Selasa, Julai 26, 2011

Masjid Wakaf Tembusu, Kuala Terengganu

Ini ada lagi antara masjid yang pernah aku singgah semasa berkursus di Kuala Terengganu beberapa bulan lepas. Masjid yang sungguh indah dan menarik hati dapat dirasai sebaik sahaja memasuki kawasan persekitarannya.
Jika masjid seindah ini tidak dijaga dengan rapi maka akan mencemarkan nama baik kariah sendiri. Setiap kariah kena memberikan kerjasama dalam memakmurkan dan menjaga masjid masing masing. Ini rumah Allah tempat kita beribadat membesarkan Allah.
Ketika aku singgah waktu maghrib telah masuk. Azan yang dikumandangkan juga sungguh syahdu. Jemaah memang ramai sesuai dengan besarnya masjid tersebut. Amat malang jika masjid dibuat besar besar tetapi jemaah tidak ramai. Hanya ramai ketika menunaikan solat surat hari raya sahaja. Sedangkan solat fardhu sepi sentiasa.
Baru baru ini aku singgah disebuah masjid di negeri ku untuk menunaikan solat asar. Cuma ada 3 orang jemaah termasuk aku. Azan telah dilaungkan agak lama dah. Rupanya imam masih tak sampai. Dua orang jemaah bertolak tolakan untuk mengimamkan solat. Akhirnya aku pulak yang disuruh kedepan. Dalam hati ku takkanlah aku yang musafir nak mengimamkan solat di masjid orang lain. Tetapi mereka minta juga aku kedepan. Untuk tidak melengahkan waktu maka aku pun ke depan jadi imam.
Selepas solat aku terfikir kemana perginya imam yang dilantik. Tidak amanah namanya jika kita terima elaun tetapi masjid ditinggalkan tanpa menyusun waktu bertugas.
Ketika perjalanan pulang esoknya waktu asar aku singgah satu lagi masjid. Lebih dahsyat lagi seorang jemaahpun tiada. Setelah menunggu agak lama akupun solat berjemaah bersama isteri dan anak di luar dewan solat oleh kerana dewan solat berkunci rapat siap bergril dan mangga.
Ketika ke kereta ku lihat sekumpulan kanak kanak bermain di perkarangan masjid. Sepatutnya mereka dibimbing mendirikan solat berjemaah. Tetapi sekiranya kaum dewasa pun tidak nampak batang hidung kepada siapa hendak kita sandarkan harapan agar mereka kelak akan menjadi insan robbani.


2 ulasan:

  1. maka Allah cabut rasa gerun org kafir terhadap org islam kerana kekutan umat islam terletak pada solat berjamaahnya...

    BalasPadam
  2. Salam TN 8:51

    berjemaah itu lambang kesatuan ummah. Jika tiada berjemaah tandanya tidak bersatulah, walaupun diletak perkataan bersatu pada parti kita.

    BalasPadam