Apakah perlunya unit berita & hal ehwal semasa TV3 memuatkan temuramah si Saiful itu dalam berita. Benarlah kata orang, kalau orang digigit anjing itu bukan berita tetapi kalau anjing digigit orang itulah sebenar benar berita. Walaupun aku tidak mengikutinya hingga akhir sebab rasa macam diperbodohkan tapi aku dapat menilik apakah agenda besar disebalik itu.
Dimanakah tanggung jawab unit berita TV3 tentang keseluruhan episod yang ada hubungkaitnya dengan sumpah laknat tersebut. Apakah sumpah tersebut dibuat atas dasar si Saiful benar benar diliwat sedangkan prosiding mahkamah belum selesai lagi. Andai kata mahkamah memutuskan tiada berlaku liwat bermakna si Saiful membohongi rakyat Malaysia dengan dibantu oleh TV3. Apakah tanggung jawab buruk dan imej menipu sanggup di tempel pada logo berita TV3. Apakah cerita sumpah laknat si Saiful ini besar sungguh nilainya kepada sejarah negara. Apakah nilai sejarahnya lebih besar daripada sejarah DS Anwar dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri.
Cubalah berfikiran waras dalam menyampaikan apa yang diharapkan oleh penonton. Banyak perkara baik yang dapat dimanfaatkan untuk penonton sempena bulan ramadhan ini. Jauhkanlah berita berita yang lebih cenderung kepada fitnah. Sesungguhnya manfaatkanlah ketiadaan syaitan yg bertugas dalam bulan ramadhan ini. Sekiranya masih ada manusia yang melakukan perkara perkara bercorak kesyaitanan maka dialah manusia yang telah berjaya dididik oleh syaitan untuk menjadi syaitan yang akan menggantikannya bertugas di bulan ramadhan.
Astaghfirullah.... Kakak memang jaaaaraanggg sangat menonton tv YB. Selain malas juga kerana anak-anak masih sekolah. Lagilah ramadhan ini kakak rasa TV kakak on masa hari Sabtu/Ahad waktu siang saja sebab anak tak sekolah...
BalasPadamYg pasti Allah akan tunjukkan kebenaran atas apa yg berlaku... Kuat mental DS Anwar kan...
Salam kakzakie,
BalasPadammemang baguslah jarang jarang tuh. Lepas ni amalkan pulak kadang kadang jer tengok tv. Tengokpun tak banyak mana manfaatnya. Bil api tinggi dan mahal pulak tuh.
lama saya tak tengok tv 3 1/4 ni,kalau begitu lapurannya bermakna stesen ni masih lagi tak relevan ditonton..kena ingat reporter melayu ramai bertugas disitu
BalasPadamSalam TN
BalasPadamini bukan tahap 3 suku lagi dah nak jadi gila meroyan.
kes ini dijadikan bahan jenaka oleh rakyat dgn tujuan memalukan dan menjatuhkan maruah anwar ibrahim dan keluarganya ketahap paling hina...
BalasPadamingatlah fitnah itu lebih besar dosanya dari membunuh! mari kita hentikan segera dan bertaubat sebelum datangnya azab Allah!
Salam TN 8:19
BalasPadamBukan tak nak guna hukum Allah saja, hukuman yg di pakaipun dipergunakan utk tujuan tertentu.
Ingatt, apa yg kita buat terhadap org itu yga akan kita dapat suatu hari nanti. Tunggu waktu dan ketika....