Selasa, Jun 14, 2011

Musim Nikah

Fiqih Praktis Nikah 
Lebih kurang 3 minggu cuti sekolah digunakan oleh kebanyakan pasangan bernikah. Merata tempat kemana sahaja kita pergi pada hujung minggu itu ada sahaja kenduri kahwin bagi meraikan pasangan pengantin baru tersebut. Maka selepas itu sesuatu yang diharamkan oleh Allah keatas pasangan sudah menjadi halal. Begitulah besarnya pengertian pernikahan itu. Jika tidak masakan pengantin lelaki berpeluh peluh jika sekadar melafazkan "Aku terima nikahnya si polan bt sipolan dgn maskahwinnya 80 ringgit tunai" Budak tadika pun boleh lancar menuturkannya. Tetapi apabila diletakkan tanggung jawab sebagai suami isteri diatas pernikahan itu dan menghalalkan apa yang diharamkan serta mengharamkan apa yang dihalalkan sebelum itu maka maka secara otomatik badan terasa gementar untuk melafazkannya. Sejurus selepas itu berbahagialah bagi mereka yang belum merasai keseronokan nikmat perkahwinan. Bermesra antara suami isteri yang mana sebelum ini adalah terlarang. Tetapi amat sesal dan malanglah bagi pasangan yang telah mendahului sesuatu perbuatan yang dilarang oleh Allah sebelum pernikahan.

Sesungguhnya pernikahan itu dapat menghindari manusia daripada zina. Hubungan yang dilarang oleh Allah iaitu zina tidak jauh daripada hubungan yang dibenarkan iaitu pernikahan. Sesuatu yang bermula dengan perkenalan antara lelaki dan wanita akan  membawa sesuatu hubungan itu kejalan halal dan membawa kejalan haram. Hubungan yang halal adalah hubungan kelamin antara suami isteri yang didahului dengan pernikahan. Hubungan yang haram ialah hubungan lelaki dan wanita tanpa nikah.

Hubungan yang halal akan membawa kebahagiaan. Anak yang dilahirkan akan membahagiakan ibubapanya. Opah dan Atuknya juga akan gembira menerima cucu. Adik berdik pula gembira menerima anak saudara. Orang kampung turut meraikan apabila majlis akiqah dilakukan.

Manakala hubungan haram akan membawa kesengsaraan. Sering terpedaya dengan tipu daya syaitan. Sudahlah dilakukan dalam ketakutan, anak yang dilahirkan adalah anak haram. Akan membimbangkan sipelakunya. Sekiranya diketahui oleh ibubapa ianya kan mendatangkan aib untuk selamanya. Amat sukar kaum keluarga untuk menerima kelahiran haram dalam keluarga. Kemungkinan anak yang dilahirkan akan dibuang. Banyak kes bayi yang dibuang mati.

Sesungguhnya Allah tidak pernah menyusahkan manusia untuk bernikah. Oleh itu bernikahlah sekiranya setiap pasangan itu telah boleh menerima antara satu sama lain. Jangan kita menuruti perkembangan budaya perkahwinan era ini jika ianya mengekang .

2 ulasan:

  1. Assalamualaikum YB,

    Betapa indahnya Islam. Sesuatu yg haram dijadikan halal melalui satu ikatan suci. Memenuhi kehendak naluri insan malah ada masa menjadi satu keperluan dlm hidup.

    Rugilah bila ikatan dilalui hanya kerana sebuah kesilapan besar yg akhirnya zuriat yg tidak bersalah ujud didunia. Na'uzubillah Himinzalik...

    BalasPadam
  2. salam kakzaki,

    cantik ulasan tu...

    BalasPadam