Apa ada diSeri Iskandar? Jika pertanyaan itu dilontarkan, antara jawapannya KEMAS. Bukan jawapannya kena kemas tetapi di Seri Iskandar terdapat Institut Latihan KEMAS (ILK). Seri Iskandar antara tempat yang bertuah kerana lokasinya terpilih untuk pembinaan ILK. Jumlah ILK diMalaysia tidak banyak hanya 2 sahaja iaitu ILK Seri Iskandar dan ILK Kuantan.
Selain dua institusi latihan bertaraf institut yang dimiliki Jabatan Kemajuan Masyarakat terdapat lagi 4 pusat latihan iaitu:
Pembinaan ILK Seri Iskandar dilihat sebagai pemangkin kepada usaha membangunkan masyarakat kearah pembangunan agama bangsa dan negara khususnya daerah Perak Tengah. Fungsi ILK seharusnya tidak lagi terkongkong dengan latihan bercorak tradisi. Pandangan negatif terhadap KEMAS selama ini yang disifatkan berperanan menanamkan sifat cenderong kepada sesuatu parti perlu dikikis. Jika tidak masakan ada pemimpin parti lawan berkata: "Jika BN dapat dikalahkan, semua organisasi akan dikekalkan kecuali KEMAS. Kita akan lihat semula fungsinya" Sesuai dengan kemegahan institut ini, profesionalisma pelatih perlu disemai bagi mendepani masyarakat yang lebih kritis kepada pembangunan rohani dan jasmani. Membangunkan, mengasuh dan mendidik melalui konsep berfikir perlu dipraktikkan demi melahirkan masyarakat pandai dan cerdik ilmu dunia dan akhirat.
ILK Seri Iskandar mempunyai beberapa kemudahan yang boleh disewa oleh lain lain agensi. Antaranya Dewan Besar, Bilik Kuliah, Asrama dan lain lain. Untuk maklumat lanjut anda boleh layari laman sesawang ILK Seri Iskandar.
Salam YB,
BalasPadamKakak lihat dari gambar macam sunyi je keadaannya. Mungkin kerana masih baru. Moga bangunan yang indah dan menelan wang jutaan ringgit itu mampu menggalas tujuan dan pelaksanaannya.
salam kakak zakie
BalasPadammemang sunyi, ada pelatih tapi nampak tak ramai. Saya masuk ke sana kebetulan hari kecemerlangan anak buat kat situ.