah akan diusahakan.

    BalasPadam
  3. Salam kenal YB...nekcik dan family ni selalu suka jalan sendiri..insyaallah kalau tiada aral melintang..21 ni kami akan ke sana lagi untuk kali ke 3...mungkin nekcik nak cuba restaurant ini..sebelum tu kami tempah makan kat TAJ restaurant shenzen

    BalasPadam