Peluang untuk memiliki tapak rumah diSeri Iskandar, Perak. Anda boleh melayari laman web Majlis Daerah Perak Tengah. Muat turun borang dan hantar ke alamt yang dinyatakan. Procedur permohonan ada tercatat pada borang.
Keluasan tanah secara sahihnya tidak diketahui. Berdasarkan kepada fasa fasa sebelumnya ialah 60 kaki x 90 kaki. Harga juga belum pasti, tatapi berdasarkan perisikan ialah lebih kurang RM35,000/=. Harga untuk fasa sebelumnya iaitu fasa 3 ialah RM24,000/=.
Sekiranya anda mementingkan aset masa depan ini merupakan pelaburan yang amat baik. Ini adalah kerana Seri Iskandar sekarang membangun seiring dengan pembangunan negara. Ia menjadi nadi pembangunan Daerah Perak Tengah. Nilai aset di sini meningkat dari masa ke semasa. Tapak rumah dengan saiz sama yang dibeli lebih kurang 10 tahun lepas dengan harga RM16,000/= kini boleh dijual dengan harga 3 kali ganda. Ini sekadar ingin menggambarkan peningkatan nilai harta di sini. Namun adalah tidak beretika sekiranya anda melakukan perkara tersebut. Ianya boleh membantutkan perkembangan kependudukan yang dirancang oleh MDPT. Bagi seseorang yang memiliki lebih daripada satu tapak rumah, pasti ada tapak yang terbiar kosong dan semak. Tanah pasti akan dihuni sang babi, sang ular dan sudah pastinya juga musang. Ini sudah pasti akan menyakitkan saudara seagama dan sebangsa yang berjiran dengan tapak rumah kita.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan