Jumaat, November 25, 2011

Desa Yang Permai


Apabila anda melintasi Kampung Sungai Bil menuju ke tempat perkelahan anda akan didendangkan dengan desiran air yang dilagukan bersama bebatu. Inilah semangat keramat yang dikurniakan oleh Allah buat kami sejak beberapa jenerasi.
Air dan batu bagai membentuk lembut dan kerasnya jiwa. Bagai menyatukan yang susah dan yang senangnya bangsa. Bagai akrabnya sesama saudara. Apabila keruhnya di hulu di hilir turut merasa keladaknya. Namun tidak mengapa, apabila keladak itu hanyut dan mendap maka jernihlah kembali airnya. Maka air dan batu kembali bersapa.

Wahai anak bangsaku, lihatlah jernihnya air ini. Air anugerah Ilahi yang telah banyak membasuh daki. Membasuh segala benda yang kita miliki. Kita berwuduk di sini. Kita bersuci di sini. Wahai Ilahi, kau bersihkan juga hati kami yang tak boleh kami basuh dengan air jernih ini. Datangkanlah kami juga sungai keimanan, sungai ketakwaan dan sungai kasih sayangMu. Kau satukan hati hati kami sebagaimana Kau menyatukan air dan batu di sungai itu.

Kawasan perkelahan yang sering dikunjungi pengunjung dihujung minggu. Namun di musim hujan langkah berjaga jaga perlu diambil berat. Air boleh naik secara mengejut terutamanya apabila berlaku hujan di hulu sungai. Lihatlah batang balak pun boleh dihanyutkan inikan pula batang tuboh manusia.
Batang balak di atas dijangkakan tidak kurang 50 kaki boleh dihanyutkan. Jangan jadikan keindahan sungai dan keseronokan anda menyebabkan anda alpa tentang keselamatan.
Gambar di atas merupakan anak anak sungai dari bukit yang menggabungkan diri dengan sungai utama. Sungguh indah dan seronok bagi kanak kanak bermain air di situ.
Berhampiran dengan kawasan perkelahan itu anda akan melihat papan tanda merah. Itu milik seseorang dan anda tidak boleh masuk dan bersantai di situ tanpa kebenaran. Pemiliknya bukan orang kampung tersebut. Terdapat sebuah rumah untuk istirehat di situ.
Rumah ini cukup mahal. Atapnya di buat daripada kepingan kayu yang dibawa daripada Serawak. Air disedut daripada sunyai menggunakan pam. Aku pernah masuk secara sah kerumah tersebut. Masyaallah. Allah mengurniakan rezeki yang cukup hebat untuknya.
Anda dijemput untuk berkunjung. Pepaku di atas juga mengalu alukan kedatangan anda.

2 ulasan:

  1. Salam YB

    Macam mana mahu pergi sama itu sungai? Ada kena bayar bil ka? Hehe.

    BalasPadam
  2. Waalaikumsalam Tuan MSH,

    Dr Tg Malim di simpang 4 dekat kedai pau yik mun (bukan nak galakkan makan) tuju simpang ke slim village atau proton city. 11 batu dar tg malim. Dr slim river, simpang 3 berdekatan rest house ambil simpang ke slim village .

    Tuan jgn takut, cuma perlu bil parking saja.Silalah berkunjung. Kalau kebetulan saya pulang ke kg boleh kita bersua.

    BalasPadam