Jika sekarang ini aku ditawarkan untuk menjadi seorang menteri, sudah pasti aku akan memilih menjadi menteri yang menjaga hal ehwal undang undang. Ini adalah susulan daripada banyak kes yang berlaku sekarang ini laksana lautan yang tidak nampak tepinya. Belum selesai kes si TBH, timbul pula kes Ahmad Sarbaini. Kedua duanya mati kununnya terjatuh bangunan. Walaupun di bangunan yang berlainan tetapi tuan punya yang sama SPRM. Polis Malaysia siapa yang tidak kenal, seluruh dunia kenal antara yang tercekap didunia. Tetapi pula kenapa sekarang agak lembab. Aku dapat membayangkan mungkin bertrak trak pegawainya akan aku tukarkan dan mungkin berbas bas juga akan aku berhentikan sebab tak perform hinggakan polis menjadi sindiran masyarakat. Sebagai menteri aku akan pastikan visi polis dilaksanakan sebaiknya iaitu menjadikan Malaysia negara selamat, aman dan sejahtera. Aku pastikan selamat, aman dan sejahtera itu dinikmati oleh semua rakyat Malaysia tidak kira bangsa, agama dan politik.
Aku yang berjawatan menteri ini akan mengajak kawan kawan aku supaya memikirkan perkara yang lebih penting seperti membawa kesejahteraan kepada rakyat. Sekiranya ada kes seperti kes DS Anwar Ibrahim, akan aku selesaikan mengikut ketentuan Allah. Dalam Alquran sudah jelas menunjukkan kita procedur pendakwaan kes tersebut. Yang nak pening pening menganalisa video buat apa. Jawatan aku sebagai menteri amat besar, maka besar juga tanggung jawab aku memastikan semua mendapat pengadilan yang tulus agar aku selamat di pengadilan Allah nanti.
Sekiranya ada kawan aku yang tidak tahu menghormati alim ulamak pasti akan aku tegur. Kemungkinan pelempang aku juga akan hinggap kemuka jika tidak mahu mendengar nasihat. Al-quran adalah sumber rujukan ulamak untuk menjatuhkan hukuman. Adalah kurang ajar sekiranya ada kawan aku yang menasihati alim ulamak melakukan solat sunat istikharah semata mata untuk mengakui pertuduhan melalui rakaman video seperti di sini. Aku akan ingatkan dia tidak mustahil orang akan buat video seks yang pelakonnya saling tak tumpah mirip kawan aku jika orang sudah tidak suka dia lagi. Oleh itu jangan nak tunjuk lebih pandai daripada Allah.
Aku percaya kalau akau menjadi menteri banyak kes mahkamah akan cepat selesai. Aku tidak akan mengamalkan double standard dalam menentukan siapa salah dan siapa betul. Aku akan ajak semua kawan menteri aku agar menumpukan kepada kerja kerja membangunkan negara dan memastkan negara Malaysia sebagai negara yang mendaulatkan undang undang. Tiada kawan aku yang boleh berdiri atas daripada undang undang negara.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan