Persekitaran luar WOTW sudah cukup menguja hati kami untuk meneroka ke dalam taman replika ini. Lihat sahaja 2 gambar di atas. Anakku Syazwan memahatkan sejarah dirinya dilensa kamera sebelum masuk WOTW. Sebenarnya aku pun tidak terfikir untuk merakamkan pengalaman di WOTW di blog ini. Oleh itu tiada sebarang catatan dibuat ketika lawatan. Mencatat adalah perkara baik yang perlu dipraktikkan. Samada kita mencatat ketika mendalami sesuatu ilmu, mencatat ketika mendengar ceramah, mencatat ketika menysuri suatu peristiwa. Pelajar yang bijak adalah pelajar yang banyak membuat catatan untuk dirinya.
Sindir uztaz Ismail Kamus" Hebatnya guru dahulu, guru bersyarah anak murid buka kitab dan mencatat. Hebatnya anak murid sekarang, guru baca kitab dan anak murid hanya mendengar.
Apabila masuk ke kawasan WOTW kita akan melihat pentas pertunjukan. Sudah ada program yang akan ditunjukkan pada skrin tetapi aku "zenzen wakarimasen" (kata orang jepun) langsung tak faham.
Antara replika yang terdapat di WOTW ialah Piramid, Angkor Wat, London Bridge, Gunung Fuji, masjid dan gereja, Eiffel Tower, Taj Mahal, Air Terjun Niagara Menara condong Pisa, The Pyramid of Egyipt.
Berada di Eiffel Tower seolah olah kita sedang berada di Perancis. Cuma replika ini agak rendah daripada tower yang sebenar. Gambar di bawah anak aku sedang bersedia untuk menaiki Eiffel Tower menggunakan tangga. Anda juga boleh menaiki menara ini menggunakan lif yang disediakan dengan bayaran yang berpatutan. Nasib baik anak aku tidak perasan perkhidmatan lif tersebut. Biarkan ia menggunakan tenaganya mendapatkan pengalaman ini.
Antara gambar gambar yang dirakamkan oleh anak aku dari atas Eiffel Tower.
Gambar di atas adalah tempat main ski dalam WOTW ini. Oleh kerana masa tidak mencukupi anak aku sekadar main pelampung ski jer. Tidak perlu sewa lagi. Aku tidak membawa kelengkapan pakaian sejuk yang cukup untuk masuk. Setelah berada 15 minit didalam terasa telinga sudah kebas. Jenuh aku lipatkan telinga kepipi untuk menghangatkannya. Tangan pula menjadi masalah kerana aku tidak memakai sarung tangan. Setelah mengambil beberapa gambar sebagai kenangan didalamnya aku meninggalkan anak aku didalam untuk ia menyempurnakan hajatnya yang dipendam sejak beberapa minggu lagi sebelum bertolak.
Salam YB
BalasPadamAlhamdulillah, saya berpeluang menaiki Eiffel Tower yang sebenar di Paris. Memang ada dua pilihan untuk naik Eiffel Tower iaitu naik lif (kena bayar) dan panjat tangga. Ada 3 stesyen (platform) berhenti. Dari ground floor ke platform 1 saya naik lif. Dari platform 1 ke flatform ke 2 panjat tangga, dan dari platform ke 2 ke puncak Eiffel Tower, naik lif. Masa turun saya naik lif saja - tak sanggup ikut tangga sebab angin kencang dan sejuk.
Salan Tuan MSH,
BalasPadamBesarnya nikmat Allah buat kita, kerana atas rahmatnya sahaja kita mampu mengecapi sesuatu yang indah di dunia ini dan diakhirat juga. Alhamdulillah, moga saya juga dapat peluang ke sana suatu hari nanti.
salam yb
BalasPadamsetelah nelawat WOTW pada 2007 dapatlah saya simpulkan bahawa saya telah melancung keseluruh dunia dlm masa sehari.walaupun cuma replika tapi jimat masa,tenaga dan kos.
salam TN 12:58
BalasPadamjimat, jimat...ini cara melancong golongan sederhana macam kita...alhamdulillah.