Khamis, April 12, 2012

Dulu Merasa Sekarangpun Merasa Biasiswa

Sebok sekarang orang berbual pasal PTPTN. Lebih lebih lagi orang politik apabila mentafsir isu ini sebagai peluru politik. Mereka melihatnya sebagai membunuh atau dibunuh. Maka tidak hairan kita di TV sekarang ini isu ini menjadi tajuk penting dalam mempertahankan dasar penubuhan PTPTN sebagai ganti Biasiswa dalam menaja perbelanjaan mahasiswa di IPTA dan IPTS.

Betapa makmurnya zaman dahulu belajar universiti atau kolej. Sukar melihat pelajar yang tidak mendapat biasiswa. Kalau dia tak dapat bermakna ia anak orang kaya. Negara kita tidak semewah sekarang ini tapi rakyatnya gembira.

Mari kita lihat isu PTPTN ini sekarang. Orang yang kuat mempertahankan PTPTN adalah orang orang yang menikmati biasiswa semasa belajar dahulu. Ada golongan yang boleh menggunakan wang biasiswa untuk membantu keluarga di kampung. Tetapi mengapakan mereka  ini sekarang yang aku percaya golongan pembuat dasar dalam isu PTPTN bercakap terlalu angkuh seolah olah tidak pernah memakan satu sen pun wang biasiswa. Siap ugut mahasiswa yg negara akan bankrup jika PTPTN dihapuskan.

Anda yang telah mendapat pengajian percuma dahulu diharapkan untuk memikirkan satu mekanisma yang boleh menyenangkan golongan pelajar seperti juga anda dahulu. Bukannya setelah diasuh dan diajar menjadi orang bijak dan berkuasa tetapi masih bodoh dan mengalah dengan cabaran ekonomi semasa dengan membiarkan keadaan menghimpit jenerasi kemudian.

Bagaimana pentingnya tanggung jawab bapa terhadap pendidikan anaknya begitulah pentingnya tanggung jawab kerajaan terhadap pendidikan rakyatnya. Kalau bapa tak mampu memberi pendidikan terhadap anak lebih baik jangan beranak. Begitu juga kerajaan, jika tak mampu menyediakan pendidikan terhadap rakyat lebih baik tak payah memerintah rakyat.

Memang benar kata pepatah jangan tanya apa kerajaan beri kepada anda tetapi tanya apa anda beri kepada kerajaan. Tetapi kalau bapa tak mampu menanggung anak lebih baik serah anak kepada "bapa angkat".


Kalau dahulu negara tidak mewah tetapi rakyat makmur tetapi sekarang negara mewah tetapi rakyat hatinya susah. Cuba senaraikan rasuah dan ketirisan wang negara. Aku tiada fakta tetapi percaya dapat membantu isu PTPTN ini. Janganlah jenarasi kita sahaja yang menikmati kemudahan belajar tanpa hutang, cubakanlah dengan kepandaian dan kepakaran yang kita ada ini untuk memikirkan pula jenerasi sekarang dan mendatang menikmati apa yang kita perolehi dahulu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan