Jika aku pulang waktu petang dari Seri Iskandar ke kampung ku Kampung Sungai Bil, Slim River atau sebaliknya biasanya perjalanan aku akan sampai ke sini ketika maghrib tiba. Masjid tidak besar kemungkinan penduduknya tidak ramai.
Sebelum aku melangkah ke saf aku sempat merakamkan gambar jemaah. Yang no 2 dari kanan tu adalah pak mertua ku. Ada juga jemaah lain yang singgah seperti kami.
Selesai solat aku beredar ke belakang. Rata rata jemaah yang aku lihat semuanya katogori POP, persatuan orang pencen. Alhamdulillah walaupun zahirnya mereka tua dan uzur tetapi mereka mempunyai kekuatan dalam menegakkan syiar islam dan memakmurkan rumah Allah.
Mana orang muda kita yang kebiasaannya menjadi penggempur dalam peperangan. Mana orang yang gagah perkasa yang bisanya menjadi tonggak pertempuran. Mana orang yang kaya yang menjadi sumber biaya kepada modal perjuangan. Aku hanya mampu berdoa agar Allah mengampunkan dosa umat islam sejagat. Lemparkan hidayah agar iman umat kini semarak.
Salam YB,
BalasPadamKakak selalu juga perhati bila singgah solat di mana-mana rumah Allah. Memang majoriti warga POP itulah yang mengisi kekosongan. Tapi bila time Hari raya yang muda belia muncul tetiba entah dari mana....
Salam kakzakie
BalasPadamkita mesti mula daripada sekarang. Setiap individu kena main peranan. Didik anak anak cinta Allah cinta Rasulullah. Insyallah jenerasi akan datang jadi lebih baik.
dari langkap kebidor memang nampak masjid ni...
BalasPadamdari segi luaran masjid ini spt tidak ditadbir urus dgn baik.oleh kerana lokasinya dilaluan utama ia patut dicat baru dan diubah suai sedikit supaya nampak lebih tersusun dan kemas.mungkin faktor kewangan kut...namun atas nama syiar islam,pehak masjid dan ahli kariah perlu berbuat sesuatu skrg...
Salam TN 3:21
BalasPadamBaru ni saya singgah di sini lagi. Ada pembaharuan di mana tandas juga sudah cantik.