Selasa, Ogos 09, 2011

Jangan Borong Peniaga Melayu

Jika kita mahu melihat perniagaan orang melayu sila datang ke Seri Iskandar. Pembangunan perniagaan melayu di sini adalah seperti pembangunan di Bandar Baru Bangi dan Shah Alam pada masa dahulu. Majoriti peniaga di Seri Iskandar adalah orang melayu.

 Kebelakangan ini aku agak cemas dengan pembangunan Seri Iskandar. Ada kata kata bangunan besar tu ingin membina pasaraya Billion. Ada pula yang kata tanah lapang yang sana tu untuk membina Tesco. Ini cerita yang lebih dasyat lagi di sini aku baca. Rupanya ada lagi projek yang lebih hebat. Tetapi yang ini aku belum nampak lagi tanda tanda mulanya. Yang lain tu dah bergerak.
Tidak kiralah apa pembangunan yang akan dibuat, yang penting melayu mesti menerima manfaatnya. Jangan jadi menang sorak tapi kampung tergadai. Kita bangga dengan Seri Iskandar kerana dah moden dan maju tetapi yang manfaatnya tidak sampai kepada orang melayu. Orang melayu di Seri Iskandar kena berani dan bersedia untuk bersaing. Orang politik dan yang diamanahkan kuasa pula jangan kelabu mata dengan habuan maka kepentingan melayu di lelong. Dan juga jangan diborong hak peniaga melayu.

8 ulasan:

  1. Assalamualaikum YB,

    Hakikat yg sering terjadi itulah di M'sia hari ini. Bangga dengan kemajuan tapi bangsa sendiri tak ada kemajuannya. Kakak pasti kalau ujud saja shopping kompleks yg dah ada nama mesti peniaga kecil-kecilan akan tutup kedai....

    Selamat berpuasa YB...:)

    BalasPadam
  2. salam kakzakie.

    Mimpi ngeri yg sukar dibayangkan.

    Terima kasih.

    BalasPadam
  3. Salam kenal...terjumpa blog YB setelah cari gambar masjid padang serai....rumah saya bersebelahan masjid, tapi sekarang bekerja di pulau pinang....sebenarnya yg macam pentas tu tapak masjid lama tapi taktau macamana arkitek yangmembuat perancanagan sehinggakan tapak tu di luar..
    maaf lari topik...Dah lama tak ke Sri Iskandar semenjak adik2 dah habis belajar kat sana...itulah yang selalunya terjadi di mana2 pun...harap2 masih dapat diperbetulkan..

    BalasPadam
  4. Salam sdr fadzli

    Ooo begitu ceritanya. Saya kerap juga singgah kat situ otw balik rumah mertua di b serai.

    Terima kasih kerana berkunjung.

    BalasPadam
  5. helo.

    jemput add follower di blog saya.

    http://wangpos-jutawan.blogspot.com/

    BalasPadam
  6. Salam DSS,

    terima kasih atas jemputan.

    BalasPadam
  7. salah org kita juga tak bersatu hati dan tak peka isu-isu yg begini ...
    mari kita sama-sama boikot apa saja pasaraya besar atau hyper market yg bakal memangsakan peniaga-peniaga kecil melayu... kita tengok siapa yg akan gulung tikar

    BalasPadam
  8. Salam TN 8:35

    Tesco tsb dah beroperasi mulai 24 nov 2011. Org melayu sekarang kurang semangat cintakan melayu. Nak buat camana, yg parti melayu tu pun macam tak mampu bela melayu.

    BalasPadam