Walaupun masjid ini nampak besar tetapi bila tiba waktu solat hari raya saf saf akan sampai ke kawasan parkir. Ini menunjukkan betapa ramainya penduduk di sekitar masjid.
Di atas adalah dewan solat jemaah lelaki. Tempat solat jemaah perempuan di tingkat atas.
Pandangan belakang masjid |
Masjid ini ada gendang yang akan diketuk setiap waktu suboh. Usia gendang ini lebih tua daripada kebanyakan kita. Walau bagaimanapun masih kukuh digunakan.
Apabila kita berada di masjid ini kita akan melihat satu binaan papan berhampiran Masjid Al-Athar. Ia adalah masjid lama. Ia masih lagi dipelihara dengan baik.
Pada hari khamis akan diadakan pekan khamis. Kebiasaan penduduk setempat akan berkunjung untuk mendapatkan keperluan harian.
Jalan untuk pekan khamis ini dipanggil Jalan Banjar. Ini menunjukkan orang banjar ramai di sini.
Papan tanda di atas juga terdapat berhampiran masjid ini. Tapi mungkin tidak semua suka melihatnya. Di belakang ni ada bangunan markas untuk menjalankan aktiviti PAS. Aku pernah melihat beberapa orang pemimpin pernah datang ke sini seperti DS Anwar Ibrahim, Tuan Guru Haji Hadi dan lain lain.
Cantik pemandangan yg YB tunjuk. Kalau tempat kakak susah nak dapat signboard seperti dibawah sekali. Sedih kan... Sekatan amat kuat di tempat kakak.
BalasPadamSalam kakzakie
BalasPadamSignboard bulan purnama memang popular di utara perak. Kalau dulu jadi budak bulian tetapi kini dah jadi ancaman buat mereka. Kesimpulan yg boleh saya buat, biasanya kalau ada lambang ni maka akan makmurlah masjid tempat tu. Wallahua'lam
Salam YB
BalasPadamPasar malam berhampiran masjid kadang-kadang menjengkelkan. Bayangkan bilal azan panggil orang solat jemaah kat masjid tetapi orang yang berkunjung kat pasar malam buat tak dengar jer. Kadang-kadang gerai yang jual CD buat-buat terlupa nak hentikan lagu/muzik.
Teringat hadis yang mengatakan pasar adalah tempat syaitan berkeliaran.
Salam MSH
BalasPadamSelalunya yg jadi mangsa tandas masjid.
Bukan penjual CD tu sahaja tak hormatkan azan, kadang kadang TV kat rumahpun lupa nak padam, begitulah lalainya kita sekarang.
Apapun pasar dalam cerita tempelan ini bukan pasar malam tapi pasar pagi. Pukul 10 am dah mula lengang.
sudah sepatutnya pehak yg menganjurkan pasar malam menyediakan surau dan tandas utk keperluan peniaga dan pengunjung dan jgn sampai mencemarkan harta masjid...
BalasPadamSalam TN 8:06
BalasPadamRasanya tidak salah gunakan tandas masjid tapi tolong jaga kebersihannya macam kita jaga kebersihan tandas kat rumah kita.
tahun pembukaan masjid ini
BalasPadamPd gambar pertama ada tertulis 1966. Tak pasti itu tahun apa.
PadamPd gambar pertama ada tertulis 1966. Tak pasti itu tahun apa.
PadamTuan boleh cari dimana Rumah arwah Tuan Haji Mat Din bin Haji Mat Yassin..bersebelahan dgn Markaz Pas Masjid tinggi..kenapa masih terasa anak² yg dulu belajar agama dgn Tuan Haji tidak pernah menceritakan kisah sejarah lampau masjid tinggi..kecewa dgn sikap segelintir org yg hanya mengatakan perjuangan tetapi tidak pula ada yg tahu siapakah imam masjid yg paling lama xan paling disegani dikawasan masjid tinggi dilupakan...Al-Fatihah kepada arwah beliau...
PadamKalau nak tau carilah org lama²..atau cuba cari anak Tuan Haji Mat Din Bin Haji Mat Yassin ..rumah bersebelahan dgn markaz Pas..saya terkadang kecewa dgn sikap segelintir org² disana yg melupakan siapakah BELIAU(HAJI MAT DIN BIN HAJI MAT YASSIN).Terlalu banyak pengorbanan beliau tetapi dilupakan begitu sahaja...beliau adalah salah seirg yg disegani didalam kawasan masjid tinggi..dan kalau tak silap saya beliau adalah imam yg paling lama di masjid al athar dan semasa masjid al athar dibina beliau adalah imam yg pertama...tetpi kenapa seperti tidak ada yg menghargai pengorbanan beliau...beliau adalah guru yg mengajar al quran tanpa mengambil sebarang upah..maghrib dan selepas waktu subuh..saya adalah salah sworang anak didik beliau..trtpi saya sungguh .erasa kecewa dgn sikap sesetengahnya ..sehingga sejarah tentang diri beliau tiada..beliau juga salah seorg yg membuka kawasan Masjid tinggi..sekian...wallahualam...
BalasPadam