Khamis, Oktober 28, 2010

TOIQUE - Pingat Perak

Megat,Isnani,YB,Firdaus
Setelah berhempas pulas di hari terakhir sebelum hari pertandingan, akhirnya Allah mengkabulkan hajat kami untuk menjadikan projek kami berfungsi.  Borang pendaftaran dihantar 1 jam sebelum tempoh pendaftaran ditutup. Jika tidak sudah tentu penyertaan ditangguh ke  pertandingan lain.

EDX adalah pertandingan hasil projek pelajar pelajar UTP termasuk postgrad. Kami staff menyertai dalam katogori terbuka. Kebanyakan pesaing kami dari kalangan pelajar juga. Nak tahu lebih lanjut tentang EDX sila ke sini

Presentation pagi isitu sessi teknikal berjalan dengan baik. Walaupun projek simple sahaja tetapi applikasinya pada fikiran kami banyak menyelesaikan masalah sedia ada di dalam bilik peperiksaan.

Malang tidak berbau, ketika presentation  sessi non teknikal di waktu petang baharu sahaja nak bermula, tiba tiba power blackout. Selepad beberapa minit bekalan dapat dipulihkan semula. Rupanya pada masa itu kami punya power adaptor yang membekalkan power ke Transmitter terbakar dan mengalami kerosakan. Oleh itu TOIQUE tidak dapat dikawal.

Dalam pada masa kami mencuba cuba, hakim telah menilai projek kumpulan pertama. Kami di kumpulan ke 3. Masa persembahan hanya 5 minit. Ketika masalah dapat di kesan hakim telah beredar ke kumpulan ke 2. Nak ambik bekalan baru tak sempat. Oleh itu buat keputusan guna alternatif loop power dari supply sebelah. Belum pun sempat siap hakim dah tiba. Persembahan terpaksa dibuat juga dgn TOIQUE beroperasi 50 %.
Kami cuba meyakinkan hakim akan kemampuan projek kami. Alhamdulillah akhirnya kami dapat juga menerima pingat perak.

Musa seorang lagi ahli kumpulan TOIQUE tidak dapat bersama kerana sedang berada di Madinah untuk mengerjakan ibadah Haji tahun ini. Sebelum berangkat beliau pesan lakukan sebaik mungkin dan beliau akan cuba dapatkan Raudah untuk memohon kejayaan kami. 

Aku juga mengucapkan tahniah kepada teman seperjuangan Megat dan Firdaus kerana menggondol gangsa untuk projek SMALAB iaitu membina sistem yang digunapakai untuk mengawal inventori melalui intrnet.

4 ulasan:

  1. Salaam YB,

    Tahniah dan syabas kepada YB and the gang! Semoga Projek TOIQUE dapat diaplikasikan dengan jayanya, insyaAllah.

    Apa maksud TOIQUE tu?

    BalasPadam
  2. Salam YB,

    Alhamdulillah walau power black-out pun masih berpeluang dapat pingat perak. Kena bersyukur tu. Kalu tak pasti emas kan.... tak apa nest year...

    BalasPadam
  3. Salam UA,

    TOIQUE adalah singkatan kepada Toilet Queue. Digunakan dlm dewan peperiksaan untuk mengurus pelajar yg ingin ke tandas. Jika pelajar keluar ia kena ambil kad dan paparan di pentas akan menunjukkan bil yg tinggal yg boleh keluar. Sehingga lah 0. Jika pelajar kembali ia kena masukkan semula dan nombor akan count up semula. Tak tahulah dema suka ke tak.

    BalasPadam
  4. Salam kakzakie

    saja syok syok, sebab dah lama tak buat projek.

    BalasPadam