Selasa, November 02, 2010

Seri Iskandar - 1

http://commondatastorage.googleapis.com/static.panoramio.com/photos/original/33784403.jpg
Pintu Gerbang ke Taman Teknologi
 Diam tak diam, bising tak bising sudah 10 tahun aku merantau ke Seri Iskandar. Ramai orang Perak sendiri tidak tahu di mana Seri Iskandar. Lebih teruk lagi tidak tahu wujudnya Seri Iskandar. Ada yang menyangkakan ianya terletak diJohor. Aku faham mengapa. Adalah sama sekali Seri Iskandar tidak ada kaitan dengan Wilayah Iskandar. 

Seri Iskandar Terletak di dalam Daerah Perak Tengah. Sebuah bandar baru yang dibangunkan bagi menjana pembangunan diDaerah Perak Tengah. Sejak kebelakangan ini pusat pentadbiran Perak Tengah banyak bertumpu ke Seri Iskandar. Kedudukannya yang baik iaitu di pertengahn jalan Ipoh-Lumut menyebabkan ia lebih cepat membangun berbanding pekan pekan berhampirannya seperti Tronoh , Parit , Bota dan Kampung Gajah.

Seri Iskandar merupakan bandar ilmu diPerak. Terdapat beberapa pusat pengajian tinggi di sini yang berkembang secara mendadak dari masa ke semasa. Seiring dengan pembangunannya, pertambahan penduduknyadi sini amat ketara. Lihat sahaja di pasar malam. Jika dahulu terdapat satu tempat sahaja diadakan pasar malam. Pengunjungnya pun tidak ramai. Sekarang sudah ada 2 tempat pasar malam untuk seminggu. Pengunjung juga amat ramai.

Perumahan di Seri Iskandar tidak menjadi masalah. Ianya terancang dengan baik dan dapat menampung keperluan semasa. Antara taman perumahan yang besar di sini ialah Taman Bandar Universiti dan Taman Teknologi yang di bangunkan oleh MRCB.

Selepas ini kita akan tengok apa ada di Seri Iskandar dan apa keistimewaannya.



5 ulasan:

  1. Salam YB,

    Seri Iskandar memberi impak pembangunan banyak daerah. Beruntung juga kerananya dapat dibangunkan pusat pengajian tinggi.

    Wilayah Iskandar sekarang pun sedang dalam proses pembangunan. Diwartakan akan ada disneyland. Entahlah.... kita tunggulah projek itu siap kelak.

    BalasPadam
  2. Salam kakzakie

    Seri Iskandar memang sesuai tempat belajar sebab tempat yang tenang, jauh dari punca kekusutan mental.

    Disneyland...banggakah kita kalau anak bangsa kita hanya mampu menjadi penjaga kaunter tiket jer...harp tidaklah.
    wallahuaklam

    BalasPadam
  3. Salaam YB,

    Setiap kali melewati pintu gerbang itu, terasa curious dan teringin hendak masuk ke dalam kawasan Taman Teknologi itu, tapi tak ada alasan yang munasabah ler pulak untuk masuk...hehe

    BalasPadam
  4. W,salam UA

    Tidak ada yg istimewa sgt kat dlm tu. Cuma ada banyak rumah teres sedang dibina. Jika nak menambah aset bolehlah.

    Selain tu ada sekolah kebangsaan yg baru digunakan jun lepas.

    Ada satu lagi kilang elektronik IDS. Kilang ni tak berapa nampak. Dekat sini kilang IDS ni terkenal dgn nama Industri Dalam Semak. Saya pun tak pernah nampak kilang tu walaupun dah banyak kali masuk.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Blh x bg no telefon mrcb series iskandar?

      Padam