Jumaat, Ogos 05, 2011

Masjid Padang Nenas, Kuala Terengganu

Ini satu lagi masjid yang aku singgah ketika ke Kuala Terengganu dahulu. Masjid dilihat berkonsepkan rekabentuk melayu.
Waktu maghrib hampir tiba. Para jemaah mula tiba di perkarangan masjid.

Pintu masuk ke masjid ini macam ruang porch rumah. Aku lebih suka masjid yang tidak bertangga. Mungkin faktor umur mempengaruhinya.
Masjid tidak besar tetapi cukup untuk menampung kariah setempat. Tidak guna mendirikan masjid besar besar sedangkan jemaah yang hadir tidak sampai satu saf. Alangkah bagusnya masjid di negara kita ini dipenuhi seperti ianya dipenuhi ketika bulan ramadhan.

Ketika keluar  aku terlihat poster di atas. Jarang kita melihat perkara ini dipaparkan di masjid. Malah terdapat pula fenomena buruk di mana iklan iklan perniagaan yang banyak ditampal. Aku teringat kata kata seorang ustaz di mana beliau mengajak supaya membuang iklan iklan berbentuk perniagaan. Betul atau tidak tindakan itu, tetapi jika ustaz berkata tentu ada alasannya. Wallahuaklam.

2 ulasan:

  1. saya sokong ustaz tu...
    iklan dan promosi perniagaan mencemar kesucian rumah Allah!

    BalasPadam
  2. Salam TN,

    Ada ustaz juga kata jangan beli hasil jualan peniaga yg berniaga di masjid pd hari jumaat. Tentu juga ada alasannya.

    BalasPadam