Apabila anda melintasi Kampung Sungai Bil menuju ke tempat perkelahan anda
akan didendangkan dengan desiran air yang dilagukan bersama bebatu. Inilah
semangat keramat yang dikurniakan oleh Allah buat kami sejak beberapa jenerasi.
Air dan batu bagai membentuk lembut dan kerasnya jiwa. Bagai menyatukan yang
susah dan yang senangnya bangsa. Bagai akrabnya sesama saudara. Apabila
keruhnya di hulu di hilir turut merasa keladaknya. Namun tidak mengapa, apabila
keladak itu hanyut dan mendap maka jernihlah kembali airnya. Maka air dan batu
kembali bersapa.
Wahai anak bangsaku, lihatlah jernihnya air ini. Air anugerah Ilahi yang
telah banyak membasuh daki. Membasuh segala benda yang kita miliki. Kita
berwuduk di sini. Kita bersuci di sini. Wahai Ilahi, kau bersihkan juga hati
kami yang tak boleh kami basuh dengan air jernih ini. Datangkanlah kami juga
sungai keimanan, sungai ketakwaan dan sungai kasih sayangMu. Kau satukan hati
hati kami sebagaimana Kau menyatukan air dan batu di sungai itu.
Kawasan perkelahan yang sering dikunjungi pengunjung dihujung minggu. Namun
di musim hujan langkah berjaga jaga perlu diambil berat. Air boleh naik secara
mengejut terutamanya apabila berlaku hujan di hulu sungai. Lihatlah batang
balak pun boleh dihanyutkan inikan pula batang tuboh manusia.
Batang balak di atas dijangkakan tidak kurang 50 kaki boleh dihanyutkan.
Jangan jadikan keindahan sungai dan keseronokan anda menyebabkan anda alpa
tentang keselamatan.
Gambar di atas merupakan anak anak sungai dari bukit yang menggabungkan diri
dengan sungai utama. Sungguh indah dan seronok bagi kanak kanak bermain air di
situ.
Berhampiran dengan kawasan perkelahan itu anda akan melihat papan tanda
merah. Itu milik seseorang dan anda tidak boleh masuk dan bersantai di situ
tanpa kebenaran. Pemiliknya bukan orang kampung tersebut. Terdapat sebuah rumah
untuk istirehat di situ.
Rumah ini cukup mahal. Atapnya di buat daripada kepingan kayu yang dibawa
daripada Serawak. Air disedut daripada sunyai menggunakan pam. Aku pernah masuk
secara sah kerumah tersebut. Masyaallah. Allah mengurniakan rezeki yang cukup
hebat untuknya.
Anda dijemput untuk berkunjung. Pepaku di atas juga mengalu alukan
kedatangan anda.
Salam YB
BalasPadamMacam mana mahu pergi sama itu sungai? Ada kena bayar bil ka? Hehe.
Waalaikumsalam Tuan MSH,
BalasPadamDr Tg Malim di simpang 4 dekat kedai pau yik mun (bukan nak galakkan makan) tuju simpang ke slim village atau proton city. 11 batu dar tg malim. Dr slim river, simpang 3 berdekatan rest house ambil simpang ke slim village .
Tuan jgn takut, cuma perlu bil parking saja.Silalah berkunjung. Kalau kebetulan saya pulang ke kg boleh kita bersua.