Selasa, November 30, 2010

Ikan Ikan Sungai Bil - 3

Rupa ikan tengas
Baru baru ni ketika pulang kekampung sempatlah mandi sungai. Sambil mandi aku sempat menebar jala ke tempat tempat yang di syaki ada ikan. Disamping itu batu juga di serkap menggunakan jala tersebut. Hasilnya alhamdulillah dapat juga buat pembuka selera di tengahari minggu itu.
Kebetulan batu yang diserkap itu dihuni oleh kumpulan ikan tengas berbagai saiz. Setiap sudut jala dijaga rapi oleh anak aku untuk mengelakkan ikan daripada terlepas. Manakala aku merunjang dengan menggunakan kayu agar ikan keluar. Lihatlah hasilnya, lebih kurans sama jer saiznya.
Ikan seluang pun tidak dapat meloloskan dirinya.
Yang ini ikan selimang (Siammese algae eater). Aku percaya ramai tak kenal ikan ni. Rasa nya memang sedap jika digoreng. Keistimewaannya pada telurnya yang berwarna hitam. Apabila digoreng menjadi warna merah. Berkunjunglah ke Kg Sg Bil untuk riadah sambil menangkap ikan.


4 ulasan:

  1. Puas makan ikan tengas YB....

    BalasPadam
  2. Salam YB,

    Kakak asal dari kampung juga tapi tak duduk dekat dengan sungai/laut sebab tu tak tahu pun nama-nama ikan macam yg YB kata tu. Kalau ada boleh juga cuba.

    BalasPadam
  3. Salam Tokan,

    Puas jugaklah, melepaskan rasa kepingin makan ikan tengas.

    BalasPadam
  4. Salam kakzakie,

    Bolehlah cari sungai berhampiran untuk merasa keenakannya.

    BalasPadam