Sabtu, Ogos 27, 2011

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN kepada semua pembaca blog.

Jumaat, Ogos 26, 2011

Di Pinggir Ramadhan

 http://www.iluvislam.com/pic/zulhafidz/ekad/optimized-10082011ek.jpg
Ya Allah ya tuhanku
Kini aku dipinggir ramadhan
Yang akan ditinggalkan sementara
Atau tidak akan ketemu lagi buat selama lamanya
Namun harapan masih belum terlaksana
Bagi menghambakan diri ini sepenuhnya kepadamu

Ya Allah
Aku beriman kepadamu sejak dulu
Engkaulah tuhan yang maha esa dan maha berkuasa
Tetapi mengapa hingga di pinggir ramadhan
Patuh ku tidak seperti patuh hamba soleh mu

Ya Allah
Aku beriman akan malaikat malaikat mu
Betapa patuhnya mereka kepada Mu
Tetapi mengapa hingga di pinggir ramadhan ini
Hati ini masih tidak gerun akan kepatuhan Malik kepada mu
Mengapa hati ini masih tidak ghairah terhadap sambutan Ridwan

Ya Allah
Aku tahu aku sudah lama menumpang di bumi Mu ini
Aku telah puas dengan pemurah Mu
Cukup bahagia atas Rahim Mu
Tapi di pinggir ramadhan ini
Aku masih lagi menagih kemuliaan, kerahmatan dan keampunan Mu

Maka selepas ini
Pada dipinggir usia
Kau jadikan aku hamba Mu yang benar benar mengabdikan diri kepada Mu
Seperti apa yang telah kau beri kepada hamba hamba Mu yang soleh.

Selasa, Ogos 23, 2011

Masjid Al-Athar, Masjid Tinggi, Bagan Serai

Aku sering singgah di masjid ini. Mengapa? kerana rumah bapa mertua ku tidak jauh dari masjid ini. Insyallah tahun ini aku akan solat eid fitri di sini. Entah berapa kali aku solat hari raya di sini sudah tak ingat.
Walaupun masjid ini nampak besar tetapi bila tiba waktu solat hari raya saf saf akan sampai ke kawasan parkir. Ini menunjukkan betapa ramainya penduduk di sekitar masjid.
Di atas adalah dewan solat jemaah lelaki. Tempat solat jemaah perempuan di tingkat atas.
Pandangan belakang masjid

Masjid ini ada gendang yang akan diketuk setiap waktu suboh. Usia gendang ini lebih tua daripada kebanyakan kita. Walau bagaimanapun masih kukuh digunakan.

Apabila kita berada di masjid ini kita akan melihat satu binaan papan berhampiran Masjid Al-Athar. Ia adalah masjid lama. Ia masih lagi dipelihara dengan baik.
Pada hari khamis akan diadakan pekan khamis. Kebiasaan penduduk setempat akan berkunjung untuk mendapatkan keperluan harian.
Jalan untuk pekan khamis ini dipanggil Jalan Banjar. Ini menunjukkan orang banjar ramai di sini.
Papan tanda di atas juga terdapat berhampiran masjid ini. Tapi mungkin tidak semua suka melihatnya. Di belakang ni ada bangunan markas untuk menjalankan aktiviti PAS. Aku pernah melihat beberapa orang pemimpin pernah datang ke sini seperti DS Anwar Ibrahim, Tuan Guru Haji Hadi dan lain lain.

Khamis, Ogos 18, 2011

Hari Ini Dalam Sejarah - Buletin Liwat

 
Dua malam dalam Buletin TV3 ditayangkan kembali sumpah laknat yang dilafazkan oleh si Saiful di Masjid Wilayah Persekutuan. Tak perlu aku kenalkan siapa si Saiful sebab kalau anda tak kenal dia maka anda tak kenal DS Anwar Ibrahim. Selepas tertengok buletin itu baru aku tahu rupanya sejarah itu dilakar pada 15 ogos 2011. Kalau dilakar dahulu pada 31 ogos kan lebih baik sebab lebih mudah untuk bagi orang ingat.

Apakah perlunya unit berita & hal ehwal semasa TV3 memuatkan temuramah si Saiful itu dalam berita. Benarlah kata orang, kalau orang digigit anjing itu bukan berita tetapi kalau anjing digigit orang itulah sebenar benar berita. Walaupun aku tidak mengikutinya hingga akhir sebab rasa macam diperbodohkan tapi aku dapat menilik apakah agenda besar disebalik itu.

Dimanakah tanggung jawab unit berita TV3 tentang keseluruhan episod yang ada hubungkaitnya dengan sumpah laknat tersebut. Apakah sumpah tersebut dibuat atas dasar si Saiful benar benar diliwat sedangkan prosiding mahkamah belum selesai lagi. Andai kata mahkamah memutuskan tiada berlaku liwat bermakna si Saiful membohongi rakyat Malaysia dengan dibantu oleh TV3. Apakah tanggung jawab buruk dan imej menipu sanggup di tempel pada logo berita TV3. Apakah cerita sumpah laknat si Saiful ini besar sungguh nilainya kepada sejarah negara. Apakah nilai sejarahnya lebih besar daripada sejarah DS Anwar dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri.

Cubalah berfikiran waras dalam menyampaikan apa yang diharapkan oleh penonton. Banyak perkara baik yang dapat dimanfaatkan untuk penonton sempena bulan ramadhan ini. Jauhkanlah berita berita yang lebih cenderung kepada fitnah. Sesungguhnya manfaatkanlah ketiadaan syaitan yg bertugas dalam bulan ramadhan ini. Sekiranya masih ada manusia yang melakukan perkara perkara bercorak kesyaitanan maka dialah manusia yang telah berjaya dididik oleh syaitan untuk menjadi syaitan yang akan menggantikannya bertugas di bulan ramadhan.

Selasa, Ogos 16, 2011

Haramkan Mercun


Kalau dulu orang selalu kaitkan tahun baru cina dengan mercun. Kini bulan ramadhan dan selamat hari raya telah mengambil alih keintiman tahun baru cina dengan mercun. Kehingaran dentuman mercun di malam bulan ramadhan dan pada hari raya lebih hebat daripada perayaan bangsa cina. Malah kita lihat masyarakat cina telah kurang menggunakan mercun dalam perayaan mereka berbandaing melayu. Bagaimana ini boleh berlaku.

Mercun bukan sahaja membahayakan diri tetapi mengganggu ketenteraman awam. Kalau bulan ramadhan kanak kanak ramai berkumpul di surau surau dan masjid. Ada antara mereka ni yang membakar mercun ketika orang solat tarawih. Jemaah nak solat pun tak boleh nak kusyuk.Bayanglah kalau mercun bola diletupkan. Terkejut kejut jemaah buatnya. Imam pun boleh lupa ayat yang dibaca.
Di pihak kerajaan memang ada perintah mengharamkan membakar mercun. Daripada sudut agama kita pula  membakar mercun merupakan perbuatan membazir. Jadi apa perlunya ada mercun atau bunga api di tengah tengah perayaan kita.

Yang menjadi pelik dan ajaib, mercun dilarang tetapi agak mudah untuk diperolehi. Sepatutnya jika kita ingin membenteras pembakaran mercun yang dilihat membahayakan dan membazirkan, penjualan mercun dan bunga api perlu dibenteras. Buat ketetapan bahawa menjual mercun adalah sama seperti menjual dadah. Mengimport dan mengedarnya sama seperti mengimpot dan mengedar dadah. Kalau nak buat biar buat betul betul. Jangan nak main sendiwara.

Selasa, Ogos 09, 2011

Jangan Borong Peniaga Melayu

Jika kita mahu melihat perniagaan orang melayu sila datang ke Seri Iskandar. Pembangunan perniagaan melayu di sini adalah seperti pembangunan di Bandar Baru Bangi dan Shah Alam pada masa dahulu. Majoriti peniaga di Seri Iskandar adalah orang melayu.

 Kebelakangan ini aku agak cemas dengan pembangunan Seri Iskandar. Ada kata kata bangunan besar tu ingin membina pasaraya Billion. Ada pula yang kata tanah lapang yang sana tu untuk membina Tesco. Ini cerita yang lebih dasyat lagi di sini aku baca. Rupanya ada lagi projek yang lebih hebat. Tetapi yang ini aku belum nampak lagi tanda tanda mulanya. Yang lain tu dah bergerak.
Tidak kiralah apa pembangunan yang akan dibuat, yang penting melayu mesti menerima manfaatnya. Jangan jadi menang sorak tapi kampung tergadai. Kita bangga dengan Seri Iskandar kerana dah moden dan maju tetapi yang manfaatnya tidak sampai kepada orang melayu. Orang melayu di Seri Iskandar kena berani dan bersedia untuk bersaing. Orang politik dan yang diamanahkan kuasa pula jangan kelabu mata dengan habuan maka kepentingan melayu di lelong. Dan juga jangan diborong hak peniaga melayu.

Jumaat, Ogos 05, 2011

Masjid Padang Nenas, Kuala Terengganu

Ini satu lagi masjid yang aku singgah ketika ke Kuala Terengganu dahulu. Masjid dilihat berkonsepkan rekabentuk melayu.
Waktu maghrib hampir tiba. Para jemaah mula tiba di perkarangan masjid.

Pintu masuk ke masjid ini macam ruang porch rumah. Aku lebih suka masjid yang tidak bertangga. Mungkin faktor umur mempengaruhinya.
Masjid tidak besar tetapi cukup untuk menampung kariah setempat. Tidak guna mendirikan masjid besar besar sedangkan jemaah yang hadir tidak sampai satu saf. Alangkah bagusnya masjid di negara kita ini dipenuhi seperti ianya dipenuhi ketika bulan ramadhan.

Ketika keluar  aku terlihat poster di atas. Jarang kita melihat perkara ini dipaparkan di masjid. Malah terdapat pula fenomena buruk di mana iklan iklan perniagaan yang banyak ditampal. Aku teringat kata kata seorang ustaz di mana beliau mengajak supaya membuang iklan iklan berbentuk perniagaan. Betul atau tidak tindakan itu, tetapi jika ustaz berkata tentu ada alasannya. Wallahuaklam.

Ahad, Julai 31, 2011

Selamat Berpuasa

ramadhan2
Selamat berpuasa (1 ogos 2011) diucapkan kepada semua umat islam. Semoga ramadhan tahun ini lebih bermakna kepada hidup kita.

Jumaat, Julai 29, 2011

Menghangatkan Ramadhan

Dalam hati kita kini perlu ada rasa ghairah dengan kedatangan ramadhan yang tinggal beberapa hari lagi. Perlunya kita menyiapkan diri dari segi rohaninya agar kita dapat menanamkan kecintaan kita terhadap bulan yang mulia ini. Sesetengah orang melihat bulan ini bulan yang merugikan mereka. Ada pula melihat bulan yang menyusahkan. Tidak kurang pula melihat bulan ini bulan yang mendatangkan keuntungan wang yang berlipat kali ganda. Tetapi orang yang paling beruntung adalah orang yang melihat bulan ini bulan yang akan menggandakan pahala daripada ibadah yang mereka lakukan. Justeru itu setiap saat bulan ramadhan ini akan dilalui dengan mengingati Allah. Apa juga yang dilakukan akan dijadikan ibadah.

Kita tahu Allah akan menggandakan ganjaran pahala pada bulan ramadhan. Allah juga menawarkan satu malam malam lailatulqadar. Siapakah yang bernasib baik yang akan dipilih Allah akan bertemunya. Kalau ikut fikiran kita sudah tentulah sesiapa yang bersungguh sungguh daripada awal ramadhan hingga ke akhirnya. Beramal dan yang banyak mengingati Allah.

Sempena ramadhan ini marilah kita hangatkan kedatangannya dengan pelbagai cara. Ucapan ucapan, kuliah serta ceramah menjurus kepada persediaan menyambut ramadhan. Janganlah hendaknya kita membiarkan kedatangan ramadhan tetapi bersungguh sungguh menghangatkan kedatangan syawal.

Selasa, Julai 26, 2011

Masjid Wakaf Tembusu, Kuala Terengganu

Ini ada lagi antara masjid yang pernah aku singgah semasa berkursus di Kuala Terengganu beberapa bulan lepas. Masjid yang sungguh indah dan menarik hati dapat dirasai sebaik sahaja memasuki kawasan persekitarannya.
Jika masjid seindah ini tidak dijaga dengan rapi maka akan mencemarkan nama baik kariah sendiri. Setiap kariah kena memberikan kerjasama dalam memakmurkan dan menjaga masjid masing masing. Ini rumah Allah tempat kita beribadat membesarkan Allah.
Ketika aku singgah waktu maghrib telah masuk. Azan yang dikumandangkan juga sungguh syahdu. Jemaah memang ramai sesuai dengan besarnya masjid tersebut. Amat malang jika masjid dibuat besar besar tetapi jemaah tidak ramai. Hanya ramai ketika menunaikan solat surat hari raya sahaja. Sedangkan solat fardhu sepi sentiasa.
Baru baru ini aku singgah disebuah masjid di negeri ku untuk menunaikan solat asar. Cuma ada 3 orang jemaah termasuk aku. Azan telah dilaungkan agak lama dah. Rupanya imam masih tak sampai. Dua orang jemaah bertolak tolakan untuk mengimamkan solat. Akhirnya aku pulak yang disuruh kedepan. Dalam hati ku takkanlah aku yang musafir nak mengimamkan solat di masjid orang lain. Tetapi mereka minta juga aku kedepan. Untuk tidak melengahkan waktu maka aku pun ke depan jadi imam.
Selepas solat aku terfikir kemana perginya imam yang dilantik. Tidak amanah namanya jika kita terima elaun tetapi masjid ditinggalkan tanpa menyusun waktu bertugas.
Ketika perjalanan pulang esoknya waktu asar aku singgah satu lagi masjid. Lebih dahsyat lagi seorang jemaahpun tiada. Setelah menunggu agak lama akupun solat berjemaah bersama isteri dan anak di luar dewan solat oleh kerana dewan solat berkunci rapat siap bergril dan mangga.
Ketika ke kereta ku lihat sekumpulan kanak kanak bermain di perkarangan masjid. Sepatutnya mereka dibimbing mendirikan solat berjemaah. Tetapi sekiranya kaum dewasa pun tidak nampak batang hidung kepada siapa hendak kita sandarkan harapan agar mereka kelak akan menjadi insan robbani.


Isnin, Julai 18, 2011

Padang Seri Iskandar, Perak Tengah

Di Seri Iskandar terdapat sebuah padang bola sepak untuk kemudahan sukan di Seri Iskandar. Selain padang ini terdapat juga padang seperti ini dalam Daerah Perak Tengah seperti di Kampung Gajah, Parit dan Bota.
Kelebihan padang ini ialah ia mempunyai lampu limpah yang mana ahli sukan boleh menggunakannya di waktu malam. Oleh sebab itu kegiatan sukan di Seri Iskandar tidak lagi terhad di waktu siang sahaja malah ianya boleh dimanfaatkan di waktu malam.
Selain kegiatan sukan, terdapat juga kegiatan sosial ataupun perhimpunan dijalankan di sini. Walau bagaimanapun perhimpunan yang tidak mendapat permit polis sukar dilakukan di sini kerana padang ini terletak betul betul di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah Perak Tengah.
Di sebelah padang bola ini terdapatjuga gelanggang bola tampar. Padang ini boleh dilihat daripada jalanraya Ipoh - Lumut.
Semoga dengan adanya kemudahan sukan ini akan dapat meningkatkan taraf dan kualiti sukan masyarakat Perak Tengah. Kita ingin melihat setiap pasukan sukan negeri Perak ada dianggotai oleh warga Seri Iskandar.

Sabtu, Julai 09, 2011

Masjid At-Taqwa, Kelumpang, Selangor



Masjid ini terletak ditepi jalan lama menuju ke Kuala Lumpur. Aku pernah singgah beberapa kali di sini. Agak mudah kelihatan dari jalan besar.
Walaupun tembok hiasan masjid agak biasa, tetapi kesungguhan ajk masjid dalam menceriakan masjid perlu mendapat pujian. Tetapi paling penting dalam menceriakan masjid ialah dari segi aktiviti kearah memakmurkannya.
Ini laluan masuk ke kawasan masjid melalui bahagian hadapan. Laluan lain ialah dari arah belakang di mana kawasannya lebih luas.
Ini pandangan dari arah hadapan iaitu bagian mimbar masjid. Terdapat juga kawasan parkir di sini selain bahagian belakang masjid.
Lanskap masjid juga agak menarik. Kalau ada tikar boleh bentang untuk menjamu selera dan berihat bawah redupan cahaya matahari.

Khamis, Julai 07, 2011

Kita Bersih Dia Bersin

BERSIH sudah bersetuju membatalkan perarakan ke Istana namun akan melaksanakan perhimpunan di stadium. Jika melihat rentetan peritiwa lama memang ada sebab mengapa Bersih perlu ditubuhkan. Apapun tuduhan maupun prsangka yang dilontarkan ke Bersih adalah sekadar mencipta bayangang buruk dan kotor demi menutup pralaku buruk dan kotor mereka sebelum ini yang menjadi duri dan nanah dalam hati pencinta adil dan bersih pilihanraya.

Bersih yang berjanji akan mengawal dan memastikan perhimpunan yang akan dilaksanakan berjalan dengan aman dan selamat tanpa sebarang kejadian buruk, tetap dinafikan haknya malah dijanjikan habuan sengsara. Manakala sebelah pihak lagi yang telah melihatkan sikap pertentangannya terhadap Bersih malah membayangkan akan menghalang dan mungkin akan mencetuskan sesuatu yang buruk tidak pula ditegur maupun disentuh oleh pihak berkuasa. Dalam situasi penyokong penyokong Bersih ditahan dan didakwa walaupun perhimpunan belum diadakan tetapi mereka bebas bersuara dan merancang provokasi.

Sebenarnya akupun tak kisah kalau Bersih membatalkan perhimpunannya.  Sebabnya:

Supaya pak menteri kurang bercakap dan lebih menumpukan bagaimana nak kawal harga barang melambung tinggi.

Supaya kaum bijak pandai yang menyokong kerajaan tidak menonjolkan kebodohan mereka lagi dalam membuat ulasan tentang perhimpunan Bersih.

Supaya anggota bawahan polis senang dapat cuti.

Supaya duit rakyat tidak dibazirkan membuat iklan TV bodoh anti Bersih.

Supaya khutbah jumaat esok tidak lagi berkisar tentang perhimpunan haram.
 dan banyak supaya lagi.............

Selasa, Jun 28, 2011

Menteri Undang Undang

Jika sekarang ini aku ditawarkan untuk menjadi seorang menteri, sudah pasti aku akan memilih menjadi menteri yang menjaga hal ehwal undang undang. Ini adalah susulan daripada banyak kes yang berlaku sekarang ini laksana lautan yang tidak nampak tepinya. Belum selesai kes si TBH, timbul pula kes Ahmad Sarbaini. Kedua duanya mati kununnya terjatuh bangunan. Walaupun di bangunan yang berlainan tetapi tuan punya yang sama SPRM. Polis Malaysia siapa yang tidak kenal, seluruh dunia kenal antara yang tercekap didunia. Tetapi pula kenapa sekarang agak lembab. Aku dapat membayangkan mungkin bertrak trak pegawainya akan aku tukarkan dan mungkin berbas bas juga akan aku berhentikan sebab tak perform hinggakan polis menjadi sindiran masyarakat. Sebagai menteri aku akan pastikan visi polis dilaksanakan sebaiknya iaitu menjadikan Malaysia negara selamat, aman dan sejahtera. Aku pastikan selamat, aman dan sejahtera itu dinikmati oleh semua rakyat Malaysia tidak kira bangsa, agama dan politik.

Aku yang berjawatan menteri ini akan mengajak kawan kawan aku supaya memikirkan perkara yang lebih penting seperti membawa kesejahteraan kepada rakyat. Sekiranya ada kes seperti kes DS Anwar Ibrahim, akan aku selesaikan mengikut ketentuan Allah. Dalam Alquran sudah jelas menunjukkan kita procedur pendakwaan kes tersebut. Yang nak pening pening menganalisa video buat apa. Jawatan aku sebagai menteri amat besar, maka besar juga tanggung jawab aku memastikan semua mendapat pengadilan yang tulus agar aku selamat di pengadilan Allah nanti.

Sekiranya ada kawan aku yang tidak tahu menghormati alim ulamak pasti akan aku tegur. Kemungkinan pelempang aku juga akan hinggap kemuka jika tidak mahu mendengar nasihat. Al-quran adalah sumber rujukan ulamak untuk menjatuhkan hukuman. Adalah kurang ajar sekiranya ada kawan aku yang menasihati alim ulamak melakukan solat sunat istikharah semata mata untuk mengakui pertuduhan melalui rakaman video seperti di sini. Aku akan ingatkan dia tidak mustahil orang akan buat video seks yang pelakonnya saling tak tumpah mirip kawan aku jika orang sudah tidak suka dia lagi. Oleh itu jangan nak tunjuk lebih pandai daripada Allah.

Aku percaya kalau akau menjadi menteri banyak kes mahkamah akan cepat selesai. Aku tidak akan mengamalkan double standard dalam menentukan siapa salah dan siapa betul. Aku akan ajak semua kawan menteri aku agar menumpukan kepada kerja kerja membangunkan negara dan memastkan negara Malaysia sebagai negara yang mendaulatkan undang undang. Tiada kawan aku yang boleh berdiri atas daripada undang undang negara.

Jumaat, Jun 24, 2011

Tukang Pancung Kepala Paling Terkenal

Muhammad Saad al-Beshi
Muhammad Saad al-Beshi merupakan algojo paling terkenal di Arab Saudi. Tugas pertamanya pada 1998 di Jeddah. Dia pernah memancung 7 kepala sehari. Dia akan ke rumah keluarga pesalah untuk meminta maaf kerana keesokkan harinya. Dia tidak bersedia memberitahu gajinya kerana perjanjian dengan pemerintah Arab Saudi. Muhammad Saad Al-Beshi pernah mendapat hadiah pedang dari pemerintah yang nilai pedangnya sekitar 20 ribu riyal.

Ahmad Rezkallah
Ahmad Rezkallah juga algojo terkenal Arab Saudi yang mengaku telah memancung 300 pesalah. Seramai 70 pesalahnya adalah perempuan.Dia berkata wanita lebih tabah saat menghadapinya, lelaki terus menjadi gila.

Abdallah Al-Bishi
Abdallah Al-Bishi juga adalah salah seorang algojo terkenal Arab Saudi. Abdallah Al-Bishi memiliki akaun facebook dengan nama Abdallah Al-Bishi -the Arabian Executioner. Dia meletakkan fotonya sedang mengusap pedang yang biasa digunakan untuk menjalankan tugas.
 

Selasa, Jun 21, 2011

Masjid Al-Falah, Ayer Tawar Perak

Masjid ini terletak di pinggiran pekan Ayer Tawar  sebelah kiri jalan Lumut - Ipoh. Aku kerap juga singgah di sini sebab masjid terletak di tepi jalan. Tidak banyak masjid terletak di tepi jalan di laluan Lumut - Ipoh. Kawasan parkirnya juga luas.
Sesuatu yang aku suka masjid ini ialah penghawa dingin akan dipasang tiap kali masuk waktu solat. Walau bagaimanapun aku percaya kecuali waktu suboh dan akupun tidak pernah singgah waktu suboh. Kemudahan yang ada memang perlu dimanfaatkan sebaiknya. Waktu yang paling baik sememangnyalah waktu solat. Amat sedih pula jika ada masjid memasang penghawa dingin ketika orang ramai sahaja. Jika tidak ramai jemaah, bermakna kita perlu menghormati jemaah yang sanggup datang itu. Walaupun mereka tak ramai kita kena hormati mereka kerana mereka mendirikan fardu kifayah itu. Mereka memang patut menikmati nikmat dingin tersebut. Lebih malang jika ada masjid menghadkan kepenggunaannya. Yang penting jangan membazirkan dengan sia sia. Walaupun bil letrik dah mahal (menyusahkan rakyat) manfaatnya perlu digunakan.
Masjid ini mempunyai ruang ilmu di bahagian belakangnya. Syabas diucapkan kepada jawatankuasa nya kerana prihatin tentang keselamatan jemaah dengan meletakkan Peti Ubat.
 Sesuatu yang berfaedah adalah baik untuk ditampal agar mendatangkan ilmu kepada para jemaah. Kita tahu adalah tidak dibenarkan menjalankan urusniaga didalam masjid. Kesucian masjid perlu dijaga. Banyak sekarang kita lihat iklan iklan perniagaan ditampal disekitar masjid. Iklan jual dan sewa rumah. Iklan ubat ubatan. Papan notis masjid bukan papan notis farmasi.
Masjid ini telah dirasmikan oleh Sultan Idris iaiatu sultan Perak sebelum Sultan Azlan sekarang ini.


Tempat menunggu ahli keluarga yang belum selesai menunaikan solat

Ruang tambahan di luar masjid

Kerusi van pun ada
Dewan solat
Pandangan tepi
Nun di sana pintu masuk masjid.